20090531

31 - 05 -2009

12.28 pm

Menilai masa dan harga diri.
Dewasa ini dan mungkin seterusnya kita terus dipropaganda oleh individu mengenai modal sedikit tetapi keuntungan berlipat-ganda. Istilah skim perniagaan piramid dan skim cepat dapat untung.

Tidak kecuali, ramai telah terjebak. Begitu juga skim pasaran hadapan komoditi, forex , bursa saham dan jualan piramid. Umumnya, kita diberitahu hasil lumyan dalam jangka yang segera . Risiko orang terdahulu sudah tersepit hidup tidak dinyatakan semasa dipelawa menyertai skinm ini.

Sejak tahun awal 90'an lagi perniagaan gelap ini mempengaruhi dunia. Index Hang Seng contohnya, ia telah mengakibatkan ratusan jutawan jatuh bankrup dan puluhan didakwa membunuh diri termaksud di Malaysia.

Momentum yang bergelora ini menyebabkan kita terpengaruh dan melaburkan wang simpanan . Di USA, kerugian yang disebut hanya USD 50 billion, penganalisis berkata jumlahnya 10 kali ganda kerana ramai yang malu mengistiharkan kerugiannya kepada umum.

Syarikat skim cepat kaya ini biasa berasaskan profil laman web tanpa menyatakan kekuatan kewangan dan asset secara umum. Cara mudah mengenali ialah dengan meminta laporan kewangan yang disahkan oleh juru audit bertauliah antarabangsa.

Jelas dan terbukti diseluruh dunia skim perniagaan piramid , komoditi dan bursa kewangan ( forex) meruntuhkan ekonomi. Jalan selamat bagi mencari keuntungan lebih dalam masa singkat sememangnya tiada didalam Islam dan prinsip perniagaan.

Keyakinan saya , apa juga skim membawa keuntungan segera adalah riba' . Dan kejayaan yang gemilangan adalah dari usaha-kerja berterusan tanpa putus asa.


20090530

Notis Perjumpaan & Perbincangan Dan Sdr. Shamsul Iskandar

Dengan Ta'zim saya diminta oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia Srd. Shamsul Iskandar Mohd Akin kepada semua barisan Exco dan Ketua AMK Bahagian untuk mengadakan sesi perbincang mengenai beberapa pekara terkini.

Maklumat seprti berikut :

Tarikh : 01 June 2009
Masa : 7.30 malam
Tempat : Felda Bukit Besar, Kulai Johor.
Kehadiran : Exco dan Ketua AMK Bahagian ( atau wakil ).

30 - 05 - 2009

08.05 am

Penilaian dan keputusan daif menyebabkan pentadbir negara kerap dipersalahan. Namun DS Najib menyalahkan faktor barat pula.

Ini tidak berlaku di Singapura, China dan Jepun. Pemimpin politik yang mentadbir negeranya berganding bahu dengan tokoh perniagaan internal dan external bagi memperbaiki ekonomi rakyatnya.

Di Malaysia, parti pemerintah lebih bimbangkan DS Anwar Ibrahim, DS Nizar , Tan Sri Khalid dan lainnya dari ehwal keperitan rakyat. Kewarasan menangani defisit diabaikan. Dunia tahu Malaysia adalah negera 'generator' yang mempunyai terlalu banyak sumber asli dan hasil tamanan ( sawit, getah dll ).

Nelson Mandela pernah berkata Malaysia adah bumi lebih kaya dari negara yang dipenuhi emas kerana sumber pertanian dan sumber asli bertali arus.

Adakah logik Malaysia dirundung desifit seperti yang diumumkan tempohari ? AirAsia contohnya, mengalami keuntungan RM 165 juta, sedangkan pengurusinya adalah berkemahiran dalam seni muzik dan hiburan.

Jelas dan pasti Perdana Menteri sekarang hanya mahir mengolah politik popular tetapi tidak berkelayakkan dalam bidang ekonomi, keselamatan dan meningkatan sasiah rakyat Malaysia kepada negara bermoral mulia dan berpengaruh.

20090529

29 - 05 - 2009

15.47 pm

Sudah lama isu PKZF diperdebatkan. Malang sungguh SPRM yang kelihatan seperti bijak pandai, cekap dan pantas rupa-rupanya indah khabar dari slogan yang war-warkan.

Permasalahan yang berlaku dari sikap BN-Umno itu sendiri yang menjadikan politik mereka mengalakkan rasuah, ketirisan dan kronisme. Negara semakin hancur tetapi topik kominis yang diwayangkan kepada umum. Keruntuhan moral dan ekonomi dipandang sinis.

Semalam Najib seperti terkejut lagi mendengar perkhabaran negara mengalami defisit yang paling teruk sepanjang tahun 2000. Boleh percayakah kita tahun ini hanya berlaku penurun negitif 4-6%.

Setelah Amirsyam gagal memperbaiki ekonomi mengapa beliau dilantik lagi. Dimanakah kewarasan Najib menilai para pembantu. Jelas sudah sebelum ini bekas pengurusi Maybank itu gagal dalam pentadbirannya. Adakah Malaysia ketandusan pakar yang terbaik ??

Kembali kepada permasalahan PZKF, apa yang mampu dilakukan oleh BN. Kes Perwaja telah menjadi hiburan besar pada kroni dan rakan-rakan Tun Daim/ Mahathir. Saya percaya rakyat Malaysia akan diperbodohkan lagi dan lagi.

29 - 05 - 2009

08.29 am

Apabila ahli politik menguruskan hal-ehwal pentadbiran, tidak dinafikan pengaruh berpolitik menguasai pentadbiran.

