20101030

Selamat Menunaikan Ibadah Haji

Ziarah kepada Rasulullah saw termasuk rangkaian Adab-adab haji yang sangat penting, karena Rasulullah saw bersabda:

"Barangsiapa yang datang ke Mekkah untuk melakukan haji, dan ia tidak berziarah kepadaku aku berlepas diri darinya pada hari kiamat. Barangsiapa yang datang kepadaku untuk berziarah maka wajib baginya mendapat syafaatku; barangsiapa yang diwajibkan baginya mendapat syafaatku maka wajiblah baginya surga. Dan barangsiapa yang mati karena hijrah kepada Allah `Azza wa Jalla maka pada hari kiamat ia dikumpulkan dengan para syuhada' badar." (Kitab Mafâtihul Jinân, kunci-kunci surga)

Berziarah kepada Rasulullah saw, berarti harus memasuki Masjid Nabawi. Memasuki Masjid Nabawi berarti memasuki rumah Rasulullah saw, memasuki rumah Rasulullah saw berari menjadi tamu Rasulullah saw yang harus mendapat izin dari Rasulullah saw. Allah saw berfirman:

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memasuki rumah-rumah Nabi kecuali kamu diizinkan.": Al-Ahzab: 53).

Agar mendapat izin dari Rasulullah saw untuk memasuki rumah Rasulullah saw, kita harus melakukan Adab-Adabnya. Kitab Mafâtihul Jinân, kunci-kunci surga, menyebutkan adab-adabnya sebagai berikut:

1. Mandi sunnah sebelum pergi ke Masjid Nabawi dan berziarah kepada Nabi saw.
2. Bersuci dari hadas kecil dan hadas besar.
3. Berpakaian pakaian yang suci dan bersih, dan disunnahkan memakai pakaian yang
baru dan berwarna putih.
4. Tidak tergesa-gesa dalam melangkahkan kaki, bersikap tawadhu' dan khusu' saat
pergi menuju ke Masjid Nabawi.
5. Memakai wangi-wangian.
6. Dalam perjalanan memperbanyak zikir, takbir, tasbih, tahmid, tahlil dan shalawat.
7. Membaca doa-doa yang diajarkan oleh Rasulullah saw, ketika akan memasuki
Masjid Nabawi, dan ketika berada di dalamnya.

Sdr Mohd Sahaat Bin Mohd Salleh, selaku Setiausaha Keadilan Cabang KulaiJaya yang juga merupakan penulis www//amkj.blogspot.com akan berangkat menunaikan ibadah haji pada 5hb Nov 2010. Majlis doa selamat akan diadakan pada 2/11/2010, Selasa selepas Isyak ( 8.30 malam ) di alamat; No 8, Jalan Pulai Perdana 4/1, Taman pulai Perdana, johor. Saya mewakili beliau, menjemput dan mempersilakan semua teman-teman agar dapat meluangkan masa hadir kemajlis tersebut.

Doa dari kami mengiringi kehadrat Allah SWT agar anda selamat sampai dan selamat kembali, dipelihara kesihatan anda agar dapat menyempurnakan ibadah disana, dilanjutkan usia anda dalam keimanan, memperolehi rezki yang halal dan diselisihkan daripada rezki yang haram. Semuga Allah mengasihi anda, dikurniakan Haji yang Mabrur.

Kepada Allah kita berserah, dan kepada Allah jua kita mohon pertolongan, perkenankanlah permohonan kami ini... Ammin..
.

20101029

Kenyataan Setiausaha Agung Kepada Semua 400,000 Anggota KEADILAN

KENYATAAN MEDIA

27 OKTOBER 2010

Pemilihan bagi Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat akan bermula pada 29 Oktober hingga 21 November, selama sepuluh hari bagi semua cabang-cabang KEADILAN di seluruh Malaysia dari Perlis hinggalah ke Sabah.

Saya ingin menyeru semua 400,000 anggota KEADILAN yang layak mengundi dalam Pemilihan 2010 untuk turun beramai-ramai memenuhi hak mereka memilih pemimpin parti.

Semangat meraikan demokrasi menerusi pengenalan dasar satu anggota satu undi yang pertama di Malaysia yang dilihat sewaktu Pemilihan peringkat Cabang kini diteruskan di peringkat nasional.

Pada masa parti-parti Barisan Nasional masih lagi terbelenggu dengan budaya politik kolot dan ketinggalan zaman, KEADILAN sekali lagi mencipta pembaharuan dengan membudayakan semangat politik baru.


SAIFUDDIN NASUTION
Setiausaha Agung
Parti Keadilan Rakyat

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~
BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya

Presiden MCA Terus Kecam UMNO



Liwat : Nota Klinikal Menghantui Hakim

Hari Ini bersambung perbicaran kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sehingga sesi rehat tadi kelihatan pendakwaraya dan 'referee' sedaya upaya melindungi Mohd Saiful.

Sejauh mana mereka cuba memenangkan Mohd Saiful, kita dapat perhatikan dengan jelas. Pelbagai alasan digunakan untuk memberi nota klinikal asal tersebut . Dan kini kononnya ada nota kedua pula.

Percayakah pembaca mungkin ada nota ketiga. Semua tidak mustahil akan berlaku.

Pencatat dan juga pembaca juga hairan, mengapa Hakim dan Pendakwaraya bersungguh-sungguh ingin menyembunyikan nota klinikal tersebut. Bak kata pepatah, ' Berani kerana benar, takut kerana salah.

LAPORAN LANGSUNG

9.07am: Mahkamah disambung semula oleh hakim Mahkamah Tinggi Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Peguam CaraI I Yusof memberitahu mahkamah hari ini akan akan mendengar permohonan daripada pihak pembelaan bagi mendapatkan nota klinikal dan laporan kimia sama ada ia menepati Seksyen 51A Kanun Acara Jenayah.

9.13am: Karpal merujuk kepada keputusan Mahkamah Persekutuan berkenaan asas pembelaan bagi mendapatkan nota klinikal.

Katanya, Mahkamah Persekutuan membuat keputusan bahawa dalam pra-perbicaraan kes itu, pembelaan tidak berhak untuk dokumen itu.

Karpal berkata mahkamah terlalu bergantung terhadap hujah pendakwaan bahawa nota itu tidak dirujuk, justeru tidak boleh diberikan kepada pembelaan.

Katanya, kredibeliti saksi pakar (Dr Mohd Razali) bergantung pada nota tersebut.

9.29am: Karpal berkata hakim akan dilihat tidak melakukan apa-apa sekiranya permintaan pembelaan tidak diendahkan.

9.38am: Karpal juga berhujah laporan ahli kimia tidak dapat diterima apabila pendakwaan tidak mahu memasukkan laporan toksikolgi Saiful sebagai sebahagian daripada bukti walaupun ia dilampirkan bersama laporan ahli kimia itu.

9.55am: Karpal berhujah bahawa melalui nota klinikal itu "kami akan cuba dan buktikan bahawa testimoni saksi pakar akan bercangggah dengan notanya"

Karpal menamatkan hujahnya dan kini giliran Yusof pula.

10.03am: Yusof mempertahankan bahawsa nota klinikal hanya akan diberikan sekiranya saksi memutuskan mahu merujuknya.

10.12am: Yusof memberitahu mahkamah, seperti dalam kes pembunuhan, hanya laporan bedah siasat akhir sahaja yang dikemukakan.

10.22am: Yusof berkata, tiada permohonan daripada saksi untuk merujuk kepada nota klinikal tersebut.

10.36am: Seperti laporan ahli kimia, Yusof berkata ia tidak mewujudkan prejudis terhadap tertuduh (Anwar).

10.55am: Sambil memohon membatalkan permohonan pembelaan, Yusof menegaskan pihak pembelaan tidak berhak mendapatkan laporan klinikal kerana tidak menepati Seksyen 155 dan 161 Kanun Acara Jenayah.

Karpal memohon masa rehat singkat.

11.16am: Mahkamah bersambung dengan jawatan Karpal.

Beliau mengingatkan bahawa menjadi tanggungjawab hakim bagi memastikan keadilan - di mana ia mesti banyak bergantung kepada bukti pakar.

11.24am: Hakim Zabidin menetapkan tarikh 22 November bagi membuat keputusan. - Malaysiakini.

Liwat : 'Penyokong' Mohd Saiful Kian Hilang Arah

Kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim kian hangat. Para 'penyokong Mohd Saiful' kian hilang arah dengan 'permainan' mereka.

