20100702

Saman Suara Keadilan - "Pucuk Dipinta, Ulam Mendatang"

KEADILAN Tunggu Felda Di Mahkamah

Oleh Faizal Ezzany

KUALA LUMPUR 1 Julai - KEADILAN hari ini menegaskan parti tidak akan melayan tuntutan RM200 juta dan tidak akan memohon maaf seperti yang dituntut oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) berhubung laporan 'Felda Bankrap' yang isiarkan dalam lidah rasmi, Suara Keadilan lebih seminggi lalu.

Baca selanjutnya :http://suara-keadilan.com/news-section?t=3269

Nota Pencatat:

Suara Keadilan telah berjaya melaporkan skandal sebenar pemimpin Umno yang telah secara rakus menyelewengkan wang Felda. Pendedahan penyelewengan tersebut dipertanggungjawabkan dibahu Datuk Seri Najib Tun Razak Perdana Menteri Malaysia kerana beliau juga merupakan Menteri yang bertanggungjawab keatas Felda.

Namun untuk menutup penyelewengan tersebut, Menteri Datuk Ahmad Maslan telah mengelirukan fakta dengan mengaitkan dan mempergunakan warga Felda untuk menyokong beliau menyaman Suara Keadilan dan beberapa Pemimpin Kanan Keadilan.

Apa yang berlaku adalah, Datuk Seri Najib Tun Razak telah membazirkan wang Felda malah telah berlaku penyelewengan dalam membelanjakan wang tersebut dalam bentuk Sumbangan Kebajikan. Ini jelas `Sumbangan Kebajikan` tidak akan dikembalikan. Kenapa wang Felda dibazirkan?

Seharusnya Warga Felda menyedari perkara ini, Bankrapnya Felda bukan kerana kegagalan Pengurusan Felda tetapi angkara Kerakusan Najib Tun Razak. Warga Felda harus bangkit menghalang Najib daripada terus-terusan menipu rakyat.

Suara Keadilan tidak wajar disaman oleh Felda kerana pendedahan ini untuk menunjukkan Datuk Seri Najib Tun Razak menyelewengkan wang Felda. Seharusnya Najib bangun menyamab Suara Keadilan bukannya Felda.

Warga Felda secara melulu tunduk dengan Datuk Ahmad Maslan. MBFM digunakan sebagai balaci yang dunggu tanpa pengkajian yang mendalam. Kita amat berbesar hati untuk bertemu dimuka pengadilan. Langkah terbaik untuk kita menemukan jalan kebenaran.

Najib mesti mengembalikan semula kewangan yang telah disonglapkan itu kepada Felda. Dan Felda juga mesti mengembalikan kekayaan tersebut kepada PENEROKA.
.

No comments:

Post a Comment