Hari ini tersiar dipaparan media mengenai bekas seorang penjawat atasan PDRM diistiharkan muflis. Siapa yang peduli akan kedudukan ini. Mungkin juga beliau terbabit dalam perniagaan atau sebagainya. Saya akui sebilangan besar pendokong Pakatan Rakyat agak berfikiran negitif pada PDRM, adakalanya berlaku pada benak saya.

Sirat hati saya berkata, mungkin si-sipulan ini ingin lari dari belenggu rasuah dan ingin berniaga untuk berbelanja lebih. Dan tersepit oleh pengetahuan yang terhad dalam dunia perniagaan. Kemungkinan lain saya kurang arif.

Ahli politk juga hampir keseluruhan adalah ahli perniagan secara langsung ataupun tidak. Tidak dinafikan ia pasti berkait rapat dengan rasuah. Sangat sedikit peratusan yang berkecuali. Kos menjaga 'anak buah' dan 'jajahan' menjadi faktor utama. Di barat dan Timur Tengah strategi bahagian dan cawangan tidak dititik beratkan dalam parti politik.

Jika tiada Bahagian dan Cawangan, kos jadi kurang. Maka rasuah pasti dapat dibendung oleh para politikus.

MARI BERSAMA KAMI

20090528

Komen Mengenai Catatan PKM

arifabdull said...

Jepun yang ganas tu bukan je maaf dan ampun... kereta Jepun pun jadi kebanggaan.

Padahal, sejarah pendudukan Jepun lebih ganas.. siap rogol dan pancung rakyat, siap rampas kuasa raja

nor suzana said...

apa kata sebelum meninggal ni chin peng menjadi beriman.semua dosa2 diampunkan ALLAH walaupun pernah bunuh orang sesekian jumlahnya.kita pernah membaca seorang telah bertaubat dan kembali di jln ALLAH,diampunkan dosa2,malaikat dtg utk d hantar ke neraka atau syurga..akhirnya dia lebih dekat pd jln ALLAH masuk syurga.Islam tidak ajar umat berdendam,dia masih hidup..ruang bertaubat masih terbuka..siapa berani mengaku dia tahu perjalanan akhir hidupnya?INGAT TU NAJIB...

wah Reply:

Saya memang setuju dengan pandangan Dairi AMK Johor.Kita mesti mempunyai semangat memaafkan mereka yg telah insaf dari kesalahan.Insan mana yg tidak berbuat salah pada masa darah muda.Kita tunaikan harapan mereka yg telah insaf dan anggap Malaysia tanahair mereka berjumpa dengan keluarga mereka sebelum tamat hayat mereka.Angkatan Polis kita memang kuat dan kepantasan mereka mengambil tindakan menjaga keselamatan kita memang dikagumi.Apatah lagi berhadapan dengan seorang bekas penganut PKM yg tua dan uzur. Kita seharus bersedia membuat perubahan utk terima yg baik dan menapiskan fikiran yg kolot. Kita selamatkan mereka yg telah bosan dgn putar-belit BN. Kita pimpin mereka ke arah masyarakat yg penyayang , harmoni dan bersatu padu.

hantu jerangkung Reply:

apa la tak ingat ke kes kerajaan 2 hari? tak baca sejarah …. komunis membunuh orang melayu yang tuduh menjadi talibarut jepun… itu apa cerita nak maafkan ke … kau pergi tanya orang tua tua kampung… jangan main sokong… tak ingat sejarah punya manusia … nak maaf kan ke orang macam tuh … tak kena batng hidung boleh la cakap …

Anti Petualang Bangsa Reply:

Pergi jahanam dengan komunis.
Sepetutnya dalam perkara ini, semua pihak kena bertanggungjawab untuk mengeluarkan kenyataan bersama untuk mengutuk Chin Peng dan fahaman komunisnya.
Saudara jangan lupa perasaan pasukan keselamatan kita tanpa mengira bangsa yang terkorban dalam mempertahankan negara daripada menjadi negara komunis.
Bayangkan jika komunis memerintah, saya kira mungkin saudara tidak wujud dan tiada parti2 politik selain Parti Komunis Malaya yang memerintah negara. Mungkin tiada laungan azan dan barangkali kuil dan tokong (apatah lagi masjid) semuanya akan dimusnahkan.
Saudara yang dikasihi, jangan samakan puak zaman jahiliyah dgn puak yang hidup zaman komunis. Jauh bezanya. Berhati2 ckit bila mengeluarkan dalil dan fakta.
Tolong jangan politikkan isu ini. Gerakan keluarkan kenyataan. UMNO menangkisnya. Biarlah mereka yang selesaikan isu ini.
Sekali lagi……..Pergi Jahanam dengan Komunis termasuk dengan sesiapa yang bersimpati dengannya (harap2 saudara tidak termasuk dalam golongan tersebut)……………

IBN BAKAR Reply:

Isu komunis timbul kerana ini sahaja peluang be-end dapat menyambung hayatnya. Mereka cipta kembali isu ini supaya rakyat takut dan gelisah. Bila rakyat rasa tak tenteram mereka harap rakyat membatalkan niat menyokong pembangkang. Disamping itu, isu komunis boleh melupakan massa soal kerajaan Perak, soal Altantuya dan soal permainan mahkamah. Percayalah, semua pehak tak mungkin lupa kezaliman komunis baik kerajaan mahupun pembangkang.
Chin Peng memang jelas komunis. Tapi tahukah kita, sedarkah kita, nampakkah kita siapa pengamal-pengamal idea komunis yang bersarang di dalam negara? Adakah kita kenal mereka ini menguasai ekonomi, menguasai media, menguasai bidang hiburan bahkan mungkin mempengaruhi birokrasi ? Ini lebih bahaya dari institusi komunis.
Ideologi komunis wajib dikambus sedalam dalamnya………..jangan maafkan komunis!

azidi Reply:

