Assalamualaikum dan Salam perjuangan.
Pada 22 hb Julai ini, NGO sahabat kita dari Jemaah Islah Malaysia (JIM) akan menghantar memorandum ke Pejabat Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Johor yang mana terkandung didalamnya tuntutan dari (Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil) Bersih 2.0 sebagai usaha untuk membersihkan proses dan prosedur perjalanan pilihanraya di Johor secara khusus dan di Malaysia secara amnya. Jadi mereka memerlukan bantuan dan dokongan dari semua sebagai tanda dan usaha berterusan ke pembersihan proses demokrasi di negara ini.
Dijemput kepada semua Pencinta Keadilan turut hadir menjayakannya.
Tarikh : 22 Julai 2010
Hari : Khamis
Masa : 10 Pagi
Tempat : Pejabat Suruhanjaya Pilihanraya Negeri Johor, Tingkat 6, Blok 'B', Wisma Persekutuan, Jalan Ayer Molek, 86900 Johor Bahru, Johor Darul Ta'zim
Sila hubungi : YDP JIM Johor - Ainullotfi Abdul Latif / Dr Ali Abd Rahman (012-7711740)
.
No comments:
Post a Comment