20101016

DUN Galas : Rekah Menanti Terbenam

Akhirnya Tengku Razali Hamzah dengan sopan santun menolak untuk dicalonkan di Pilihanraya Kecil DUN Galas.

Banyak faktor diambilkira atas keputusan tersebut oleh beliau. Yang pasti keyakinan untuk menang adalah tipis. Pilihanraya DUN Manek Urai memberi 1001 jawapan terhadapa penolakkan itu.

Ia bukan kerana takut untuk bertanding dengan PAS. Juga bukan kerana calon PAS kelak datangnya dari calon berprofil tinggi. Ia sudah pasti UMNO hampir ke liang lahat.

Jika dilihat daripada media pro UMNO sendiri kelihatan tiada kesungguhan 'mencemuh' PAS atau ADUN yang telah meninggal dunia itu.

Pemimpinan pusat BN sehingga hari ini tiada seorang pun mengistiharkan sebarang projek di DUN Galas. Angka jutaan belum disebut kerana bimbang angka jutaan di Manek Urai masih belum dirancang atau dilaksanakan.

Pencatat melihat UMNO menjadi serba-salah di DUN Galas. Bukan sahaja calon menjadi persoalaan, kesanggupan Tengku Razali sebagai pengarah pilihanraya masih menjadi tanda tanya.

Kelesuan BN-UMNO memperlihatkan mereka berada dalam keadaan 'Retah Menanti Terbenam' menjelang PRU-13 nanti.


No comments:

Post a Comment