20101021

Sekilas Di Perhimpunan Agung UMNO

Pencatat hanya membaca dikoran dan kekadang terpandang dikaca tv mengenai Perhimpunan Agung UMNO. Rakan-rakan berkata masih terdapat peniru gaya-cakap Datuk seri Anwar Ibrahim.

Mungkin Pemuda UMNO masih rindukan mantan Presiden UMNO itu. Mungkin juga mereka rindukan sentuhan Anwar Ibrahim memimpin negara.

Pencatat dengar-dengar masih ramai Pemuda UMNO menjengguk dan mengintai Ketua Umum Keadilan. Ada yang tanpa segan-silu berjumpa terus.

Pencatat enggan memberi komentar mengenai bicara Pemuda UMNO diperhimpunan itu kerana saban tahun nadanya sama. Malangnya pengaruh Pemuda UMNO kian longlai.

Dewasa ini makin ramai diistiharkan anak muda yang 'lompat', ke UMNO. Pengaruhnya enath kemana.

Malangnya mereka sendiri bertelagah kerana kelompok anak muda yang berkerja bersama Pemuda UMNO main parah.

Maka, mahu tidak mahu pimpinan Pemuda UMNO terpaksa meniru gaya percakapan Anwar Ibrahim.

Terbaca tajuk di Malaysiakini, Presiden UMNO dengan gaya terdesak meminta mempetahankan 'Putrajaya' dengan apa cara sekalipun. Begitu terdesaknya UMNO sehingga ketuanya terpaksa mengeluarkan ancaman sedemikian rupa.

Apa lagi dibanggakan dengan Perhimpuana Agung UMNO jika medan perjuangan mempetahankan melayu menjadi medan pertahankan peruk nasi.

Nasib baik Ketua pemuda UMNO kini tidak melakukan pekara-pekara pelik sepeti membawa keris atau memakai tanjak. kalau berani, apa salahnya.. bak kata pepatah," berani buat berani tanggung".

Mungkin Ketua Pemuda terdahulu tidak terfikir dunia internet bakal menentukan halatuju negara.

No comments:

Post a Comment