1) Assalamualaikum dan Salam Perjuangan,
2) Akhir-akhir ini bertubi-tubi saya ditanya oleh rakan-rakan tentang isu Felda yg dikatakan panas mutakhir ini. Pendirian dan pandangan saya adalah tetap bahawa sebusuk-busuk pemimpin Melayu adalah pemimpin jalang UMNO yang bertungkus-lumus ratah wang peneroka Felda tanpa rasa bersalah, hatta sedikit pun.
3) UMNO pergi ke sana ke mari beritahu orang ramai kononya PAS jual hak Melayu kerana bekerjasama dengan DAP. Adakah dosa DAP selama ini dapat dibandingkan dengan UMNO yang telah menghilangkan lebih RM3 ribu juta wang kepunyaan orang Melayu Felda. Kita tak tahu, adakah wang itu akan kembali atau dapat diganti tapi yang kita tahu wang itu telah lesap. Dan wang tersebut milik makcik – makcik dan pakcik-pakcik yg hidup bersengkang mata dan perut di pelosok kampung-kampung di Felda yang hari ini masih letakkan harapan kepada UMNO.
4) Saya pelik, mengapa dah ditipu teruk dan wang dah dimamah kenyang oleh mereka, golongan ini masih boleh beri kepercayaan terhadap UMNO? Bukan pemimpin Pakatan tak maklumkan, bukan media-media Pakatan tak hebahkan tapi golongan ini begitu susah untuk menerima kenyataan bahawa mereka telah di tipu hidup-hidup oleh UMNO.
5) Secara peribadi, saya simpati dan kesian dengan warga Felda yg berkumpul di hadapan pejabat Parti Keadilan Rakyat semalam sambil melaungkan hidup Felda bersama pemimpin-pemimpin kalian dan orang-orang yang dah lesapkan wang anda. Rakyat yang celik ilmu perhatikan saja golongan ini dengan penuh jenaka.
6) Juga, kita tak tau apa lagi hak Melayu yang akan difaraidkan oleh UMNO kepada kroni-kroni dan suku-sakat mereka. Umum juga maklum dengan perkembangan terkini bahawa ANAK diwakili Mazlan Aliman secara terbuka mencabar Ahmad Mazlan untuk berdebat tentang kewangan Felda yang menjunam teruk dalam tempoh beberapa tahun ini. Kalau UMNO benar-benar yakin mereka benar, saya cabar Ahmad Mazlan terima cabaran dari Mazlan Aliman ini. Kalau tidak, UMNO hanya bercakap kosong dan terbukti UMNO tidak lain sebuah parti yang pembohong dan perompak.
7) Kasihan Felda kerana terpaksa menanggung cara pembangunan UMNO, yakni cara “Biar Pape Asal Gaye”. Semua yang UMNO buat untuk Felda ini bakal hancur dan bakal merugikan setiap peneroka Felda. Percayalah..
8) Saya mohon jasa rakan-rakan pembaca dan seperjuangan supaya gunakan segala kekuatan dan pengaruh yang ada supaya sampaikan maklumat kepada rakan-rakan kalian di kampung-kampung, penganggur-penganggur di Felda dan makcik pakcik di Felda. Kita akui, kita punya media yg terhad apatah lagi salah satu akhbar Pakatan, Suara Keadilan entah bila akan diluluskan permitnya. Hari-hari kita diaibkan, kita dicaci dan diherdik TV3 dan Utusan, tapi itu bukan alasan untuk kita mengalah dalam isu ini.
9) Akhir, ingin saya maklumkan pada semua, tiap kali maklumat yang kalian dapat, samada dari Barisan Nasional ataupun Pakatan, nilai lah sebaik-baiknya. Sama juga isu akhir-akhir ini yg melibatkan Ketua Umum KEADILAN, Dato Seri Anwar yg kononnya beliau meminta maaf dan tunduk kepada Zionis kerana kritikan beliau. Kerana ada antara rakan-rakan kita termasuk seperjuangan yang masih tidak faham, tidak dapat maklumat sepenuhnya dan terus bertindak mengkritik parti secara terbuka dan terus beri peluang pihak lawan menghentam kepimpinan Pakatan. Ya, ada rakan kita seperti itu.
10) Harap kita dapat sama-sama bergerak senada dengan arus perubahan rakyat dan sayap AMK, Pemuda PAS dan DAPSY seharusnya main pernan lebih dalam membuka mata golongan muda, InsyaAllah, dengan berkat usaha dan doa semua, Pakatan akan tawan Putrajaya pada PRU-13! Laungan Reformasi tetap kita genggam,
Wasalam,
Syafiq Keadilan

No comments:
Post a Comment