Hari ini pegumbela akan bertempur lagi demi mencari kebenaran dan hak yang sewajarnya. Berikut adalah yang berlaku prosiding di mahkamah semalam.

8.58am: Mahkamah mula bersidang dengan hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah mengambil tempatnya.


Doktor bedah am Hospital Kuala Lumpur - Dr Mohd Razali Ibrahim dipanggil ke kandang saksi.

9am: Karpal berkata beliau ingin mengemukakan semula sama ada hakim memahami apa yang dituntut oleh pihak pembelaan semalam - iaitu nota klinikal perubatan.

Katanya, kekeliruan penghakiman mungkin mengakibatkan salah faham berhubung apa yang dituntut oleh pihak pembelaan sebenarnya.

"Apa yang kami mahu adalah nota klinikal. Laporan awal perubatan bukan satu isu.”

Hakim Zabidin berkata keputusannya semalam adalah jelas. Beliau kemudiannya mengarahkan kedua-dua pihak untuk mengadakan perbincangan tertutup di kamarnya.

Mahkamah berehat seketika.

Terus diasak

9.05am: Ahli parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar masuk ke mahkamah dan duduk di galeri awam.

Masih terdapat banyak ruang kosong di mahkamah hari ini. Hanya terdapat kira-kira 40 orang. Kebanyakan wartawan asing dan penyokong Anwar yang biasanya hadir tidak kelihatan.

9.23am: Semua pihak yang terlibat keluar dari kamar hakim Zabidin.

9.26am: Mahkamah bersambung.

9.27am: Karpal terus mengasak Dr Razali mengenai keberatannya untuk merujuk kepada nota perubatan.

9.31am: Mahkamah sekali lagi berehat apabila Karpal berkeras mengasak saksi bertubi-tubi mengenai perkara berkenaan.

Karpal membantah apabila pihak pendakawaan menuntut beliau supaya berhenti berbuat demikian. Sankara Nair, seorang lagi peguam bela bangkit dan bertanya mengapa pihak pendakwaan cuba mengahlang peguam menyoal Dr Razali.

Karpal berkata beliau percaya apa yang Dr Razali tuturkan di mahkamah adalah berlainan dengan apa yang tercatit dalam nota klinikal.

Tangguh lagi

Hakim Zabidin meminta semua pihak terlibat sekali lagi ke kamarnya untuk berbincang - ini kali kedua pagi ini, mereka berbuat demikian.

9.55am: Semua pihak kembali ke mahkamah.

10.02am: Hakim Zabidin memasuki mahkamah. Perbicaraan disambung semula.

10.10am: Karpal bertanyakan mengenai laporan perubatan bertarikh 13 Julai 2008. Beliau ingin tahu sama ada terdapat laporan yang dikemukakan oleh dua ahli kimia.

Dr Razali semalam memberi keterangan bahawa hanya terdapat satu laporan kimia.

10.20am: Dr Razali mengakui terdapat kesilapan dalam laporan terakhir berhubung wujudnya tiga laporan ahli kimia.

Satu daripada laporan kimia itu, PJ F atau 6334/08-2, tidak dinyatakan dalam laporan itu.

Menurut Karpal, that PJ F atau 6334/08-1 tidak diberikan kepada pihak pembelaan meskipun ia ditimbulkan dalam laporan terakhir itu.

10.25am: Mahkamah dihentikan seketika lagi - ini kali ketiga pagi ini. Kali ini bagi membolehkan pegawai mahkamah untuk menyemak laporan ahli kimia.

Peguam Cara II Negara, Datuk Yusof berkata pihak pendakwaan tidak bercadang untuk menenderkan laporan kimia 01, dan atas alasan itu ia tidak dibekalkan kepada pihak pembelaan.

10.52am: Perbicaraan masih belum diteruskan. Peguam Karpal dan Sankara sedang berbincang dengan Anwar di luar mahkamah.

11.06am: Karpal dan Yusof sekali lagi dilihat menuju ke kamar Hakim Zabidin bagi perbincangan di kamarnya.

11.22am: Perbicaraan bersambung semula. Karpal meneruskan soal-balas.

Pelincir digunakan

11.42am: Sankara Nair mengambil-alih daripada Karpal dan sedang memasang projektor LCD.

11.56am: Sankara Nair kemudian mengambil-alih daripada Karpal dan menyoal-balas Dr Razali.

12.02pm: Sankara bertanya kepada Dr Razali sama ada pelincir digunakan dalam tindakan meliwat yang didakwa oleh pengadu yang juga saksi utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Dr Razali berkata beliau difahamkan ada, tetapi mengakui tiada ujian dilakukan bagi menentukan pelincir digunakan.

12.13pm: Sankara kemudian menyoal Dr Razali berhubung tabiat membuang air besar Saiful dan sama ada penting atau tidak bagi doktor mendapatkan penjelasan daripada mangsa berhubung perkara itu.

Dr Razali berkata ia bergantung kepada keadaan. Katanya, meskipun Saiful mengadu kesakitan di dubur, beliau tidak ingat sama ada kesakitan itu berterusan.

12.24pm: Dr Razali berkata dubur Saiful diperiksa semasa mangsa berbaring secara lateral pada sebelah kirinya.

"Kedua-dua lututnya diletakkan berdekatan dadanya supaya bahagian duburnya terdedah untuk diperiksa,” katanya.

12.29pm: Menurut Dr Razali beliau mula-mula memeriksa bahagian perianal Saiful bagi mengambil beberapa calitan. Beliau kemudian memasukkan protoskop ke dubur Saiful untuk mengambil dua sampel - daripada bahagian atas dan bawah rektum.

“Rektum kelihatan kosong, jadi saya mencatatkan sebagai kosong,” katanya semasa disoal balas oleh Sankara.

12.44pm: Dr Razali mengakui bahawa dia tidak menyoal Saiful bahawa ada peralatan dimasukkan ke duburnya apabila dia diperiksa di hospital Pusrawi.

Beliau bersetuju dengan peguam bela ia bukan satu amalan yang baik.

1.10pm: Mahkamah berehat seketika dan akan perbicaraan akan bersambung pada jam 2 petang ini.

2pm: Apabila bersambung semula, mahkamah dimaklumkan perbicaraan akan ditangguhkan kepada jam 8.30 pagi esok.-Malaysiakini

20101028

Pemilihan 2010 : PKR Mendominasi Politik Negara

" Tak mengapalah jika kalah ", inilah jawapan pencatat jika ditanya mengenai Pemilihan PKR 2010. Jika dipilh sebagai ahli Majlis Pimpinan Pusat, bagi pencatat ianya sautu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.

Saban waktu rakan-rakan bertanya mengenai harapan pencatat untuk memperolehi kemenangan. Bagi pencatat jawatan itu anugerah ahli akar umbi.

Ada juga rakan-rakan Pakatan Rakyat dan tidak berparti mempersoalkan beberapa insiden dalam pemilihan Cabang yang lepas. Bagi pencatat PKR telah melangkaui sejarah politik tanahair.

Mana ada parti politik bersedia seperti PKR yang berani memilih kepimpinan melalui undi ahli. Jika ada kelamahan, bererti ia satu kejayaan.

Apakah UMNO dan mana-mana parti berani melakukannya. Jika UMNO berani melakukannya kerana banyak wang dan mengaku mempunyai ahli bermoral tinggi. Apa perlu tunggu lagi, ayuh buktikan.

Mungkin mereka tidak mampu membeli undi kepada lebih 3 juta ahli. Maka apa yang mampu dilakukan hanya mencerca PKR.

Sudah pasti, secara senyap-senyap hampir semua parti di seluruh negara ingin belajar dari PKR. Jika individu popualar di hotel 5 bintang, tidak semestinya ampuh dikalangan ahli.

Jika diperingkat cawangan sudah berbalah, di peringkat juga bahagian huru-hara. Mampukah UMNO memilah Presiden di peringkat nasional.

Pencatat merasa amat bangga para petugas SPR PKR yang mengatasi semua masalah dengan professional. Setiap kelemahan diakui dan selesaikan dengan bijaksana. Tahniah sekali lagi.

Anwar Ulang Alik Dari KL Ke Galas Setiap Hari

GUA MUSANG - Walaupun perlu berada di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur setiap hari bagi mengikuti kes liwatnya, namun tidak mematahkan semangat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk tiba di Galas sehingga 4 November ini.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, pihaknya tidak akan tertipu dengan mainan politik pihak lawan yang mahu membataskan pergerakan beliau untuk membantu Pas di Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

Menurutnya, beliau akan terus berjuang walaupun terpaksa berulang alik setiap hari dari Kuala Lumpur ke Gua Musang untuk menghadiri ceramah perdana sehingga 3 November ini.