Saudara2 sekelian. Tiada kompromi dengan PKM. Saudara2 juga jangan terpengaruh dengan permainan licik yang berlaku sekarang. Ibarat diberi betis hendakkan peha, inilah gejala yang tersirat yang perlu saudara2 renung dan fikir sedalam2nya.
Mula2 anasir ini cuba melaga2kan perpaduan Melayu UMNO, PAS kemudian apabila hampir berjaya (kesan dari politik yang ada antara PR, UMNO dan PAS sekarang)hasil dari sokongan orang2 Melayu sendiri (mungkin tanpa disedari oleh pembangkang berbangsa Melayu) maka kini usaha pula dijalankan oleh agen surbesif untuk menghidupkan semula sejarah PKM yang cuba ditunjukkan sebagai sebahagian dari pejuang negara.
Wahai saudara2ku di Malaysia, ingatlah kekejaman PKM. Usaha yang dijalankan oleh Pasukan Keselamatan Polis dan tentera dalam memerangi PKM sehingga perletakan senjata pada tahun 1988 dan 1989 (Parti Komunis Kalimatang Utara di Sarawak)sangat berjaya menjadikan Malaysia aman dan usaha pembangunan dapat diteruskan. Bayangkan berapa banyak duit yang dikeluarkan kerajaan dalam operasi menentang PKM tidak dikira jumlah anggota keselamatan yang gugur dan cacat anggota badan dalam peperangan menentang PKM. Mungkin ada diantara keluarga, sanak saudara dan sahabat saudara
Wahai saudaraku, berfikirlah mengikut jiwa bangsa dan jati diri. Jangan terikut2 sentimen buta mata dan hati untuk menerima berita yang benar. Fikirlah sedalam2nya mana yang perlu diterima atau disokong. Jangan pula saudara dianggap sebagai sebahagian dari penderhaka Melayu yang menjahanamkan bangsa Melayu. Fikirlah.

Muhammad Reply:

Woi Petualang, apa kau merepek….dan terlalu emosional ni! Kalau sikap dan pemikiran kau itu dijadikan ikutan memang sampai bila pun dunia tak kan aman. Tahukah kau bahawa ayat Qisas dalam kitab alQuran diturunkan khusus untuk selesaikan masalah balas membalas akibat dendam yang tak habis-habis sehingga berbunuhan berpenajangan di kalangan manusia. Begitu juga nabi2 dan rasul2 dihantar untuk menyedarkan manusia tentang kehidupan Salam anjuran Islam. Nah…apabila UMNO menghentam Komunis merekalah juga yang akan menjemput wakil2 Parti Komunis Cina saban tahun menjadi tetamu-pemerhati Perhimpunan Agong UMNO…siap dengan warna merah lambang serasi dengan parti Cina komunis yang kononnya mereka benci sangat. Vietnam/Vietcong pula macam mana…Jepun yang gelojoh menakluk kita bertahun-tahun boleh pula dijadikan rakan kongsi UMNO dalam banyak hal. Berubahlah dan jangan cakap lain dan jadi jaguh di depan tapi buat konspirasi jahat di sebalik tabir.

BEnd dah tak dak modal. Poraaaah.

Orang Penang

joe-kedah Reply:

Perhatian kepada amk johor,
sebenarnya saya pernah berkhidmat dalam angkatan tentera sekitar tahun 60an hingga penghujong tahun 70an. Saya tak pernah dengar pun nama aziz safian ni, mungkin ambil nama penaung persatuan bekas komando kut!.Zaman kami berkhidmat memang kominis bermaharajalela, sehinggakan jadual tukar ganti pasukan pun mereka tahu, pernah terpampang sign board dipokok balak ‘SELAMAT DATANG .. MELAYU DIRAJA, SELAMAT DATANG .. RENJER DIRAJA’. begitu lah cekap, pantas dan kejam dalam perjuangan. Chin Peng kami tak pernah jumpa, tetapi yang kerap kami jumpa Allahyarham Rashid maidin, Allahyarhamah Samsiah pakeh, Hj. Bema (Entah hidup ke mati ke tidak dapat berita). Jika diteliti dari segi sejarah perjuangan mereka, yang kami nampak dengan jelas dimata kepala kami, ketiga-tiga orang yang saya sebutkan ini, jika terserempak dengan kami didalam hutan belantara, dengan ilmu yang mereka amalkan sebagai seorang islam tulin (duduk dalam hutan lima waktu tak pernah tinggal) mereka meresap 2 ke 3 minit lepas tu terdesar suara orang memberi salam.Pernah suatu masa dalam tahun 1977, Allahyarham rashid maidin pernah mengusap-ngusap kepala kami sepelatun, masih terngiang-ngiang ditelinga ucapannya ‘MALANG SUNGGUH ANAK BANGSAKU YANG TIDAK TAHU SEJARAH PERJUANGAN KAMI, KALAU AKU NAK BUNUH BUKAN SETAKAT SEPELATUN, SATU KOMPENI PUN BOLIH, TETAPI ITU BUKAN PRINSIP AKU, AKU TERAMAT SAYANG KEPADA BANGSAKU DEMI MENGHAPUSKAN PENJAJAH’, itulah kominis melayu yang umno ucapkan tu. Sudahlah tok sah dok melalak, zaman la ni dah tak ada kominis, sedangkan nabi pun mengampunkan umatnya inikan pula kita insan yang biasa, renong dan insaflah wahai bangsa ku dari umno yang tak tahu sejarah dan tak tahu malu!

