Percaturan siapa bakal mencalonkan diri sudah diketahui umum untuk jawatan Ketua AMK PKR. Kem-kem yang dibentuk juga dapat dikenalpasti.
Adat pertandingan, pesaing mula menunjulkan kehebatan diri dan pasukan. Semua hujah mula diketengahkan agar dapat meraih undi terbanyak.
Pencatat mendengar khabar anggin bahawa Ketua Angkatan Muda keADILan sekarang mungkin mempertahankan jawatan yang disandang. Kurang manis jika pencatat mengatakan, AMK Johor menyokong pencalonan Srd Shamsul Iskandar Mohd Akin atau Sam.
Apa yang ingin pencatat ingin nyatakan secara indiviu, Sam masih diperlukan untuk menerajui AMK PKR. Seorang yang berjiwa waja dan mantap dalam membuat gerak kerja.
Pesaingnya juga hebat tetapi jika Shamsul berminat menyambung tugas Ketua AMK. Pencatat rasa bukan sahaja pencatat, malah rakan-rakan AMK juga tidak menafikan tugas-kerja berkualiti yang dilakukan selama ini.
Desas-desus Shamsul akan bertanding Naib presiden atau jawatan lantikkan. Pencatat rasa, segala keputusan bakal diumumkan beliau beberapa hari lagi.
Chegu Bard, Rafizi dan Hasmi juga layak menerajui AMK PKR. Mereka juga mempunyai daya kepimpinan yang tinggi. Lumrahnya, elok kekalkan jika yang berlaku sebelum ini memperlihatkan kemajuan dan dinamik.
Doa pencatat, moga Shamsul dapat menerajui AMK sekali lagi. Jika beliau memilih posisi lain, sudah pasti AMK amat merindui 'sentuhan' dan kepimpinan beliau.
No comments:
Post a Comment