”Walaupun selepas (ceramah) ini saya perlu kembali hadir ke mahkamah pagi esok, esok selepas selesai urusan di mahkamah, saya akan terus ke sini semula.

”Jangan kita tertipu dengan mainan mereka, semoga kemenangan berpihak kepada kita pada 4 November nanti,” katanya ketika menyampaikan ucapan di ceramah perdana Kampung Kerinting, kelmarin.

Dalam ceramahnya, Anwar menggesa pengundi DUN Galas menolak kepimpinan Barisan Nasional (BN) yang dilihat suka menjadikan isu perkauman sebagai pendebatan mereka.

“Beza Pakatan Rakyat (PR) dan UMNO ini besar, kita walaupun mempunyai perbezaan kaum dan agama kita tidak nafikan perkara itu tetapi UMNO gunakan ia sebagai alat untuk menghina kaum lain.

“Bagi PR, kita anggap semua sebagai rakan dan kita tidak hukum sesiapa kerana warna kulit, dalam PR, Melayu, Cina dan India semua sama sahaja. Kita jaga kebajikan semua dan kita tolong semua,” katanya.

Anwar berkata, pengundi di Galas perlu memilih Dr Zulkefli sebagai wakil rakyat memandangkan beliau mempunyai pengaruh dan sentiasa berkhidmat kepada rakyat. - Sinar Harian

PKR Umum Tujuh Misi Dalam Manifesto

SANDAKAN - Parti Keadilan Rakyat (:PKR) semalam mengumumkan tujuh misi perjuangannya jika calonnya dipilih sebagai wakil rakyat kawasan Parlimen Batu Sapi dalam pilihan raya kecil di situ 4 November ini.

Calonnya, Ansari Abdullah berkata tujuh misi berkenaan termasuk menyampaikan suara dan keluhan rakyat kawasan Batu Sapi ke Parlimen tanpa mengira agama, bangsa, kaum dan kedudukan.

“Saya juga bertekad membela rakyat Batu Sapi daripada berterusan menjadi mangsa penindasan oleh pelbagai pihak dan pemimpin yang tidak bertanggungjawab,” katanya semalam.

PKR juga, katanya, akan bersama rakyat berusaha dan menuntut pembangunan kawasan Batu Sapi mengikut keperluan dan kemampuan selain merancang program dalam usaha meningkatkan taraf ekonomi rakyat Batu Sapi.

Menurut Ansari, PKR juga akan memastikan pelajar-pelajar di luar bandar dapat menikmati kemudahan yang terbaik bagi meningkatkan tahap pendidikan mereka serta membantu sedaya upaya mengurangkan tahap kemiskinan dan gejala sosial.

Sambil berjanji untuk berkhidmat dengan penuh dedikasi dan sepenuh hati, Ansari berkata beliau akan berusaha memberikan la�yanan yang terbaik untuk penduduk Batu Sapi tanpa pilih kasih.

Ansari turut menafikan laporan media kononnya beliau diserang penyokong Barisan Nasional di kawasan Kampung Bukara ketika berkunjung ke situ malam semalam.

Katanya, beliau sudah tiga kali ke perkampungan berkenaan untuk berkempen dan tidak pernah dikasari oleh penduduk kampung itu.

“Pagi tadi, ketika mengiringi presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melawat Pasar Tanah Merah, saya ditanya pemberita sama ada benar saya diserang malam tadi. Saya tanya dia, apakah anda ada melihat sebarang tanda yang saya telah diserang?,” katanya. - Bernama

20101027

Mengarap Harapan Menuju Nusajaya

Sehari dua ini pencatat menerima teguran mengenai beberapa pekara. Termasuk perihal Keadilan Johor, Cabang Kulai dan ANAK.

Ianya difikirkan secara positif demi memastikan diri berada dilandasan yang dikehendaki. Ada yang mendorong, ada juga suara-suara teguran. Bagi pencatat ianya teguran membina.

Pencatat melihat di Pilihanraya Kecil Galas dan Batu Sapi. Mereka tidak dapat bersatu begitu ramai jika masalah barisan kepimpinan dipertikaikan.

Pilihanraya Kecil yang lepas juga begitu juga. Kecemerlangan terbina kerana persepakatan gitu pelbagai pihak dan ahli dokongan.

Tentang pertikaian jawatan lantikkan acapkali dipertikaikan dimana-mana juga organisasi. Lumrah juga bagi parti Keadilan.

Siapa juga ketua, semesti ada keputusan yang kurang disenangi. Namun pencatat melihat kejayaan Keadilan dan Pakatan Rakyat lebih penting dan perlu diutamakan.

Yang pasti bersatu teguh, berbalah pasti rebah. Jadi, sejak Pengerusi Parti Keadilan Nasional pertama hingga Pengerusi Keadilan sekarang asyik dibantah .

Maka jawapannya, pembaca lebih maklum apa kesudahannya PRU akan datang dan telah sudah.
'Johor' tidak kemana-mana.

Setiap pandangan, pencatat amat hargai. Sautu cetusan yang amat bernilai. Sesiapapun ingin menjadi nakhoda, malangnya jawatan ketua sememang hanya satu. Jika lebih dari itu pasti lebih rumit.

Bagi pencatat yang boleh dianggap hingusan ini, tidak selayaknya mencatat membantah cadangan dan cetusan dari rakan-rakan yang mempunyai pengalaman luas.

Hanya secebis harapan pencatat agar kita rapatkan saff Cabang . Jika telah mantap, ada keperluan kita memandang ke atas. Dan bergerak lebih jauh.

Siapa juga ketua pasti ada kelemahannya. Maka proses protes akan berterusan jika selagi manusia menjadi ketua. Jika kaum melayu dipandang hebat untuk dinobatkan sebagai ketua, maka dibuktikan melalui Cabang. Insyallah, kehendak hati pasti menjadi kenyataan.

Dahulu setuju, sekarang tidak setuju mungkin akan datang setuju semula. Maka yang pastinya kita terlepas peluang untuk mendapat pasukan gempur yang digeruni. Masa emas terus berlalu.

Semestinya pencatat menghargai cadangan yang diutarakan. Pencatat muhasabah diri dan berdoa semuanya menjadi erat seperti sebelumnya.

Gelombang Pilihanraya Kecil Batu Sapi


KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM PARLIMEN & DUN JOHOR 2004 & 2008

