Dasar Pakatan Rakyat Gugat Tampuk Kuasa Umno-BN
Oleh Faizal Ezzany
http://suara-keadilan.com/news-section?t=3287

KUALA LUMPUR 6 Julai - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata budaya politik yang diamal dalam Umno sejak lebih 50 tahun lalu adalah penyebab utama kehilangan kuasa politik orang Melayu.
Bercakap kepada media di lobi parlimen hari ini, Anwar yang mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengingatkan bahawa orang Melayu berhadapan dengan kemungkinan hilang kuasa politik menyifatkan kenyataan itu sebagai satu wacana baru untuk mencari sokongan bagi mereka apabila berada dalam keadaan terdesak.
"Ingin saya tegaskan ini adalah wacana baru yang dimainkan oleh Umno bila mereka berada dalam keadaan terdesak.
"Dasar kita dalam Pakatan Rakyat antara KEADILAN, PAS dan DAP cukup jelas, sebenarnya kekuatan yang ada dalam perjuangan kita ini mengugat pimpinan Umno bukannya kuasa politik orang Melayu.
"Saya berkeyakinan hak Melayu, nasib masyarakat Melayu dan kaum bumiputera lain seperti Iban, Kadazan dan lain-lain akan lebih terbela dengan dasar yang kita lakukan dalam meningkatkan taraf ekonomi mereka.
"Kita tegas dengan prinsip iaitu menghapus penyelewengan dan juga ketirisan di dalam pentadbiran. Apa yang kita nampak dalam Umno mereka tidak pernah memikirkan soal ketirisan dan sekarang telah terbukti mereka mendahului kepada kelompok yang mempunyai kepentingan, siapa yang berada dalam senarai terkaya di negara ini. Yang kaya lagi kaya manakala yang miskin terus berada dalam kemiskinan," tegas Ketua umum KEADILAN itu.
Anwar juga menambah yang mengugat hak orang Melayu adalah politik Umno bukannya dasar orang lain, Umno gagal mengatasi masalah ini dalam mencari ketelusan perjuangan yang mereka katakan.
"Yang menyebab hak orang Melayu tergugat adalah Umno itu sendiri bukannya politik lain, Umno gagal mainkan peranan mereka dalam memastikan hak orang melayu itu terus terbela.
"Sikap mementingkan kroni tanpa memperdulikan hak rakyat terutama orang Melayu itulah merupakan kuasa politik orang Melayu terus hilang.
"Pakatan Rakyat dengan amalan dasarnya yang cukup jelas meletakkan perkara ini sebagai agenda utama bagi memastikan semua hak kaum dinegara ini terus terbela terutamanya hak orang Melayu," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.
Sementara itu, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menyelar kenyataan yang diberikan oleh Muhyiddin itu dan menyifatkan kenyataan tersebut telah lapuk.
"Kenyataan pemimpin Umno yang cuba menakutkan orang Melayu itu sudah lapuk dan tidak boleh diterima pakai lagi, kenyataan itu sudah menjadi sampah.
"Umno cuba memberikan gambaran negetif bahawa jika Pakatan mengambil alih kerajaan, rakyat negara ini tidak akan terbela terutamanya orang Melayu. Inilah politik ugutan Umno bile terdesak, mereka bukannya hendak mencari jalan penyelesaian dalam politik mereka tetapi menyalahkan orang lain.
"Kebangkitan Pakatan adalah atas dasar pilihan dari rakyat, jadi rakyat tidak perlu gusar dengan kepimpinan yang ada di dalam Pakatan kerana dasar bersama antara PAS, KEADILAN dan DAP cukup jelas bukan untuk menindas atau memecah belah rakyat tetapi membawa pembelaan kepada seluruh rakyat negara ini," katanya.
Muhyiddin juga mengingatkan orang Melayu akan kehilangan kuasa politik jika mereka terus berpecah-belah sesama sendiri.

.
No comments:
Post a Comment