Danish Reply:

AMK JOHOR… memaafkn sifat mulia & terpuji. wlupn telah berlalu sekian tetapi kpd mrk yg pernah melalui pengalaman di seksa oleh komunis, begitu ngeri mengimbas kenangn itu. maka tu tak semua dpt memaafkn komunis. pada hemat saya, elok la kita biarkn kenangn tu lupus & berlalu.. menerima msk komunis kembali spt mgimbau kenangan lama.

raymond Reply:

Anti petualang bangsa,
Jgn tertalu ikutkan hati….. Biar sejarah jadi sejarah. Ape sebab perlu debangkitkan sekarang….. Nampak sangat ini mainan politik UMNO untuk mewujudkan perkauman.
Tidakkah pada zaman 80an dahulu satu perjanjian diantara kerjaan M’sia & PKM telah dimetrai mengenai tiadanya lagi PKM di M’sia. Perjanjian itu dinamakan DEKLIRASI HAADYAI. Tujuan perjanjian itu adalah untuk bekas2 PKM agar dapat gembali kenegara sebagai rakyat M’sia. Tapi mengapa sekarang diubah sesuka hati oleh kerjaan? Ape maksud dan tujuannya? Adakah untuk mengubah minda rakyat dari maslah ekonomi yang amat meruncingkan sekarang? Atau memindah minda rakyat terhadap barangan keperluan yang terus melambung naik? Ataukah untuk menghidupkan moto 1Malaysia Najib? !malaysia untuk siapa…., 1Malaysia untuk Malaysian atau 1M’sia untuk UMNO?????
Pikir2kanlah dari sudut semua aspek!!!!!


28 - 05 - 2009

07.05 am

Saya ingin berbincang beberapa pekara . Saya terpanggil untuk menjawab persoalan tersebut.

Pertama
assalamualaikum kepada saudara Zabidi yang sedang berada di Penanti.semoga perjuangan anda diberkati, SJ ingin mengucapkan tahniah kepada AMK kerana berjaya mengadakan ceramah tersebut.SJ ingin memberikan komen sedikit agar di masa akan datang program yang diadakan dibuat secara kerjasama sepenuhnya bukan hanya bahagian-bahagian tertentu sahaja. Harap selepas ini saudara Zabidi akan membuat satu post motem diatas program yang telah dijalankan ini agar di masa akan datang Program besar seperti ini mestilah melibatkan semua bahagian di johor.Suka saya mengingatkan saudara, gelombang rakyat kian semakin kuat di johor adakah PKR JOHOR bersedia untuk memerintah jika PRU akan datang ditakdirkan oleh allah BN DURJANA di Johor jatuh dalam keadaan PKR Johor yang masih tidak berapa kuat dalam hubungan sesama ahli....kerjasama amatlah penting..tq. Semoga saudara fikir-fikirkan...

Kedua
Timbul banyak persoalan dari ahli dan AMK bahagian terdapat Exco AMK Negeri Johor yang telah dilantik tidak berfungsi malah tidak berkerja langsung. Mereka juga hadir mesyuarat hanya sekali sekala sahaja.

Ketiga
Terdapat banyak tuntutan berbentuk wang (hutang) kepada saya. Mereka mendakwa AMK Negeri telah berhutang dengan pelbagai jumlah.

Keempat

Penjawat AMK Bahagian dan Negeri sering kali merunggut mengenai pimpinan pusat yang susah untuk dihubungi bagi menjalankan program setempat terutama ceramah umum dan kelompok. Matlamat untuk menyebarkan program parti dan membalas segala tomahan terhadap parti banyak yang tidak terlaksana.

Kelima

Ketika ini dan yang sebelumnya sering kali terdengar percakaran dikalangan pimpinan AMK , Bahagian, Negeri dan Pusat. Ia menyebabkan motivasi ahli biasa dan ahli jawatankuasa agak terganggu.

Ulasan :


Walaikumsalam wth. dan Salam Harapan Baru.

Pertama
Terima kasih. Harap SJ boleh kemukakan secara bertulis ataupun email. ( maaf atas jawapannya yang lepas, ada kesilapan fakta )

Kedua
Saya bangga bersama PKR, boleh ditegur dan menegur secara terbuka, tertutup dan tersembunyi (email layang) . Sebelum perlantikkan mereka, saya telah berbincang tentang jawatan yang ditawarkan kepada individu itu. Malangnya permasalahan gerakkerja tergantung diperbesarkan menyebabkan ada yang sejuk dan merajuk. Ada yang ingin keluar parti, letak jawatan dan sebagainya. Saya cuba perbaikinya. Saya meneyeru dan merumuskan, "Baiki dan ampuhkan bahagian masing-masing, pohon akan kuat jika akarnya teguh."

Ketiga
Saya mendengar runggutan tentang program yang lepas masih ada yang tertunggak. Masakan saya menjawab, "ala... BN hutang 280 juta pun tak bayar, kita telah berbakti pada rakyat, biarlah rakyat tanggung sedikit kesusahan".

Program yang lepas dinamakan atas program AMK Negeri, tetapi saya tidak dibawa berbincang sebelum ia dijalankan. Kos perbelanjaan tidak diperakui dan dibincangkan dengan AJK Negeri. Namun saya mempelawa AMK Bahagian atau Exco yang menghadapi masalah atas permasalahan dan tunggakan yang lepas untuk berbincang untuk menyelesaikannya. Usah melakukan kesilapan yang sama pada masa akan datang.

Keempat
Saya akui ia amat merumitkan. Namun saya akur para Yang Berhormat kita baru sahaja setahun memegang jawatan. Pilihanraya kecil pula bertali-arus. Saya mengerti para YB kita bergelumang membersihkan najis-najis yang ditinggalkan oleh penghianat bangsa (BN). Berilah mereka peluang menguruskan parti dan kawasan mereka.

Majoriti YB kita berjanji kepada saya, mereka mahu membantu kita (Johor) tetapi mereka barharap kita tidak terlalu mendesak.