P.140-SEGAMAT

TAHUN 2004

SUBRAMANIAM A/L SATHASIVAM (BN)-17,953
PANG HOK LIONG(DAP)-10,144
MAJORITI MENANG - 7,809

TAHUN 2008

SUBRAMANIAM A/L K.V. SATHASIVAM (BN) - 15,921
PANG HOK LIONG (DAP) - 12,930
MAJORITI MENANG- 2,991

N.1 - BULOH KASAP

TAHUN 2004

MOHAMAD ROZALI BIN JAMIL (PAS) - 1,540
OTHMAN BIN JAIS (BN) - 9,072
MAJORITI MENANG - 7,532

TAHUN 2008

OTHMAN BIN JAIS (BN) - 7,691
FIRDAUS BIN MASOD (PAS) - 3,225
MAJORITI MENANG - 4,466

N.2 - JEMENTAH

TAHUN 2004

LEE HONG TEE (BN) - 11,174
PANG HOK LIONG (DAP) - 6,449
MAJORITI MENANG - 4,725

TAHUN 2008

PANG HOK LIONG (DAP) - 8,098
LEE HONG TEE (BN) - 9,912
MAJORITI MENANG - 1,306

P.141-SEKIJANG

TAHUN 2004

ZULKAPLY BIN SALLEH (KEADILAN) - 4,786
BAHARUM BIN MOHAMED (BN) - 19,628
MAJORITI MENANG - 14,842

TAHUN 2008

BAHARUM BIN MOHAMED (BN) - 17,979
ZULKAPLY BIN SALLEH (PKR) - 8,112
MAJORITI MENANG- 7,867

N.3 - PEMANIS

TAHUN 2004

OTHMAN BIN SELAMAT (PAS) - 2,685
LAU CHIN HOON (BN) - 11,039
MAJORITI MENANG - 8,354

TAHUN 2008

OTHMAN BIN SELAMAT (PAS) - 4,573
LAU CHIN HOON (BN) - 9,708
MAJORITI MENANG - 5,135

N.4 - KEMELAH

TAHUN 2004

AYUB BIN RAHMAT (BN) - 8,909
SULEIMAN BIN SHUIB (PAS) - 1,862
MAJORITI MENANG - 7,047

TAHUN 2008

AYUB BIN RAHMAT (BN) - 8,639
MOHD BARUDIN BIN NOR (PKR) - 3,204
MAJORITI MENANG - 5,435

P.142-LABIS

TAHUN 2004

TEE GEY YAN (DAP) - 5,740
CHUA SOI LEK (BN) - 16,469
MAJORITI MENANG - 10,729

TAHUN 2008

CHUA TEE YONG (BN) - 13,658
TEO ENG CHING (DAP) - 9,564
MAJORITI MENANG - 4,094

N.5 - TENANG

TAHUN 2004

MD SAIM BIN SIRAN (PAS) - 2,138
SULAIMAN BIN TAHA (BN) - 7,655
MAJORITI MENANG - 5,517

TAHUN 2008

SULAIMAN BIN TAHA (BN) - 6,367
MD.SAIM BIN SIRAN (PAS) - 3,875
MAJORITI MENANG - 2,492

N.6 - BEKOK

TAHUN 2004

AHMAD BIN TON (DAP) - 3,050
TAN KOK HONG (BN) - 9,521
MAJORITI MENANG - 6,471

TAHUN 2008

CHANG TECK CHEE (DAP) - 5,566
TAN KOK HONG (BN) - 7,510
MAJORITI MENANG - 1944

P.143-PAGOH

TAHUN 2004

MUHYIDDIN BIN MD YASIN (BN) - 23,679
MOHAMED BIN AWANG (PAS) - 4,932
MAJORITI MENANG - 18,747

TAHUN 2008

MOHAMAD ROZALI BIN JAMIL (PAS) - 8,447
MUHYIDDIN BIN MD YASIN (BN) - 21,028
MAJORITI MENANG - 12,581

N.7 - BUKIT SERAMPANG

TAHUN 2004

TAHIR BIN MOHD. TAAT (BN) - 11,482
MAHFODZ BIN MOHAMED (PAS) - 2,418
MAJORITI MENANG - 9,064

TAHUN 2008

TAHIR BIN MOHD TAAT (BN) - 10,605
MAHFODZ BIN MOHAMED (PAS) - 3,355
MAJORITI MENANG - 7,250

N.8 - JORAK

TAHUN 2004

SUMADI BIN AHMAD (BEBAS) - 428
SAMAT BIN ARIPIN (BN) - 11,973
HJ MANAP BIN JUMAN (PAS) - 2,480
MAJORITI MENANG - 9,493

TAHUN 2008

OTHMAN BIN HASHIM (PAS) - 5,493
SHARUDDIN BIN MD SALLEH (BN) - 10,097
MAJORITI MENANG - 4604

P.144-LEDANG

TAHUN 2004

HAMIM BIN SAMURI (BN) - 30,967
KASIM BIN IBRAHIM (PAS) - 9,296
MAJORITI MENANG - 21,671

TAHUN 2008

LAU TEK HAI (PKR) - 17,702
HAMIM BIN SAMURI (BN) - 25,319
MAJORITI MENANG - 7,617

N.9 - GAMBIR

TAHUN 2004

ARIPIN BIN HJ DAHALAN(PAS) - 3,581
M. ASOJAN A/L MUNIYANDY (BN) - 9,690
MAJORITI MENANG - 6,109

TAHUN 2008

M ASOJAN A/L MUNIYANDY (BN) - 8,190
KASIM BIN IBRAHIM (PAS) - 5,727
MAJORITI MENANG - 2,463

N.10 - TANGKAK

TAHUN 2004

YAU HO YONG ( KEADILAN) - 3,890
YAP CHIK DONG (BN) - 8,817
MAJORITI MENANG - 4,927

TAHUN 2008

LEE FU HAW (DAP) - 6,835
GOH TEE TEE (BN) - 7,130
MAJORITI MENANG - 295

N.11 - SEROM

TAHUN 2004

ABU BAKAR BIN TAMBI (PAS) - 3,195
A.GHANI BIN OTHMAN (BN) - 11,276
MAJORITI MENANG - 8,081

TAHUN 2008

A. GHANI BIN OTHMAN (BN) - 10,088
RUSMAN BIN KEMIN (PAS) - 5,117
MAJORITI MENANG - 4,971

P.145-BAKRI

TAHUN 2004

CHUA JUI MENG (BN) - 29,320
AZHARI BIN ISMAIL (DAP) - 10,261
MAJORITI MENANG - 19,059

TAHUN 2008

ER TECK HWA (DAP) - 21,051
TAY PUAY CHUAN (BN) - 20,329
MAJORITI MENANG - 722

N.12 - BENTAYAN

TAHUN 2004

LAU YEW WEE (BN) - 7,657
TAN CHEN CHOON (DAP) - 7,229
MAJORITI MENANG - 428

TAHUN 2008

GWEE TONG HIANG (DAP) - 9,118
LEE CHING YONG (BN) - 6,322
MAJORITI MENANG - 2,796

N.13 - SUNGAI ABONG

TAHUN 2004

HARIS BIN SALLEH (BN) - 10,208
SHEIKH IBRAHIM BIN SALLEH (PAS) - 4,151
MAJORITI MENANG - 6,057

TAHUN 2008

SHEIKH IBRAHIM BIN SALLEH (PAS) - 8,776
KAMARUDIN BIN SURATMAN (BN) - 7,226
MAJORITI MENANG - 1,550

N.14 - BUKIT NANING

TAHUN 2004

KUSNI BIN SIMOH (KEADILAN) - 2,057
MD. KHALID BIN MD. ALI (BN) - 8,391
MAJORITI MENANG - 6,334

TAHUN 2008

ALIAS BIN SHAMSIR (PKR) - 3,821
MD. KHALID BIN MD.ALI (BN) - 6,716
MAJORITI MENANG - 2,895

P.146-MUAR

TAHUN 2004

RAZALI BIN IBRAHIM (BN) - 21,116
MOHAMAD BIN TAIB (PAS) - 7,701
MAJORITI MENANG - 13,415

TAHUN 2008

RAZALI BIN IBRAHIM (BN) - 16,986
NAH BINTI BUDIN (PKR) - 12,325
MAJORITI MENANG - 4,661

N.15 - MAHARANI

TAHUN 2004

DR MOHAMMAD BIN TASLIM (PAS) - 4,594
MOHD ISMAIL BIN MOHD SHAH (BN) - 11,206
MAJORITI MENANG - 6,612

TAHUN 2008

MOHD ISMAIL BIN MOHD SHAH (BN) - 7,996
MOHAMMAD BIN TASLIM (PAS) - 8,154
MAJORITI MENANG - 158

N.16 - SUNGAI BALANG

TAHUN 2004

MALIK BIN MOHAMED DIAH (PAS) - 3,496
ROBIA BINTI KOSAI (BN) - 9,701
MAJORITI MENANG - 6,205

TAHUN 2008

ROBIA BINTI KOSAI (BN) - 7,667
MALIK BIN MOHAMED DIAH (PAS) - 5,649
MAJORITI MENANG - 2,018

P.147-PARIT SULONG

TAHUN 2004

SUHAIZAN BIN KAIAT (PAS) - 9,788
SYED HOOD BIN SYED EDROS (BN) - 26,974
MAJORITI MENANG - 17,186

TAHUN 2008

