SENAI -Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor menegur polis yang didakwa melakukan intimidasi melampau ke atas program jamuan Hari Raya Aidilfitri Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Johor di Kampung Air Manis, Kulaijaya Jumaat lalu.
Setiausaha AMK Johor, Ahmad Anwar Asyraf Ismail berkata, majlis jamuan yang sepatutnya disambut dengan penuh semangat perpaduan bertukar menjadi medan provokasi polis apabila mereka merempuh masuk ke dalam premis persendirian dan program yang dianjurkan.
Ahmad mendakwa, majlis telah dicemari insiden mematahkan mikrofon, merampas kain rentang dan peralatan audio oleh polis.
“AMK Johor menyelar tindakan menghalang mana-mana individu atau parti politik yang berdaftar untuk mengadakan majlis sambutan perayaan selaras dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan iaitu kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian di sini, semalam.
Menurutnya, Seksyen 27, Akta Polis tidak terpakai dalam perkara ini kerana majlis yang diadakan merupakan majlis persendirian di premis persendirian dan tetamu yang hadir melalui jemputan.
“AMK Johor menggesa agar Ketua Polis Negara yang baru dapat membersihkan institusi Polis Diraja Malaysia (PDRM) daripada kawalan parti tertentu.
“Kami akan membawa perkara ini kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) dan menyokong setiap langkah dan tindakan yang bakal diambil oleh Keadilan negeri Johor dan Keadilan Cabang Kulaijaya terhadap tragedi ini,” katanya.
Beliau berkata, AMK Johor akan memberi komitmen mereka untuk membangkitkan sentimen perubahan ke arah memartabatkan rakyat Johor melalui sebuah kerajaan adil, telus dan prihatin.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Superintendan Zulkefly Yahya berkata, ceramah yang dibuat PKR itu di luar kawasan rumah dengan memasang 10 buah khemah tanpa permit, selain menggunakan pembesar suara.
Menurutnya, mereka yang membuat ceramah di dalam keadaan tertutup seperti di dewan dan premis tidak perlu permit dan sebarang himpunan yang dibuat di luar rumah memerlukan permit.
“Polis mendapat maklum mereka berkumpul beramai–ramai tanpa permit dan ketika saya sampai pada jam 9.30 malam Datuk Seri Dr Chua Jui Meng sedang memberi ceramah dan saya meminta agar ceramah dihentikan tetapi mereka masih meneruskannya.
“Mereka tidak pernah memohon sebarang permit walaupun dibuat di luar premis dan sebelum merampas mikrofon dan kain rentang yang digunakan kami telah meminta mereka bersurai,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Mikrofon dan peralatan lain seperti kain rentang dirampas untuk siasatan di bawah Seksyen 27 Akta Polis 1957 atas perhimpunan haram dan perkara ini akan dibawa ke mahkamah.
Dikatakan ceramah itu diteruskan tanpa menggunakan mikrofon setelah dirampas dan himpunan membabitkan kira-kira 250 hingga 300 orang itu bersurai pada jam 10.30 malam.
Sebelum ini kejadian seumpama ini dikatakan pernah berlaku (ceramah politik) dan cermah dikatakan dibuat dengan berselindung di sebalik majlis yang diadakan.
Turut hadir di majlis berkenaan calon Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, Ketua Wanita Pusat merangkap ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamaruddin, Ketua AMK,Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Naib ketua AMK, Aminuddin Shaari.

No comments:
Post a Comment