20100723

Pertemuan ANAK bersama Tengku Razaliegh


Tarikh 21 Julai sesuatu yang istimewa untuk diingati kerana rombongan ANAK dapat menemui tokoh politik veteran tanahair, Tengku Razaleigh Hamzah dikediamannya.


Kira-kira sejam perbincangan, pencatat turut disertai YB Salahudin Ayub, Hj Zulkifli Mohamad Omar, Kol(B) Nazari Mokhtar, Yohanis Ahmad dan Faizal Daud. Presiden Anak melahirkan harapan agar Tengku Razaleigh dapat membantu isu-isu rakyat khususnya Felda. Beliau menceritakan sejarah awal penubuhan institusi orang melayu seperti Felda, Felcra, Risda dll yang kini telah terpesong daripada matlamatnya.

Bahkan katanya Felda Plantation jadi medan menghimpun kekayaan, sedang manfaat untuk rakyat tidak kelihatan. GSA sepatutnya telah dipinda untuk lebih adil terutamanya soal pusaka dan masadepan generasi kedua.

Tengku Razaleigh hairan kenapa Felda membeli bangunan di tapak paling mahal di Platinum Park sedangkan masih ada tanah kerajaan yang boleh dibeli sekitar RM10 sekaki untuk bangunan baru Felda. Beliau amat bersetuju sepatutnya Felda telah diserah kepada pengurusan peneroka dan generasi kedua kerana itu memang matlamat kerajaan zaman Tun Abd Razak.

Secara berseloroh, beliau membandingkan Najib dengan bapanya yang dilihat berbeza watak dalam membantu rakyat. Tak semua bapa borek anak rintik....

Mengakhiri perbincangan yang serius tapi penuh mesra, Tengku menyatakan kebimbangan kalau BN tidak menangani isu Felda dengan formula yang mesra rakyat; talian hayat BN ini akan menghancurkan BN dalam PRU 13.

Beberapa siri pertemuan akan diteruskan termasuk di kawasan Parlimen beliau Gua Musang yang banyak penempatan Felda, Felcra dan Kesedar selepas Hari Raya Puasa ini.
.

No comments:

Post a Comment