FAISAL BIN ALI (PAS) - 12,467
NORAINI BINTI AHMAD (BN) - 26,066
MAJORITI MENANG - 13,599

N.17 - SEMERAH

TAHUN 2004

ARISS BIN SAMSUDIN (BN) - 15,715
MAZLAN BIN ALIMAN (PAS) - 5,046
MAJORITI MENANG - 10,669

TAHUN 2008

MUHAMAD HASMI BIN HASHIM (PKR) - 8,082
ARISS BIN SAMSUDIN (BN) - 13,156
MAJORITI MENANG - 5,074

N.18 - SRI MEDAN

TAHUN 2004

AHMAD ZAHRI BIN JAMIL (BN) - 12,055
MUHAMMAD SABRI BIN OMAR (PAS) - 4,258
MAJORITI MENANG - 7,797

TAHUN 2008

AHMAD ZAHRI BIN JAMIL (BN) - 12,488
MEARAJ BIN HJ PATANI (PAS) - 4,834
MAJORITI MENANG - 7,654

P.148-AYER HITAM

TAHUN 2004

WEE KA SIONG (BN) - 20,065
MOHD ZAMRI BIN MD TAKSIS (PAS) - 4,302
MAJORITI MENANG - 15,763

TAHUN 2008

WEE KA SIONG (BN) - 20,230
HUSIN BIN SUJAK (PAS) - 6,321
MAJORITI MENANG - 13,909

N.19 - YONG PENG

TAHUN 2004

CHEW PECK CHOO (DAP) - 4,265
LIM KEE MOI (BN) - 8,112
MAJORITI MENANG - 3,847

TAHUN 2008

NG LAM SWA (DAP) - 10,571
LIM KEE MOI (BN) - 8,064
MAJORITI MENANG - 2,493

N.20 - SEMARANG

TAHUN 2004

SAMSOLBARI BIN JAMALI (BN) - 9,937
HUSIN BIN SUJAK (PAS) (2,111)
MAJORITI MENANG - 7,826

TAHUN 2008

SAMSOLBARI BIN JAMALI (BN) -10,180
ALLIAR @ ILYAS BIN A. BAKAR (PAS) - 2,866
MAJORITI MENANG - 7,314

P.149-SRI GADING

TAHUN 2004

MOHAMAD BIN HAJI AZIZ (BN) - 21,512
AHMAD FAIDHI BIN SAIDI (KEADILAN) - 5,316
MAJORITI MENANG - 16,196

TAHUN 2008

MOHAMAD BIN HAJI AZIZ (BN) - 19,641
ALI BIN MARKOM (PKR) - 8,767
MAJORITI MENANG - 10,874

N.21 - PARIT YAANI

TAHUN 2004

MUHAMAD YUSOF BIN MASRAN (PAS) - 3,259
NG SEE TIONG (BN) - 10,535
MAJORITI MENANG - 7,276

TAHUN 2008

NG SEE TIONG (BN) - 9,419
HASHIM BIN JUSOH (PAS) - 5,562
MAJORITI MENANG - 3,857

N.22 - PARIT RAJA

TAHUN 2004

SANUSI BIN DAING MARIOK (PAS) - 2,754
AB. AZIZ BIN KAPRAWI (BN) - 10,410
MAJORITI MENANG - 7,656

TAHUN 2008

AB AZIZ BIN KAPRAWI (BN) - 9,690
MUSTAFHA BIN ABD RAHMAN (PAS) - 3,863
MAJORITI MENANG - 5,827

P.150-BATU PAHAT

TAHUN 2004

JUNAIDY BIN ABD.WAHAB (BN) - 38,982
MOHAMED HANIPA BIN MAIDIN (PAS) - 9,880
MAJORITI MENANG - 29,102

TAHUN 2008

MUHAMMAD BIN ABDULLAH (PKR) - 19,625
MOHD PUAD BIN ZARKASHI (BN) - 32,593
MAJORITI MENANG - 12,968

N.23 - PENGGARAM

TAHUN 2004

GAN PECK CHENG (DAP) - 6,247
KOH CHEE CHAI (BN) 16,845
MAJORITI MENANG - 10,598

TAHUN 2008

KOH CHEE CHAI (BN) - 12,761
GAN PECK CHENG (DAP) - 12,186
MAJORITI MENANG - 175

N.24 - SENGGARANG

TAHUN 2004

MOHD.RAMLI BIN MD.KARI (PAS) - 0

TAHUN 2008

JA`AFFAR BIN HASHIM (BN) - 9,034
MOHD RAMLI BIN MD KARI (PAS) - 6,006
MAJORITI MENANG - 3,028

N.25 - RENGIT

TAHUN 2004

HASANUDDIN BIN MOHD YUNUS (PAS) - 3,004
AYUB BIN JAMIL (BN) - 7,587
MAJORITI MENANG - 4,583

TAHUN 2008

AYUB BIN JAMIL (BN) - 8,656
HASANUDDIN BIN MOHD YUNUS (PAS) - 3,377
MAJORITI MENANG - 5,279
P.151-SIMPANG RENGGAM

TAHUN 2004

ATAN BIN GOMBANG (PAS) - 4,842
KERK CHOO TING (BN) -18,997
MAJORITI MENANG - 14,155

TAHUN 2008

ATAN BIN GOMBANG (PAS) - 8,597
LIANG TECK MENG (BN) - 16,450
MAJORITI MENANG - 7,853

N.26 - MACHAP

TAHUN 2004

ABD.HAMID BIN ABD.RAHMAN (BN) - 10,088
ABDULLAH BIN HUSIN (PAS) - 2,533
MAJORITI MENANG - 7,555

TAHUN 2008

ABD HAMID BIN ABD RAHMAN (BN) - 8,909
ABDULLAH BIN HUSIN (PAS) - 4,731
MAJORITI MENANG - 4,178

N.27 - LAYANG-LAYANG

TAHUN 2004

RAMA LOO A/L KANNAIAH (KEADILAN) - 1,884
ONN BIN MOHD YASSIN (BN) - 9,467
MAJORITI MENANG - 7,583

TAHUN 2008

YAP WENG KEONG (PKR) - 4,573
ONN BIN MOHD YASSIN (BN) - 7,015
MAJORITI MENANG - 2,442

P.152-KLUANG

TAHUN 2004

HOU KOK CHUNG (BN) - 27,970
NG LAM HUA (DAP) - 24,189
MAJORITI MENANG - 3,781

TAHUN 2008

NG LAM HUA (DAP) - 14,303
HOO SEONG CHANG (BN) - 33,001
MAJORITI MENANG - 18,698

N.28 - MENGKIBOL

TAHUN 2004

GAN PING SIEW (BN) - 17,186
NG LAM HUA (DAP) - 8,091
MAJORITI MENANG - 9,095

TAHUN 2008

GAN PING SIEW (BN) - 12,257
NG LAM HUA (DAP) - 13,538
MAJORITI MENANG - 1,281

N.29 - MAHKOTA

TAHUN 2004

KHARUL FAIZI AHMAD KAMIL (PAS) - 4,107
GAPAR BIN GURROHU (BN) - 19,045
MAJORITI MENANG - 14,938

TAHUN 2008

MD JAIS BIN SARDAY (BN) - 17,489
KHAIRUL FAIZI AHMAD KAMIL (PAS) - 9,009
MAJORITI MENANG - 8,480

P.153-SEMBRONG

TAHUN 2004

HISHAMMUDDIN HUSSIEN (BN) - 19,575
ONN BIN JAAFAR (PAS) - 2,597
MAJORITI MENANG - 16,978

TAHUN 2008
HISHAMMUDDIN HUSSEIN (BN) - 17,988
LEE SANG (PKR) - 6,418
MAJORITI MENANG - 11,570

N.30 - PALOH

TAHUN 2004

CHOONG AH ONN (BN) - 7,967
NG LAM SWA (DAP) - 2,789
MAJORITI MENANG - 5,178

TAHUN 2008

HOO SEONG CHANG (BN) - 6,988
TAN TING CHOW (DAP) - 4,194
MAJORITI MENANG - 2,794

N.31 - KAHANG

TAHUN 2004

RAMIS A/L SUBRAMANIAM (BN) - 9,397
MOHAMAD ESA BIN JAAFAR (PAS) - 2,024
MAJORITI MENANG - 7,373

TAHUN 2008

VIDYANANTHAN A/L RAMANADHAN (BN) - 9,272
ABDUL HALIM MOHAMAD DAWAM (PKR) - 3,948
MAJORITI MENANG - 5,324

P.154-MERSING

TAHUN 2004

IDRIS BIN TUKACHIL (PAS) - 4,649
ABD. LATIFF BIN AHMAD (BN) - 19,222
MAJORITI MENANG - 14,573

TAHUN 2008

ABD. LATIFF BIN AHMAD (BN) - 20,116
SHAHAR BIN ABDULLAH (PAS) - 6,380
MAJORITI MENANG - 13,736

N.32 - ENDAU

TAHUN 2004

SHAHAR BIN ABDULLAH (PAS)- 3,051
ZAINAL ABIDIN BIN OSMAN (BN) - 8,341
MAJORITI MENANG - 5,290

TAHUN 2008

AHMAD BIN SAID (PAS) - 3,866
ZAINAL ABIDIN BIN OSMAN (BN) - 7,393
MAJORITI MENANG - 3,527

N.33 - TENGGAROH

TAHUN 2004