Kelima
Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula bahasa dan rumpun yang berbeza. Adakala perselisahan faham membawa silaturahim lebih intim selepasnya. Berbeza pendapat usah diperbesar-besarkan. Jika inginkan jawatan, perlantikkan atas budi-bicara pimpinan yang lebih atas. Lainnya, ahli yang menentukan. Gapai wadah yang sama, ayuh rempuh BN-Umno.

BN-Umno sedang bercerai-berai, usah dijejaki tabiat mereka. Mari bersatu, sematkan iltizam dan keyakinan. Insyallah berjaya. Amin

Ketua AMK Johor Bidas Umno Lagi


Bukit Mertajam - Zabidie Abas, Ketua Angkatan Muda Keadilan Parti Keadilan Rakyat sekali lagi membidas penyokong Umno kerana bersetongkol dengan calon bebas bagi memburuk-burukkan dengan memainkan sentimen perkauman.

" Bila masa orang melayu menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang ?" katanya dengan nada tegas. Beliau berkata lagi, sejak dahulu lagi selain DAP parti berasaskan kaum cina memerintah Pulau Pinang.

Zabidie menganggap mereka yang mengeluarkan kain rentang tersebut sebagai berkempen membuta tuli tanpa menilai fakta sebenar.

Sementara itu Zabidie ketika ditanya tentang komennya dakwaan Lokman Noor Adam , bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan Nasional Johor bahawa kekuatan Umno bertambah disebabkan ahli PKR yang menyertai Umno. Zabidie berkata," Umno semakin lemah, undi mereka turun mendadak disebabkan kemasukkan ahli PKR yang tidak bermutu."

" Lagi ramai ahli PKR lompat ke Umno lagi teruk Umno kalah kerana menyimpan orang yang bermuka-muka." Katanya lagi. Dakwanya kepada Johor Daily lagi, " PKR kini kian kuat kerana pemimpin Umno semakin sedar dan berguyun-duyun menyertai PKR dan Pakatan Rakyat, lihat sahaja semalam di Perlis ratusan menyertai PKR. "

20090527

27 - 05 - 2009

09.44 am

Kami di JDM4 DUN Penanti bertali arus mengerakkan usaha agar kita terus menang. Namun saya ingin berbicara tentang Parti Kominis Malaya yang sedang hangat diputar-belitkan oleh media BN-Umno.

Media Pro 1Malaysia kini lantang berbicara mengenai bekas penganut Parti Kominis Malaya(PKM) . Saya akui mereka dahulunya manusia yang kejam. Pembunuhan ala-Israel amat terbuku disetiap para pejuang kita.

Boleh dikatakan mereka setaraf manusia dizaman jahilliyah, perlakuan seperti haiwan tanpa belas ikhsan. Pada zaman tersebut, bukan setakat musuh. Anak sendiri pun dibunuh. Pada saya PKM tidak sekejam itu untuk membunuh anak sendiri. Lantas apabila Islam bersinar dibumi Arab, mereka adalah insan terbaik dan dijanjikan surga oleh Allah dan Rasullullah.

Adakah patut pemimpin Islam seperti Datuk Rais Yatim , Datuk Aziz Sapian (ADUN Nusajaya) dan politikus BN-Umno lupa sejarah kegemilangan Islam. Tugas pemimpin memberi dan berganding bersama masyarakat, menyematkan dendam adalah pemimpin durjana. Ya, mereka adalah pembunuh dahulunya tetapi kejadian lampau adalah takdir Ilahi. Adakah manusia seperti Aziz Sapian (ADUN Nusajaya) yang kerap menghadiri program Maulidul Rasul lupa fakta kegemilangan Islam.

Saya menyeru keseluruhannya, zaman telah berubah. Faktor penjajahan dan tekanan hidup menyebabkan bapa-bapa kita dahulu ada yang tersalah memilih pegangan hidup. Apa perlunya meniup sentimen permusuhan demi kerjaya politik. Jika tidak mahu memaafkan usah ego keterlaluan. Banglow dan kereta mewah milik Aziz Sapian itu juga hasil dari menghisap darah bangsa sendiri.

20090526

26 - 05 - 2009

10.28 am

Kami. Nah Budin, Sdr Azman, Sdr. Fauzi , rakan-rakan Johor dan negeri lain mengalas tanggungjawab dan menangkis serang tersembunyi BN-Umno di DUN Penanti ini. Musuh tanpa rupa dan kelibat ini amat menjelakkan sekali. Kemenangan tidak semudah seperti dijangkaan.

Anasir BN-Umno berharap pengundi tidak dihadir semasa hari pengundian atau memilih calon bebas. Sumber dipercayai diberitakan BN-Umno telah/sedang membekalkan bahan tomahan untuk merobak-rabikkan parti kita. Maklumat lain, pihak BN-Umno telah menyelinap didalam jentera PKR dan sering mencari data setiap aktiviti dan kempen yang dijalankan. Kepada jentera PKR Johor yang dalam perjalanan dan akan ke Penanti , saya berharapkan comitment penuh dari saudara/i. Musuh dalam selimut lebih merbahaya dari pertarungan terbuka.

Semalam dua peristiwa berbeza berlaku kepada AMK Johor. Saya terpanggil unutk membicarakannya.

Pertama.
Seorang bekas calon PKR pada PRU-12 ( Parlimen) telah mendakwa kepada saya telah membawa 362 ahli UMNO berserta borang keahlian PKR. Gerombolan ini mendakwa kecewa denga ketua mereka Datuk Fuad Zarkasi.

