20101009

Sambutan Raya : Adakah Polis Perlu Publisiti PKR Untuk Naik Pangkat ?

Terima kasih kepada rakan-rakan PKR dan Pakatan Rakyat yang sudi menjamu selera di majlis jamuan Hari Raya malam tadi. Terima kasih tidak terhingga buat pimpinan tertinggi PKR dan pimpinan negeri PAS juga DAP yang sudi menjamu selera.

Majlis yang dihadiri juga puluhan wartawan dan jurugambar disertakan dengan gangguan. Kali ini bukan daripada PERKASA atau UMNO atau MCA atau MIC. Malangannya kali ini pihak Polis pula membuat angkara.

Niat Ketua Polis Kulaijaya yang diketuai oleh Ketua Polis Daerah, Superintendan Zulkefly Yahya untuk menghuru-hara majlis dapat dilihat sejak jam 5.00 petang lagi apabila sekatan jalan dilakukan.

Suasana menyedihkan rombongan bas daripada Masai untuk mengadiri jamuan ditahan dan Polis mengarahkan mereka yang berusia 15 hingga 70 tahun berjalan kali sejauh 1.5 kilometer.

Kehadiran anggota bersenjatakan pistol, belantan, alat pelindung rusuhan serta kenderaan Black Maria memperlihatkan Ketua Polis Kulaijaya merancang provokasi dan menimbulkan hur-hara dimajlis tersebut.

Ianya terbukti setelah 10 minit Dato' Chua Jui Meng memberi kata-kata aluan dan meraikan hadirin. Polis tiba-tiba menyerbu dan merampas stand microphone dihadapan pada ratusan tetamu dan wartawan sehingga patah.

Selepas di tegur oleh Hassan Karim tentang akta mana yang membolehkan Superintendan Zulkefly Yahya dan anggota polis bertindak demikian. Beberapa pegawai Polis berundur dan berdiri dibelakang khemah dan kelihat marah dengan kemeriahan majlis tersebut.

Majlis alu-aluan dan jamuan diteruskan . Ucapan beberapa pimpinan pusat seperti YB Zuraidah, shamsul Iskandar dan YB Azmin Ali tanpa pembesar suara.

Majlis tersebut telah diwarwarkan terdapat beberapa pengumuman mengenai pemilihan pusat terpaksa dibatalkan. Beberapa sepenaduk dan kehadiran wartawan dihampakan oleh tindakan provokasi ini.

Agak malang sekali, ketika peencatat sedang berehat rakan-rakan memberitahu anggota polis telah mencuri beberapa buah speaker. Pencatat diberitahu pemiliknya, beliau berkata anggota polis mengambilnya tanpa waran, kebenaran dan tidak memberi catatan tentang pengambilan peralatan itu.

Kononnya dijadikan bahan bukti majlis Hari Raya tiada permit.

Pencatat diberitahu oleh pimpiman majlis pengumuman terpaksa dibatalkan kerana gangguan diketuai Ketua Polis Kulaijaya. Terfikir dibenak fikiran pencatat, majlis jamuan dan pengumuman dihadapan penyokong dan wartawan perlu permit polis jugakah ?

Ataupun Ketua Polis Kulaijaya perlukan publisiti daripada PKR untuk kenaikkan pangkat dan jawatan ?. Jika kerana keganasan sehingga membawa FRU, tiada satu pun senjata ditemui kecuali pisau pemotong buah.

Tidak mustahil ada motif lain atas tindakan polis ketika itu dan sebelum ini.

Timbul rasa tidak puas hati antara rakan-rakan kerana terdapat beberapa anggota kelihat menjamu sama-sama tetiba microphone dirampas.

Ini menimbulkan tanda tanya kepada pencatat kerana setiap kali program PKR ada sahaja gangguan dan provokasi yang mencetuskan pergaduhan dan perbalahan bila adanya polis. Pencatat menjadi bertambah keliru ketika kini.

Pencatat merasakan berlumbaan perebutan jawatan bukan sahaja melibatkan pimpinan pusat, mungkin ada individu lain di jabatan kerajaan yang ketagih jawatan tinggi melalui program PKR.

Pembaca boleh menafikannya.

Terima kasih juga buat semua petugas dan rakan-rakan wartawan yang sudi hadir.


No comments:

Post a Comment