KRISHNASAMY A/L SHIMAN (BN)- 10,412
SHEIKH ABDULLAH BIN SAID SALLEH (PAS) - 2,125
MAJORITI MENANG - 8,287

TAHUN 2008

SHAHAR BIN ABDULLAH (PAS) - 3,556
MURUKASVARY A/P S.THANARAJAN (BN) - 11,789
MAJORITI MENANG - 8,233

P.155-TENGGARA

TAHUN 2004

SALLEH BIN FARMIN (PAS) - 2,618
ADHAM BIN BABA (BN) - 19,706
MAJORITI MENANG - 17,088

TAHUN 2008

HALIMAH MOHD SADIQUE (BN) - 19,031
SALLEH BIN FARMIN (PAS) - 4,982
MAJORITI MENANG - 14,049

N.34 - PANTI

TAHUN 2004

BADERI BIN DASUKI (BN) - 9,395
ABDUL RASHID BIN ABU BAKAR (PAS) - 1,245
MAJORITI MENANG - 8,150

TAHUN 2008

BADERI BIN DASUKI (BN) - 9,466
ABDUL RASHID BIN ABU BAKAR (PAS) - 1,963
MAJORITI MENANG - 7,503

N.35 - PASIR RAJA

TAHUN 2004

HALIMAH BINTI MOHD SADIQUE (BN) - 10,402
SANIP BIN ITHNIN (PAS) - 1,437
MAJORITI MENANG - 8,965

TAHUN 2008

MENHAD BIN AWAB (PAS) - 2,909
ADHAM BIN BABA (BN) - 9,701
MAJORITI MENANG - 6,792

P.156-KOTA TINGGI

TAHUN 2004

SYED HAMID BIN S. JAAFAR ALBAR - (BN)
MAJORITI MENANG - MTB

TAHUN 2008

SYED HAMID BIN S JAAFAR ALBAR - (BN) - 22,682
ONN BIN JAAFAR (PAS) - 3,721
MAJORITI MENANG - 18,961

N.36 - SEDILI

TAHUN 2004

MUSA BIN WAGIMAN (PAS) - 732
ABDUL RASHID BIN ABD. MOKTI (BN) - 12,876
MAJORITI MENANG - 12,144

TAHUN 2008

RASMAN BIN ITHNAIN (BN) - 14,017
MONA'IM BIN HASSAN (PAS) - 1,259
MAJORITI MENANG - 12,758

N.37 - JOHOR LAMA

TAHUN 2004

MONAIM BIN HASSAN (PAS) - 988
ASIAH BINTI MD ARIFF (BN) - 10,039
MAJORITI MENANG - 9,051

TAHUN 2008

KAMALDIN BIN TAHIR (PAS) - 2,363
ASIAH BINTI MD ARIFF (BN) - 8,668
MAJORITI MENANG - 6,305

P.157-PENGERANG

TAHUN 2004

AZALINA BINTI OTHMAN (BN)
MAJORITI MENANG - MTB

TAHUN 2008

AZALINA BINTI OTHMAN (BN)
MAJORITI MENANG - MTB

N.38 - PENAWAR

TAHUN 2004

MOHD 'AZAM BIN HAJI RAUZAN (BN)
MAJORITI MENANG - MTB

TAHUN 2008

MD PAIMON BIN JASMIN (PAS) - 1,364
HAMIMAH BINTI MANSOR (BN) - 11,466
MAJORITI MENANG - 10,102

N.39 - TANJONG SURAT

TAHUN 2004

MUHRAM BIN MUHAMED (PAS) - 564
HARUN BIN ABDULLAH (BN) - 10,360
MAJORITI MENANG - 9,796

TAHUN 2008

ABD RAZAK BIN ESA (PKR) - 1,279
HARUN BIN ABDULLAH (BN) - 10,487
MAJORITI MENANG -9,208

P.158-TEBRAU

TAHUN 2004

YA'AKOB BIN MOHD YUSOF (PAS) - 6,060
TENG BOON SOON (BN) - 32,071
MAJORITI MENANG - 26,011

TAHUN 2008

TENG BOON SOON (BN) - 30,975
ROSLANI BIN SHARIF (PAS) - 16,124
MAJORITI MENANG - 14,851

N.40 - TIRAM

TAHUN 2004

MAULIZAN BIN BUJANG (BN) - 18,482
ROSLANI BIN SHARIF (PAS) - 2,887
MAJORITI MENANG - 15,595

TAHUN 2008

KUMUTHA A/P RAHMAN (PKR) - 8,827
MAULIZAN BIN BUJANG (BN) - 17,005
MAJORITI MENANG - 8,178

N.41 - PUTERI WANGSA

TAHUN 2004

ABDUL HALIM BIN SULEIMAN (BN) - 14,677
A. RAZAK BIN AHMAD (KEADILAN) - 2,337
MAJORITI MENANG - 12,340

TAHUN 2008

ABDUL HALIM BIN SULEIMAN (BN) - 13,711
SELVA KUMARAN A/L M.KANAN (PKR) - 7,920
MAJORITI MENANG - 5,791

P.159-PASIR GUDANG

TAHUN 2004

MOHAMED KHALED BIN NORDIN (BN) - 38,123
A RAZAK BIN AHMAD (KEADILAN) - 7,002
MAJORITI MENANG - 31,121

TAHUN 2008

MOHAMED KHALED BIN NORDIN (BN) - 35,849
MD RIZAN BIN MOHD SAMAN (PKR) - 18,568
MAJORITI MENANG - 17,281

N.42 - JOHOR JAYA
TAHUN 2004

SEY JOCK (DAP) - 3,726
LOW CHING KUANG (KEADILAN) - 1,714
TAN CHER PUK (BN) - 19,121
MAJORITI MENANG - 15,395

TAHUN 2008

TAN CHER PUK (BN) - 19,538
MD NASIR BIN AB WAHAB (PRM) - 9,050
MAJORITI MENANG - 10,488

N.43 - PERMAS

TAHUN 2004

PALIKSINA SIWALINGGAM (BN) -15,632
SYED OTHMAN BIN ABDULLAH (PAS) - 4,827
MAJORITI MENANG - 10,805

TAHUN 2008

SYED OTHMAN BIN ABDULLAH (PAS) - 11,860
MUNUSAMY A/L MAREEMUTHU (BN) - 13,878
MAJORITI MENANG - 2,018

P.160-JOHOR BAHRU

TAHUN 2004

SHAHRIR BIN AB SAMAD (BN) - 54,073
ATAN BIN AHMAD (PAS) - 7,281
MAJORITI MENANG - 46,792

TAHUN 2008

HASSAN BIN ABDUL KARIM (PRM) - 17,794
SHAHRIR BIN AB SAMAD (BN) - 43,143
MAJORITI MENANG - 25,349

N.44 - TANJONG PUTERI

TAHUN 2004

ALI BIN MOHAMED (BN) - 26,191
ZALIHA BINTI MUSTAFA (KEADILAN) -6, 515
MAJORITI MENANG -19,676

TAHUN 2008

SUBRAMANIAM A/L PAIDATHALLY (PKR) - 9,283
ADAM BIN SUMIRU (BN) - 23,023
MAJORITI MENANG - 13,740

N.45 - STULANG

TAHUN 2004

NORMAN JOSEPH FERNANDEZ (DAP) - 5,914
LONG AH MUI (BN) - 22,659
MAJORITI MENANG - 16,745

TAHUN 2008

SONG SING KWEE (PRM) - 2,198
NORMAN JOSEPH FERNANDEZ (DAP) - 10,092
MOK CHEK HOU (BN) - 16,273
MAJORITI MENANG - 4,181

P.161-PULAI

TAHUN 2004

MD NASIR BIN AB WAHAB (KEADILAN) - 7,480
NUR JAZLAN BIN MOHAMED (BN) - 42,406
MAJORITI MENANG - 34,926

TAHUN 2008

ABDULLAH BIN IDERIS (PAS) - 17,587
NUR JAZLAN BIN MOHAMED (BN) -38,036
MAJORITI MENANG - 20,449

N.46 - PENGKALAN RINTING

TAHUN 2004

LOW TEH HIAN (BN) - 23,321
RAHMATULLAH BIN ABDUL (PAS) - 4,403
MAJORITI MENANG - 18,918

TAHUN 2008

CHIA SONG CHENG (BN) - 21,203
RAHMATULLAH BIN ABDUL (PAS) - 10,829
MAJORITI MENANG - 10,374

N.47 - KEMPAS

TAHUN 2004

OSMAN BIN SAPIAN (BN) - 19,088
IBRAHIM BIN MASRAN (PAS) - 3,170
MAJORITI MENANG - 15,918

TAHUN 2008

SUHAIZAN BIN KAIAT (PAS) - 7,711
OSMAN BIN SAPIAN (BN) - 15,897
MAJORITI MENANG - 8,186

P.162-GELANG PATAH

TAHUN 2004

SONG SING KWEE (KEADILAN) - 9,335
TAN AH ENG (BN) - 41,001
MAJORITI MENANG - 31,666

TAHUN 2008

TAN AH ENG (BN) - 33,630
ZALIHA BINTI MUSTAFA (PKR) - 24,779
MAJORITI MENANG - 8,851

N.48 - SKUDAI

TAHUN 2004