Peliknya kumpulan ini mendakwa dalam perjalanan ke Penanti tetapi setelah 36 jam tidak muncul tiba bersama 362 borang keahilan tersebut. Perbualan kami didalam pesanan ringkas (sms) agak kritis dan menjelekkan. Tomahan terhadap saya dan Ketua Perhubungan Negeri Johor agak berbisa. Memungkinkan saya terfikir, adakah mereka ini adalah perangkap BN-Umno.

Apakah mungkin permintaan gerombolan ini yang meminta lowongan jawatan perlu saya tunaikan ?

Kedua.
Ucapan tahniah kepada Sdr. Faizul, Timbalan AMK Johor diatas menyeliakan kehadiran DS Anwar Ibrahim ke Johor dengan jayanya. Syabas juga buat Magendran yang memastikan dailog di Hotel Selesa berjalan lancar.

Kekecohan dan gangguan pihak Polis kepada Srd. Nazri Ismail dan Azlan Ishak tidak dapat mengagalkan ceramah perdana di Taman Universiti semalam. Saya diberitahu ratusan anggota polis dan puluhan sekatan jalanraya dikerahkan bagi mengagalkannya.

Alasan menjaga keselamatan rakyat umum adalah 'mainan mulut' mereka setiap program. Alasan permit tidak diluluskan helah semata. Itulah sikap bacul BN-Umno memperkudakan anggota Polis. Syabas dan terima kasih juga buat seluruh jentera AMK yang terlibat. Saya meminjam kata-kata Ezam Mohd Noor ( Sumpah Keramat ) yang telah melompat nun membawa keris, " Lagi ditekan, kami lagi bersemangat memperjuangkan keadilan".

Kepada Ezam Mohd Noor , Lokman Noor Adam dan lainnya, saya mendoakan kesejahteraan mereka. Usah diikut resmi Ibrahim Ali, kelak binasa harga diri.


20090523

23 - 05 - 2009

09.58 am

Terjawab sudah permaslahan di Perak, namun ia belum mutamad. Allah merancang, Najib merancang tetapi Allah Maha Penentu. Najib yang gementar.

Saya secara peribadi tidak gusar dengan keputusan Hakim Mahkamah Rayuan, dari segi personaliti kita lihat dengan jelas siapa barisan hakim itu. Jika bersidang 100 kali jawapan tetap sama. Persoalannya beranikah BN-Umno memindahkan kes Menteri Besar Perak ke negara lain yang bersekutu dengan negara komenwel. Jika kes ini dibawa ke nagara lain sebagai jalan penyelesaian adakah BN berani ?

Kita akan lihat mereka melatah macam orang gila talak terutama Khairi Jamaluddin dan lainnya. Tidak perlu diperbincangkan pekara ini, jelasnya mereka adalah jantan-jantan bacul. Matlamat yang perlu digalas hanya keyakinan pada Yang maha Esa. Perjuangan perlu dimotivasi sentiasa digilap agar tidak tersasar.

Tenaga muda perlu ada kesinbungan dengan semangat waja. Sentiasa perpesan pada hati, perjuangan yang murni hanya Allah yang membalasnya. Habuan akan tiba jika itu qada' dan qadarNya.

Saya kini berada di Penanti, saya gembira bersama rakan-rakan seperjungan. Jika saudara ada kelapangan dan berkemampuan ayuh mampir kesini. Pikul segala senjata dan pastikan kemenangan kepada yang berhak.

20090522

22 - 05 - 2009

07.46 am
Jentera AMK telah berpusu-pusu ke Penanti. Pandu kenderaan dan kerja dengan dedikasi . Sebelah petang saya akan menyusul kesana dengan jentera AMK Johor. Kepada mereka yang tinggal di Johor bagi persiapan kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim , saya berharap tugasan digalas dengan cemerlang.

Ia bukan misi PKR menebus maruah di Penanti tetapi keadilan perlu diperjuangkan pada haknya. BN berjaya memunipulasi Fairus sehingga beliau terpaksa meletakkan jawatan diatas tekanan bertali arus dari SPRM, Polis dan mahkamah.

BN-Umno menyalahkan Anwar agar Pakatan Rakyat berpecah-belah. Dasar kerja BN-Umno jelas memperkudakan segenap institusi kerajaan agar melutut dengan kerakusan mereka. Adakah mereka yakin BN-Umno akan berjaya memperbodohkan rakyat sekelian ?.

Kewarasan dan ilmu dibenak yang dianugerah oleh Ilahi, saya berharap semua pengarah, Inspektor dan penjawat kerajaan/jabatan menilai setiap arahan menakut-nakutkan pendokong Pakatan Rakyat. Sikap 'yes bos' membawa bencana kepada Malaysia.

20090521

21 - 05 - 2009

07.55 am
Jika sautu ketika dahulu Tun Mahathir dan Barisan Nasional bermegah dengan Wawasan 2020. Hari ini para pengampu BN bertali arus dengan mottonya 1Malaysia. Kekeliruan dikalangan rakyat Malaysia kian ketara. Apa sebenarnya konsep 1Malaysia ilham Datuk Seri Najib Tun Razak.

Adakah 1Malaysia itu bermaksud semua rakyat Malaysia perlu bersatu menyokong BN atau Satu Malaysia mesti membodek beliau. Atau satu Malaysia telah diperbodohkan oleh Najib. Persoalan yang timbul kenapa Najib bersungguh-sungguh mencaci-cerca Pakatan Rakyat terutama Anwar Ibrahim.

Adakah kerana Anwar telah membongkar kes pembunuhan Altantuya. Mungkin juga Awar telah membongkar penyelewangan pembelian helicopter dan kapal selam pada jumlah yang menipu seluruh rakyat Malaysia.

