20100706

KTMB Berwajah Baru Tetapi Tetap Ditakuk Lama

Sebentar tadi Pencatat bertemu bual dengan beberapa orang Kakitangan KTMB Kulaijaya. Sambil minum secawan Tea Tarik, Pencatat memulakan perbualan, melahirkan rasa senang dengan perubahan yang berlaku disemua Stesyen KTMB seluruh Johor. Bersih, berwajah baru dengan cat kuning, kawasan parking yang diturap, tandas yang bersih, ruangan tempat menunggu yang selesa dan sebagainya.


Sangkaan Pencatat mereka senang dengan pujian tersebut tetapi sebaliknya, mereka meninggikan suara, "Apa maknanya itu semua, kalau kebajikan kakitangan terabai". Rupa-rupanya selama ini kebajikan mereka terabai sama sekali. Mereka diketepikan tidak mendapat keistimewaan sebagaimana kakitangan Kerajaan Awam yang lain. Tidak memiliki Quarters yang mencukupi dengan design zaman dahulu. Uniform berganti pun kerana kunjungan Tunku Sultan Johor.

Rupa-rupanya, perubahan yang berlaku di KTMB adalah berpunca Kunjungan Tuanku Sultan Johor baru-baru ini. Kalau tidak kerana itu, kemungkinan KTMB tetap kekal bagaikan bangunan usang atau menjadi kediaman pengemis-pengemis yang tidak miliki kediaman.

Menambah memilukan, mereka melahirkan keluhan, "Apalah salahnya kalau kerja-kerja mengecat itu di berikan kepada mereka, boleh menambah pendapatan". Diberitahu, kos mengecat luaran satu unit quarters berharga rm 30,000. Jika dinilai semula, kosnya sekitar RM 3,000 - RM 5,000 sahaja. Lebih menyedihkan, Pegawai atasan mendapat faedah daripada projek-projen tersebut. Dan kakitangan bawahan langsung tidak terbela.

Beginilah, mereka merasakan bagai dianak-tirikan oleh kerajaan. Pencatat hanya mencadangkan agar mereka menukar kerajaan menjelang pilihanraya akan datang kepada Pakatan Rakyat. Mereka menjawab, "sudah tentu"..... Benarkah kakitangan KTMB juga sudah bosan dan muak dengan kerajaan Umno/BN???


.

No comments:

Post a Comment