TEO KOK CHEE (BN) - 15,573
BOO CHENG HAU (DAP) - 13,380
MAJORITI MENANG - 2,193

TAHUN 2008

BOO CHENG HAU (DAP) - 23,124
TEO KOK CHEE (BN) - 10,270
MAJORITI MENANG - 12,854

N.49 - NUSA JAYA

TAHUN 2004

ABD AZIZ BIN SAPIAN (BN) - 18,452
ZULKARNAIN YAP BIN ABDULLAH (PAS) - 3,676
MAJORITI MENANG - 14,776

TAHUN 2008

ABD AZIZ BIN SAPIAN (BN) - 16,643
MD SHAH BIN LAMAT (PAS) - 9,259
MAJORITI MENANG - 7,384

P.163-KULAI

TAHUN 2004

ONG KOW MENG (DAP) - 14,134
LIM SI CHENG (BN) - 32,278
MAJORITI MENANG - 18,144

TAHUN 2008

ONG KA TING (BN) - 32,017
NG PACK SIONG (DAP) -20,273
MAJORITI MENANG - 11,744

N.50 - BUKIT PERMAI

TAHUN 2004

MD FARIDZ BIN MOHD SALLEH (PAS) - 1,368
ZAINAL ABIDIN BIN JIDIN (BN) - 9,194
MAJORITI MENANG - 7,826

TAHUN 2008
KAMARUZAMAN BIN ALI (BN) - 8,385
MOHD BADZIHAR BIN MOHD BASRI (PAS) - 3,193
MAJORITI MENANG - 5,192

N.51 - BUKIT BATU

TAHUN 2004

LIEW SHIN KHEONG (KEADILAN) - 3,066
CHEONG CHIN LIANG (BN) - 10,301
MAJORITI MENANG - 7,235

TAHUN 2008

LIEW SHIN KHEONG (PKR) - 6,464
CHEONG CHIN LIANG (BN) - 8,805
MAJORITI MENANG - 2,341

N.52 - SENAI

TAHUN 2004

ONG KOW MENG (DAP) - 8,590
CHUN YOON FOOK (BN) - 13,884
MAJORITI MENANG - 5,294

TAHUN 2008

ONG KOW MENG (DAP) - 14,612
CHUN YOON FOOK (BN) - 10,582
MAJORITI MENANG - 4,030

P.164-PONTIAN

TAHUN 2004

HASSAN BIN ABDUL KARIM (KEADILAN) - 5,509
HASNI BIN MOHAMAD (BN) - 26,667
MAJORITI MENANG - 21,158

TAHUN 2008

MOHD ANNUAR BIN MOHD SALLEH (PKR) - 8,677
AHMAD BIN MASLAN (BN) - 23,121
MAJORITI MENANG - 14,444

N.53 - BENUT

TAHUN 2004

SALEHON BIN SENGOT (BN) - 11,238
AZLISHAM BIN AZAHAR (PAS) - 3,007
MAJORITI MENANG - 8,231

TAHUN 2008

HASNI BIN MOHAMMAD (BN) - 10,098
SAROBO BIN PONOH (PAS) - 3,794
MAJORITI MENANG - 6,304

N.54 - PULAI SEBATANG

TAHUN 2004

TEE SIEW KIONG ( BN) - 14,199
SAROBO BIN PONOH (PAS) - 3,982
MAJORITI MENANG - 7,235

TAHUN 2008

TEE SIEW KIONG (BN) - 11,878
SHAMSUDIN BIN JAAFAR (PAS) - 6,113
MAJORITI MENANG - 5,765

P.165-TANJONG PIAI

TAHUN 2004

ONG KA TING (BN) - 28,046
TAN HANG MENG (DAP) - 4,431
MAJORITI MENANG - 23,615

TAHUN 2008

WEE JECK SENG (BN) - 23,302
AHMAD BIN TON (DAP) - 10,931
MAJORITI MENANG - 12,371

N.55 - PEKAN NENAS

TAHUN 2004

TAN HANG MENG (DAP) - 4,233
WEE JECK SENG (BN) -15,395
MAJORITI MENANG - 11,162

TAHUN 2008

TANG NAI SOON (BN) - 12,297
AHMAD BIN TON (DAP) - 8,973
MAJORITI MENANG - 3,324

N.56 - KUKUP

TAHUN 2004

JAMALIAH BINTI ENDAN (BN) - 11,544
AHMAD SANI BIN KEMAT (PAS) - 1,603
MAJORITI MENANG - 9,941

TAHUN 2008

AHMAD SANI BIN KEMAT (PAS) - 2,258
MD OTHMAN BIN HJ YUSOF (BN) - 10,897
MAJORITI MENANG - 8,639

20101025

Kita Semua Setiausaha, Kita Perlu Muafakat

Terima kasih kepada Dato' Chua Jui Meng diatas kepercayaannya melantik pencatat Setiausaha Pengelola Majlis Perhubungan Negeri Johor. Satu penghormatan dan tugas yang perlu digalas dengan segenap tenaga.

Pencatat merasakan tentu ada segelintir pihak agak terkilan atas perlantikkan ini. Bagi pencatat ianya bukan jawatan untuk dimegah-megahkan.

Selaku parti pembangkang dan parti yang agak remaja jika dibandingkan PAS dan DAP, tentunya banyak pekara perlu garap bersama.

Kerjasama rakan-rakan disemua cabang sudah pasti memudahkan lagi Pakatan Rakyat merampas Nusajaya dan Putrajaya.

Kita semua adalah eetiausaha Keadilan dan semestinya kita perlu berkerja sebagai satu pasukan mantap.

Jika ada yang kecewa, pencatat juga rasa kecewa. Jika pembaca rasa gelora renapkan BN-UMNO, sudah pasti Polis dan mahkamah tidak mampu lagi melindungi BN-OMNO.

Pembaca telah mengetahui kezaliman UMNO terhadap komponen BN. pembaca telah tahu UMNO-BN adalah penzalim bangsa sendiri. Jika kita terus berbicara tentang jawatan maka tiada bezanya kita dengan UMNO-BN.

Lantas dari itu terima kasih diatas kepercayaan mengalaskan Ketua AMK sebelum ini. Mari bersama-sama rapatkan saff dan muafakat untuk membina Keadilan dan Pakatan Rakyat Johor yang digeruni.

20101023

UMNO : Biadap Pada BN Terutama MCA

Diketahui umum Perhimpunan Agung UMNO sedang berlangsung. Maka dijemputnya semua media dalam dan luar negara. Semua wakil-wakil dari pelbagai bidang perniagaan lainnya.

Tidak terkecuali parti kompunen Barisan Nasional ( BN ) terutama presiden lebih sepuluh parti. UMNO tahu Presiden MCA, MIC, PPP, Gerakan dan semuanya hadir.

Malangnya secara jelas perwakilan yang membahas memberi ancaman permusuhan agar kaum bukan melayu usah pertikai hak melayu.

Adalah biadap memanggil mereka untuk mendengar berbahas tetapi secara umum membidas kaum lain agar ikut telunjuk 100%.

Adakah MCA mengambil tindakan mahkamah menuntut hak kaum cina ? Adakah MIC memboikot program UMNO kerana menolak permohonan lebihan kuota untuk kaum India. Begitu juga dengan wakil parti bangsa lain.

Adakah salah MCA meminta sedikit hak. Dan MCA tidak terpekik terlolong membantah semua permohonannya dipandang sepi oleh UMNO.

Pencatat merasakan adalah kurang ajar memperlawa ke majlis kemudian memberi amaran agar jangan meminta itu dan ini secara kasar dan acapkali.

Malah dengan angkuh perwakilan UMNO meminta kerusi di pilihanraya dirubah dan memberi lebih kepada UMNO.Tidak malukan UMNO setelah menjadi punca kalah dibanyak kerusi selepas itu mencai cerca parti lain.