Hakikatnya najib enggan menyaman Anwar dan ketiga-tiga kes ini. Sumpah Najib di Permatang Pauh jelas menipu semua termasuk Polis. Beranikah Polis mengambil tindakan kepada najib ? Jawapannya tentu tidak. Mungkin Ketua Polis Negara telah dicucuk hidung. Bagi saya Ketua Polis Negara seperti mempunyai moral dan didikasi yang tinggi. Atau menjaga periuk nasi.

20090520

20 - 05 - 2009

08.05 am
Adat ketua menjadi gandingan untuk terus kukuh. Saya yakin pemimpin lain juga tidak lari dari pemasalahan dari ahli parti , organisasi ataupun perkumpulan. Apatah lagi parti politik. Cemuhan, teguran, pandangan dan sindiran menjadi santapan harian.

Saya berharap semua ahli AMK dan pendokong Pakatan Rakyat tidak menyisihkan nilai perjuangan asli ( keadilan sejagat ) apabila melontarkan idea dan tindakan. Ia penting bagi mengukuhkan keterampilan. Tidak dinafikan puak sana memburukkan puak sini dan ketua dijadikan bahan rujukan bagi mengukuhkan idealoginya.

Saya berharap setiap percanggahan pendapat dan gerak-kerja dinilai dan diteliti untuk kesan jangka masa panjang. Tidak semua pendapat diterima dan ditolak kerana ia perlu bagi kesimanbungan mantap.

Penambahan ahli PKR johor saban hari makin bertambah, pendokong AMK begitu juga. Wadah yang kian membesar ini perlu ada gandingan mantap dan persefahaman yang kukuh. Terima kasih semua, dan masa yang singkat lagi saya bersama AMK ini akan saya lakukan sebaik mungkin. Namun saya juga seperti manusia lain yang tidak sempurna 100%.

Teguran dan cadangan saudara/i sudah pasti saya mempertimbangkan dengan anugerah yang diberikan Ilahi. Gempur selagi bertenaga bertindak selagi peluang masih ada. Hapuskan segala kezaliman.

20090519

19 - 05 - 2009

12.43 pm.
Bersandarkan kepada nilai perjuangan yang kian cemerlang, ahli parti terutama yang berjawatan mula berkira-kira berapa imbuhan jika terus berjuang. Ada yang berkata 'kita sepatutnya sudah banyak memperolehi harta rampasan perang'. Kita memperjuangkan hak sejagat bukan berperang untuk bermewah.
Segelintir pendokong AMK Johor mula bercerita 'harta rampasan perang' dan pengagihan. Mereka berkata ahli Pakatan Rakyat sepatutnya menerima habuan dan ada yang telah meletakkan jumlah ringgit dan kerusi pilihanraya sebelum berjuang. Ingin saya tegaskan, perjuangan keadilan bukan merampas kekayaan dari Barisan Nasional, wang rakyat untuk rakyat. Mahukan lambakkan duit kena berniaga atau bekerja dengan kesungguhan.
.
Tiada projek percuma.
Tiada komisen projek.
Tiada pengalaman tiada kerja.
Tiada gaji bagi penjawat politik.
.
Usah mencari jalan mudah untuk hidup mewah. Tidak perlu menghalalkan rasuah dan kronisme untuk mengaut kemewahan, berniagalah dengan tekun dan jujur jika mahu kemewahan. Saya menyeru rakan-rakan yang asyik bercerita tentang habuan, BN-Umno adalah wadahnya.

20090518

18 - 05 - 2009


08.41 am.
Barisan Nasional makin berkecai. Najib Razak yang sebelum ini memperlekehkan Pak Lah sebelum menjadi PM kini, mempunyai reputasi lebih hodoh dari Pak Lah. Malaysia kini ke arah negara zionis, mungkin setara dengan Israel. Islam diletakkan sebagai agama terpinggir.

Kita lihat sahaja nanti di Penanti, beliau dengan imej kotor akan mempergunakan Islam untuk mengaibkan musuhnya untuk satu tujuan sahaja iaitu 'juara'. Tetapi malangnya si-Najib ini makin dimamah sumpah. Di Permatang Pauh dahulu dia bersumpah tidak mengenali Altantuya. Dia memperbodohkan Allah dengan sumpah itu. Adakah gambar diatas bersama Altantu adalah palsu ?

Dengan bersandarkan nama arwah bapanya untuk popular, maka beliau kian menemui jawapan yang hampir pasti, " kecundang". Gopoh..... menyingkirkan Pak lah , gelojoh merampas Perak dan rakus mengurat isteri pembaca berita. Gopoh , gelojoh dan rakus tidak layak menjadi Perdana Menteri.

Di Penanti saya tunggu, Di Perak akan saya kerah jentera Johor. Ayuh betarung lagi wahai Najib al-Altanyuya.

20090516

16 - 05 - 2009

09.33 am

Sudah terang , tidak perlu bersuluh. Itulah hakikat Pakatan Rakyat di Johor. Tidak dinafikan lagi kita hampir pasti akan memerintah Johor selepas PRU-13. Berkemungkinan PRU-13 akan dilaksanakan awal disebabkan Perdana Menteri Malaysia kini sudah tidak karuan lagi.

Ayuh gapai segala senjata dan keringat, tangkas menyerang segenap penjuru bagi memastikan Pakatan Rakyat menguasai Dewan Undang Negeri Johor. Bagi kelibat ahli dan pimpinan AMK yang menyepikan diri, sambut mereka dan bersama meneruskan perjuangan.

Usah difikir jentera BN yang rakus dan ganas. Mereka sememangnya telah lari dari perjungan asal bagi menunaikan hak rakyat Johor. Dari segi ekonomi, mereka rakus. Dari segi janji, mereka mungkir. Dari segi jawatan, mereka gelojoh. Dipaparan media mereka penghianat, bermuka-muka. Sesama mereka , asyik bertelagah.

Itulah BN-UMNO.

