20090507

08 - 05 - 2009

07.40 am

NUKILAN DS ANWAR IBRAHIM
.
(Kepada Tuan Speaker Sivakumar dan semua Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat Negeri Perak)
“…Dan bara kagum menjadi api
Di depan sekali tuan menanti
Tak gentar.
Lawan banyaknya seratus kali.
Pedang di kanan, keris di kiri
Berselempang semangat yang tak bisa mati.”

Hari ini rakyat menjadi saksi betapa rakusnya kerajaan barisan nasional-umno untuk terus kekal berkuasa, sehingga sanggup mencemar kemuliaan sidang Dewan Undangan Negeri serta mencabuli sistem Raja Berperlembagaan. Maka terbuktilah, bukan sahaja kepada rakyat Perak, malah kepada seluruh rakyat Malaysia, dendangan perubahan perdana menteri yang baru tidak lebih dari sandiwara lapuk. Justeru mereka bergantung kepada kekerasan sehingga sanggup mengheret keluar Speaker Sivakumar keluar dari dewan. Apabila terdesak dan mengetahui rakyat tidak bersama mereka, Demokrasi dan keluhuran Perlembagaan diinjak-injak sedemikian rupa.

ANWAR IBRAHIM

KOMENTER DARI JOHOR DAILY
.
Johor Bahru - Hari ini dan sejak Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri, bermula dari Tun Mahathir setiap hari Anwar menjadi individu yang paling kerap dicaci-cerca. Bukan dikalangan penganut UMNO sahaja, kini dikalangan Pakatan Rakyat juga termasuk golongan itu. Malah ada ahli Parti Keadilan Rakyat juga secara terbuka melakukan pekara yang sama.
Tidak hairanlah segelintir ahli PAS juga secara terang-terang melontarkan kritikkan secara terbuka. Jika di majlis UMNO, Anwar sememangnya bahan cemuhan mereka. Jika benar cacian itu mempunyai kebenarannya, mengapa pula sokongan rakyat yang diperolehi oleh Pakatan Rakyat terus meningkat. Itu persoalan yang perlu diperhalusi. Lihat sahaja PRU-10 dan PRU-11, jika benar dakwaan segelintir ahli PAS bahawa Anwar tidak mempunyai karisma kepimpinan, dimanakah kecapaian PAS ketika itu. Malah pada PRU-12 kecapaian PAS, DAP dan PKR diluar jangkaan . Ia hasil ketokohan Anwar sebagai ketua Pakatan Rakyat.Kini Muktamar PAS seperti menyajikan pekara yang sama. Anwar mungkin akan dikritik secara terbuka.
Boleh dikatakan mereka yang sentiasa mengritik Anwar Ibrahim itu seperti 'meludah ke langit'. Pakatan Rakyat terutama ahli PKR sendiri perlu menerima hakikat bahawa kekuatan dan aura yang dianugerahkan kepada Anwar perlu dimanfaatkan bersama.Apa yang berlaku di Perak sebenarnya memberi moral yang tinggi dan impak populari kepada Pakatan Rakyat. Jika ia dibicarakan secara negitif maka kecemerlangan dan kemenangan Pakatan Rakyat akan musnah pada PRU-13 kelak.Kepada politikus yang telah memilih keputusan salah dengan keluar daripada PKR, PAS dan DAP perlu muasabah diri.
Perjuangan perlu jatidiri yang ampuh bukan sekadar mengkritik dan terpekik terlolong seperti 'anjing menyalak bukit'.Usah puja Anwar, tetapi beliau diperlukan sebagai pemimpin Malaysia dan layak sebagai Perdana Menteri dan Datuk Seri Nizar adalah pemimpin selepas Anwar
.

No comments:

Post a Comment