20090527

27 - 05 - 2009

09.44 am

Kami di JDM4 DUN Penanti bertali arus mengerakkan usaha agar kita terus menang. Namun saya ingin berbicara tentang Parti Kominis Malaya yang sedang hangat diputar-belitkan oleh media BN-Umno.

Media Pro 1Malaysia kini lantang berbicara mengenai bekas penganut Parti Kominis Malaya(PKM) . Saya akui mereka dahulunya manusia yang kejam. Pembunuhan ala-Israel amat terbuku disetiap para pejuang kita.

Boleh dikatakan mereka setaraf manusia dizaman jahilliyah, perlakuan seperti haiwan tanpa belas ikhsan. Pada zaman tersebut, bukan setakat musuh. Anak sendiri pun dibunuh. Pada saya PKM tidak sekejam itu untuk membunuh anak sendiri. Lantas apabila Islam bersinar dibumi Arab, mereka adalah insan terbaik dan dijanjikan surga oleh Allah dan Rasullullah.

Adakah patut pemimpin Islam seperti Datuk Rais Yatim , Datuk Aziz Sapian (ADUN Nusajaya) dan politikus BN-Umno lupa sejarah kegemilangan Islam. Tugas pemimpin memberi dan berganding bersama masyarakat, menyematkan dendam adalah pemimpin durjana. Ya, mereka adalah pembunuh dahulunya tetapi kejadian lampau adalah takdir Ilahi. Adakah manusia seperti Aziz Sapian (ADUN Nusajaya) yang kerap menghadiri program Maulidul Rasul lupa fakta kegemilangan Islam.

Saya menyeru keseluruhannya, zaman telah berubah. Faktor penjajahan dan tekanan hidup menyebabkan bapa-bapa kita dahulu ada yang tersalah memilih pegangan hidup. Apa perlunya meniup sentimen permusuhan demi kerjaya politik. Jika tidak mahu memaafkan usah ego keterlaluan. Banglow dan kereta mewah milik Aziz Sapian itu juga hasil dari menghisap darah bangsa sendiri.

No comments:

Post a Comment