Kebimbangan puak-puak Umno mula dirasai apabila kelihatan kehadiran anggota polis/ FRU di lokasi ceramah awal petang tadi. Mereka membuat servey untuk bertindak dan menyekat ceramah kita. Difahamkan, permit masih belum diterima sedangkan permohonan telah diajukan lebih seminggu yang lalu.
Program tetap akan diteruskan walau sebarang kemungkinan dan halangan menanti dihadapan. DSAI amat merbahaya bagi mereka (umno) kerana Johor mesti mempertahankan kekuatan Umno/BN. Ada kedengaran desas-desus, `kalau 100 penceramah Pakatan Rakyat sekalipun hadir ke Johor, Tidak ditakuti, Jangan sampai Anwar Ibrahim turun sini`. Umno mula bertapak di Batu Pahat, Anwar Ibrahin hadir semata-mata mahu menyedarkan rakyat Batu Pahat agar keluar meninggalkan umno. Rakyat tidak perlu berpayung lagi dibawah umno. Nyahkan umno keluar dari Batu Pahat.
Para petugas dan Jentera Pakatan Rakyat, tugas besar menanti kalian di batu Pahat. Jangan gentar, jangan bimbang dan takut, kita akan hadapinya bersama. Jangan berpatah balik atau lari dari medan tempur, perjuangan kita pasti diRahmati Allah SWT. Andai kita gugur,... Syahid menanti kita. Inilah nikmat yang besar dalam erti kata perjuangan.
Ayuh!!!!! Bangkit tegakkan keadilan dan hapuskan kezaliman....
Allahhu Akbar!! Allahhu Akbar!! Allahhu Akbar!!!
.
No comments:
Post a Comment