PKR menerbitkan edisi baru Keadilan ekoran Kementerian Dalam Negeri (KDN) belum memperbaharui permit terbitan akhbar rasmi perti Suara Keadilan yang tamat hujung bulan lalu.
Timbalan presiden parti itu Senator Syed Husin Ali berkata, beliau telahpun melihat edisi baru tabloid mingguan itu.
Menulis dalam Twitter malam tadi, Syed Husin juga berkata beliau mahu melihat apakah tindakan KDN ekoran penerbitan Keadilan.
"Keadilan terbit petang tadi (semalam). Sudah diedar ke semua negeri melainkan Sabah Sarawak," tulisnya.
Menteri berkenaan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebelum ini memberi amaran bahawa tindakan akan diambil sekiranya Suara Keadilan terus diterbitkan tanpa permit.
Suara Keadilan juga sebelum ini diancam tindakan undang-undang oleh Lembaga Pembangunan Tanah Persekutuan (Felda)berikutan dalam edisi sebelumnya menyiarkan laporan bertajuk "Felda Bankrap."
Ketika dihubungi lewat hari ini, ketua pengarang akhbar Dzulkarnain Taib berkata, Keadilan diterbitkan secara tidak berkala memandangkan permit bagi Suara Keadilan masih belum diperbaharui.
"Kalau terbitkan secara 'one-off', kita tidak perlukan permit sebab parti memang berhak buat begitu.
"Langkah ini diambil untuk tunjukkan bahawa kita sedia hadapi cabaran dan tekanan dari KDN," katanya.
Tambahnya, tabloid Keadilan diterbitkan oleh Angkatan Muda Keadilan memandangkan permit bagi Suara Keadilan, terbitan Pelita Koridor, masih belum diperbaharui.
Amalan ini juga akan diteruskan minggu depan dengan menerbitkan tabloid baru yang mengekalkan nama "Keadilan."
"Ia boleh jadi 'Pelita Keadilan' atau apa saja. Kita akan kekalkan nama 'Keadilan'
Bagaimanapun, pengurusan akhbar tersebut tetap akan meneruskan usaha bagi membolehkan permit Suara Keadilan diperbaharui, tambahnya.
.

No comments:
Post a Comment