20101007

Anwar Masih Tetap Dihargai

http://www.sinarharian.com.my/johor/content/story8262118.asp

SENAI - Sumbangan dan jasa yang dicurahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berada di dalam UMNO sewajarnya dihargai dan tidak melupakannya, hanya disebabkan perubahan aliran politik yang diperjuangkannya pada hari ini.

Naib Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR), Johor Bahru, Lee Wee Han berkata, berlaku ketidakadilan sekiranya jasa dan pengorbanan seseorang dilupakan terutamanya kepada seorang ahli politik yang banyak memberi idea kepada parti tersebut suatu masa dahulu.

“Sedangkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri berkata, sumbangan seseorang wajar dihargai, jadi mengapa Anwar terkeluar dalam hal ini?” katanya.

Menurutnya, Anwar masih tetap dihargai dan sebagai buktinya buktinya pandangannya mengenai Islam dan demokrasi masih lagi didengari masyarakat dunia melalui taklimat dan seminar di luar negara.

“Anwar masih lagi mendapat jemputan dari penduduk luar negara seperti Eropah untuk mendengar pandangannya seperti taklimat mengenai Islam dan Demokrasi di Russia baru-baru ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua PKR Cabang Kulaijaya, Zabidi Abas berkata, Anwar tidak sepatutnya menerima sebarang penghargaan dari pihak lawan, memandangkan tanggapan yang dilontarkan kepada pemimpin tersebut.

“Pihak UMNO sudah tentu tidak mahu memberikan sebarang penghargaan memandangkan beliau telah keluar dari UMNO,” katanya.

Justeru itu, penghargaan tersebut sewajarnya diberikan atas dasar menghargai kebaikan yang telah dilakukan dan bukannya semata-mata memberikan anugerah kepada seseorang.

Sebelum ini, Pemuda UMNO tidak akan memberi penghargaan kepada bekas ketuanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada suatu majlis penghargaan untuk ketua bekas Ketua Pergerakan Pemuda, Puteri, dan Wanita UMNO sempena majlis rumah terbuka Aidilfitri ketiga-tiga sayap UMNO, Jumaat ini.

No comments:

Post a Comment