20100707

Saman Felda @ Saman Suara Keadilan

Hari ini tanggal 7hb Julai 2010 adalah Sambutan Hari Peneroka Peringkat Kebangsaan. Tahun ini ianya diadakan di Trolak, Perak. Khabarnya ramai peneroka dan Majlis Belia Felda berhimpun di sana. Beratus bas disediakan untuk mengangkut Warga peneroka menghadiri himpunan itu.

Sebentar tadi Felda memutuskan akan tetap menyaman Suara Keadilan. Pastinya Warga Felda termasuk Peneroka menyambut baik keputusan ini. Tahniah kepada Felda diatas keberanian untuk menyelami kedudukan sebenar kenyataan Suara Keadilan.

Kerana selama ini tidak ramai peneroka yang mengetahui bahawa kekayaan Felda telah disalah gunakan. Inilah medah terbaik untuk membongkar segala penyelewengan Pemimpin negara terhadap ketirisan Wang Felda dan juga ketirisan Felda terhadap Peneroka.

Malam tadi bertempat di Felda Sungai Mas, Pengerang telah diadakan perlancaran ANAK. Ramai Peneroka dan Generasi ke 2 hadir membanjiri majlis. Mazlan Aliman penceramah utama banyak mendedahkan fakta penyelengan Felda terhadap peneroka. Beliau juga memperjelaskan kedudukan sebenar kenyataan Suara Keadilan "Felda Bankrap".

Berduyun-duyun Generasi Ke 2 Felda mengisi borang ANAK bila mengetahui keadaan sebenar. Penyesalan mulai timbul kerana selama ini bapa mereka telah tertipu dan banyak penyelewengan Felda yang terdedah. Felda telah secara melampau membiarkan wang Felda diambil oleh Datuk Seri Najib Tun Razak untuk manfaat kroni beliau. Pembaziran yang tidak menguntungkan peneroka, Pembinaan Bangunan Baru Felda dan Hotel Felda, sumbangan kebajikan kepada rakyat Sabah, yang jelas membazir.

Tabungan wang tanam semula peneroka, pinjaman sara hidup, pinjaman pembesaran rumah peneroka, pembinaan Felda jaya, Asrama MRSM, pembaziran kewangan MBFM, pembiayaan perbelanjaan untuk Anugerah Kampung Tercantik dan Anugerah Belia Cemerlang, STF yang ternyata gagal, pembinaan rumah baru untuk kakitangan kilang sawit Felda seluruh Malaysia dan banyak lagi. Semuanya ini perlu diperjelaskan oleh Felda dan Datuk Ahmad Maslan.

Penjelasan juga perlu diberikan kepada nilai perahan minyak sawit Felda yang rendah nilainya berbanding harga swasta. Kemana hilangnya penghasilan minyak Kernell? Minyak kotor atau minyak busuk yang dijual kepada syarikat luar? Abu sisa pembakaran tandan sawit? Hasil pemprosesan buah sawit reject setelah digreading yang ternyata tidak pernah dimusnahkan oleh kilang sawit.

Peneroka juga terpaksa menanggung pemotongan gaji yang terlalu banyak dan tidak munasabah. Hutang piutang peneroka tidak pernah diumumkan oleh Felda sehingga mencecah RM 40,000 - RM 100,000 setiap peneroka. Sangkaan wang sara hidup RM 1500 sebulan adalah wang pencen peneroka, rupanya pinjaman.

Felda perlu menjawab semua kemelut ini. Penyelewengan Felda dapat dihidu sejak awal lagi. Tidak hairanlah akan menyusul lebih ramai lagi peneroka yang tampil MENYAMAN Felda.

Ikutilah Rancangan Peneroka Saman Felda...
.

No comments:

Post a Comment