Pencatat merasakan sudah tiba masanya parti kompunen BN mencari alternatif lain untuk mempejuangkan bangsa mereka. Jika MCA dan MIC terus membela UMNO, pencatat pasti mereka terus diperbodoh-bodohkan oleh UMNO.

Pencatat mengharga tugas pemimpin MCA, meminta sesautu yang disampaikan mengikut kehendak ahli akar umbi. Mereka akur permohonan ditolak, permasalahannya mengapa perlu dihedik di kecam kononnya' bangsa pendatang usah kurang ajar'.

Kita dengar perwakilan Negeri sembilan berkata,' Kita minta supaya parti kompenen khususnya MCA jaga hati melayu. memang betul kalau orang cina tak sokong kita, kita tak boleh menang tapi kalau melayu tak sokong, MCA lagi tak boleh menang".

Tidak tahukah orang UMNO, sebahagian mereka ( ahli UMNO ) selepas mendapat kontrak dan projek, majoritinya mencari orang cina untuk menyempurnakan kontrak. Atau lebih hina lagi , menjual keseluruhan kontrak tersebut dengan imbuhan 3% - 50%.

Adah ini fitnah pencatat ?

Inikah model 1 bahasa, 1bangsa dan 1negara tajaan UMNO. Maka parti biadap perlu melalui hukum karma iaitu dihapuskan dari Putrajaya. Jika pembaca setuju, maka pencata juga setuju.

Majlis Qurban AMK Keadilan Di Johor

Angkatan Muda Keadilan Johor mengucapkan terima kasih kepada Angkatan Muda Keadilan Pusat diatas kepecayaan untuk melaksanakan Ibadah Qurban pada Aidil Adha tahun ini.

Pencatat mengalu-alukan kepada muslimin dan muslimat yang ingin bersama-sama menjayakan ibadah yang mulia ini. Untuk satu bahagian ditetapkan RM400.00

Kepada yang berminat boleh menghubungi :

Zabidie Abas
Ketua AMK Johor / Urusetia
h/p : 013 707 8739

Hamim Marjunit
Ketua AMK Kulai
h/p : 013 7230706

Moga usaha ini diberkat Allah SWT dan mereka yang berhak menikmati rezeki dengan gembira.

Mesyuarat Pertama Cabang Kulai AJK Tahun 2010-2013

Berlangsung mesyuarat pertama PKR Cabang Kulai pada 22hb November 2010, selepas dianggotai ahli jawatankuasa sesi 2010-2010. Diantara keputusan yang dipersetujui bersama ialah :

1. Penubuhan dan perlantikan biro.
1.1 : Biro Ekonomi. Perlantikkan Sdr. Jalani Abe sebagai ketua.
1.2 : Biro Keahlian. Perlantikkan Sdr. P.Permal A/L Ramasamy sebagai ketua.
1.3 : Biro Kebajikkan & Kemasyarakatan. Perlantikan Sdr. Hiew Kim Boon, Mohd Khairi Awang dan P.Permal A/L Ramasamy.
1.4 : Biro Strategi & Pilihanraya . Perlantikkan Sdr. Lim Yok Siong sebagai ketua.

2. Pertukaran alamat Cabang Kulai.
No. 46, Jalan Sentul 3, Taman Sentul, 81000 Kulaijaya, Johor.

3. Perlantikkan Ketua Wanita penaja. Pn. Tabitha A/P Iyevdoria. No. telefon 016 7135597

4. Kerjasama dengan NGO untuk daftar pengundi bagi Suruhanjaya Piliharaya di Tesco Kulai pada 6,7,13,20 & 21 November 2010.

5. Bersama YB Tian Chua bersama penduduk di Kota Kulai pada 23hb Nov. 2010 jam 9.00-11.00 pagi

6. Takwin mesyuarat bulanan minggu pertama pada hari Sabtu.

7. Pengumuman perlantikkan Naib Ketua, Setiausaha, Ketua Penerangan. Keputusan diterima semua yang hadir.

8. Kehadiran 17 orang ahli jawatankuasa.

Yang benar.

Setiausaha Cabang Kulai

20101021

Sekilas Di Perhimpunan Agung UMNO

Pencatat hanya membaca dikoran dan kekadang terpandang dikaca tv mengenai Perhimpunan Agung UMNO. Rakan-rakan berkata masih terdapat peniru gaya-cakap Datuk seri Anwar Ibrahim.

Mungkin Pemuda UMNO masih rindukan mantan Presiden UMNO itu. Mungkin juga mereka rindukan sentuhan Anwar Ibrahim memimpin negara.

Pencatat dengar-dengar masih ramai Pemuda UMNO menjengguk dan mengintai Ketua Umum Keadilan. Ada yang tanpa segan-silu berjumpa terus.

Pencatat enggan memberi komentar mengenai bicara Pemuda UMNO diperhimpunan itu kerana saban tahun nadanya sama. Malangnya pengaruh Pemuda UMNO kian longlai.

Dewasa ini makin ramai diistiharkan anak muda yang 'lompat', ke UMNO. Pengaruhnya enath kemana.

Malangnya mereka sendiri bertelagah kerana kelompok anak muda yang berkerja bersama Pemuda UMNO main parah.

Maka, mahu tidak mahu pimpinan Pemuda UMNO terpaksa meniru gaya percakapan Anwar Ibrahim.

Terbaca tajuk di Malaysiakini, Presiden UMNO dengan gaya terdesak meminta mempetahankan 'Putrajaya' dengan apa cara sekalipun. Begitu terdesaknya UMNO sehingga ketuanya terpaksa mengeluarkan ancaman sedemikian rupa.

Apa lagi dibanggakan dengan Perhimpuana Agung UMNO jika medan perjuangan mempetahankan melayu menjadi medan pertahankan peruk nasi.

Nasib baik Ketua pemuda UMNO kini tidak melakukan pekara-pekara pelik sepeti membawa keris atau memakai tanjak. kalau berani, apa salahnya.. bak kata pepatah," berani buat berani tanggung".

Mungkin Ketua Pemuda terdahulu tidak terfikir dunia internet bakal menentukan halatuju negara.

UNMO... Dulu, Kini & Selama-lamanya...



Pemilihan 2010 : Mengapa Ada Calon Wahyu ke-2

'Calon Wahyu'

Di blog, facebook dan pentas kempen berkumandang beberapa 'Calon Wahyu'Ke-2'. Terdahulu Rafizi Ramli disebut-sebut sebagai "Calun wahyu'.

Kini YB Azmin Ali, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan kemnya dikatakan menjadi 'Calon Wahyu Ke -2'. Ia berpunca dikatan Shamsul Iskandar telah mengumumkan bertanding Naib Presiden, tetepi secara tiba-tiba melakukan 'U-TURN' bertanding Ketua AMK pula.

Ada yang mengatakan ada pertemuan 'sulit' antara Shamsul Iskandar dan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dalam pertemuan itu Shamsul Iskandar diminta bertanding Ketua AMK manakala Rafizi Ismail dan YB Amirruddin Shaari dan kemnya diminta berundur dari pertandingan.

Kem Rafizi Ismail ( Calon Wahyu pertama ) dikatakan mengeluh panjang atas permintaan untuk berundur.

Dimana kebenarannya telah ini ?. Beberapa pimpinan AMK dan MPP pernah mengakui pekara ini. Jika ia benar-benar berlaku maka PKR tidak telus 100%.

Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu membersihkan tuduhan ini jika ianya tidak berlaku. Jika ia benar-benar berlaku, Anwar Ibrahim perlu meminta maaf kepada ahli PKR.

Sebelum hari pengundian, Anwar Ibrahim perlu benar-benar berkecuali. Kekecewaan terlihat pada kem Rafizi Ismailyang telah berbelanja '5 angka' pada kempen sebelumnya.

Jika Anwar Ibrahim enggan bertanding di Cabang , peringkat tertinggi dan selesa menjadi Ketua Umum agar tidak tergugat. Pencatat rasa ada perlunya Anwar Ibrahim usah mencampuri pemilihan ini.

Isu perbalahan dihari pengundian lepas cukup memeritkan. Pengurusan berterabur dan sebahagiannya tidak beretika.

Pencatat berkata sekali lagi, jika Datuk Seri Anwar Ibrahim 'malu' untuk bertempur dipemilihan ini. Usah campuri pemilihan ini. Buruk kami buruklah PKR, mulia kami mulialah PKR.