Bajet 2011 selasai sudah dibacakan dan dicadangkan kira-kira jam 6.13 petang tadi. banyak pekara disentuh termasuk Bajet untuk isteri Perdana Menteri. Sorakkan paling gemuruh bila ada 'Bajet First Lady'.
Selain angka-angka billion, ratus juta dan puluh juta, ada disentuh mengenai keuntungan melibatkan minyak sawit. Tiada silap pencatat RM12 Billion. Angka yang diperolehi sebahagian besarnya dari ladang peneroka rancangan Felda.
Tentunya marhaen teruja dengan angka tersebut. Adakah benar angka tersebut ?. Pencatat percaya ada kebenarannya tetapi apakah yang diperolehi oleh peneroka dari keuntangan seperti itu setiap tahun ?
Keuntungan yang nyata ialah :
1. Membayar prasarana Putrajaya.
2. Gaji dan bill-bill jabatan kerajaan.
3. Iklan dan kempen 1Malaysia.
4. Dan bermacam-macam lagi.
Maka apa pula berlaku ditanah rancangan Felda.
1. Pengedah dan penagij dadah makin bertambah.
2. Buah sawit muda dicuri lagi oleh kilang milik penoroka.
3. Gred sawit masih dimanupulasi.
4. Duit peneroka tanam semua enggan dipulangkan.
5. Tanah rezab masih banyak terbiar.
6. Setaip Persatuan Belia tajaan belia dirasuah puluhan ribu setahun untuk menutup semua penipuan.
7. Bangunan milik Felda digunakan sesuaka hati oleh UMNO.
Dengan ini meloponglah peneroka yang mendengar Bajet 2011 tadi. Diperbodohkan lagi dengan angka billion. Anak-anak peneroka makin ramai akan mati dengan najis dadah. Rempit berlelusa dan gejala sosial makin berlelusa.
Apa yang mampu perdana menteri merangkap menteri kewangan dan menteri felda lakukan untuk menjamin masadepan generasi peneroka. Sudah pasti hasil sawit dan getah diperah untuk menjana negara.
Jika ia seimbangan dengan pembangunan ditanah rancangan, sudah pasti pencatat bangga, jika tiada. Maka pembaca teks Bajet 2011 tiada beza dengan penjajah British.
Pencatat mencemuh Menteri Felda dan pembaca teks Bajet 2011 kerana mengabaikan tanggungjawabnya yang mengelarkan dirinya pembela rakyat.
Bukan setakat 'habis madu sepah dibuang', lebih mesra jika disebut 'seperti kera mendapat bunga'.
Bukan setakat 'habis madu sepah dibuang', lebih mesra jika disebut 'seperti kera mendapat bunga'.
No comments:
Post a Comment