20090515

Lawatan Kerja Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia

Pada 16 - 05 - 2009, Ketua Angkatan Muda Keadialan ( AMK ) Parti Keadilan Rakyat akan bersama - sama AMK Johor dalam mengerakkan lagi usaha dalam usaha-kerja Pakatan Rakyat memonopoli Johor. Dimulakan bersama mesyuarat AMK Johor dan seterusnya akan mengadakan majlis diskusi di Simpang Ranggam. Saya menyeru semua hadir.

15 - 05 - 2009

8.01 am
Belia 'generator' dan nadi negara. Khabarnya persatuan belia dari Johor memenangi lagi salah satu anugerah belia kebangsaan yang akan disampaikan oleh Perdana Menteri sebentar lagi.

Tidak dinafikan lagi belia dari Johor sememangnya dikenali mempunyai didikasi mengembeling tenaga bersama dan mempunyai dairi catatan harian ( perakuanan dan pentadbiran ) yang disegani. Saya salah seorang nadi pengerak beberapa persatuan belia di Johor khusus di zon selatan merasa bangga atas kecapaian belia dari Johor amnya.

Belia kampung mahupun Felda di Johor mempunyai gagasan kerja berpasukan telah banyak membuahkan hasil. Kratif dalam apa juga tindakan dan kerja berkumpulan. Pastinya bukan memjadi persoalan mengapa belia dari Johor memenangi banyak anugerah.

Saya mengucapkan tahniah kepada Persatuan Belia Kampung Jawa diatas kecapaian mereka. Usaha yang dijalankan memberi inpirasi kepada persatuan lain di Johor untuk terus maju. kepada Belia Felda Bukit Besar saya berharap selepas ini rakan - rakan yang saya tinggalkan meneruskan usaha kerja saya sebelum ini. Gapai tangan bersama - sama dan bentuk pasukan yang memberi manfaat kepada generasi sekarang dan seterusnya.

20090514

14 - 05 - 2009

11.35 am

Semua ahli politik ketika ini berkiblatkan Perak dan Penanti. Desas desus berkait rapat dengan memihak pada parti yang dinaungi. Sudah tentu saya berharapkan Nizar menjadi Menteri Besar.

Satu pekara yang menjadi persoalan tentang perundangan di Perak.
1. Sutan Azlan Shah berpendidikan dalam bidang Undang - Undang
2. Raja Nazrin juga berpendidikan Undang - Undang.
3. Datuk Seri Zambery adalah pensyarah Undang - Undang.

Kemelut yang berlaku amat memalukan politik Malaysia amnya untuk Istana Perak itu sendiri. Mahkamah menjadi mangsa kerakusan BN-Umno, sudah kalah pilihanraya masih berasa juara.

Najitahnya, orang berpendidikan undang-undang memperlihatkan tidak matang dalam tindakannya. Tidak mustahil perak akan saling bertukar Menteri Besar lagi, kini sudah 4 kali mungkin hingga 10 kali.

20090512

SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT

12 - 05 - 2009

7.08 am - Semua serba maklum akan keputusan akan kekalahan Datuk Seri Najib Razak dan Barisan Nasional di Perak. Saya jangka Najib tiada pilihan lain dengan menyerah kalah dan telah mengetahui awal akan keputusan itu. Cuma yang menjadi persoalannya apakah tindakan BN-Umno selepas ini.

Saya menjangka percaturan selepas ini :

1. Pembubaran DUN Perak.
2. Datuk Seri Anwar Ibrahim akan ditangkap bagi melumpuhkan jentera Pakatan Rakyat dengan pertuduhan baru.
3. BN-Umno akan melancarkan beberapa episod propanganda terbaru dan semestinya akan melibatkan DSAI.
4. Kementerian Dalam Negeri mungkin akan mengisi Kem kemunting dengan tahanan baru ISA yang kini banyak bilik kosong. Mungkin DSAI adalah nama pertama didalam senarai mereka.
5. Suruhanjaya Pilihanraya ( SPR ) mungkin mengumumkan ‘peraturan baru’ yang mencengkam dan menikam Pakatan Rakyat. Tidak mustahil hari berkempen 3-4 hari bagi menjimatkan kos dan ceramah umum mungkin tidak dibenarkan.
6. Tun Mahathir Mohamad akan menjadi penasihat ‘full time’ dalam pilihanraya itu jika berlaku.

Pandangan saya, DUN Perak tidak perlu dibubarkan.

20090511

11 - 05 - 2009

8.06 am - Nota buat Mawi

Mawi, dalam persidangan PKR November tahun lepas, saya telah menyentuh nama saudara tentang penglibatan saudara dalam parti yang saudara dokongi suatu ketika dahulu.
Sememangnya saudara bukan pendokong PKR ketika ini. Saya minta maaf kerana melibatkan saudara semasa ucapan saya di kongres PKR. Saya paham populariti saudara sedang memuncak ketika itu dan kini dan semesti saudara enggan dilibatkan dengan parti yang dianggap ganas oleh BN-Umno. Hakikatnya saudara bersama-sama kami memperjuangakan keadilan sebelum saudara bergelar artis. Mawi bukannya ahli PKR kerana mawi aktif bersama-sama Parti Keadilan Nasional (PKN) ketika itu.
Dimana juga saudara berdiri saya berharap saudara sentiasa memperjuangkan keadilan sejagat. Sebenarnya pada ucapan saya ketika itu adalah sekadar menyentuh penglibatan artis dan pemimpin pada rakyat umum untuk menegakkan keadilan.

20090509

09 - 05 - 2009

07.42 am

Sebelum Parti Keadilan Nasional (PKN) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) ditubuhkan. Parti dianggap pembangkang terutama Parti Islam Se-Malaysia ( PAS ) menjadi agenda utama BN-Umno untuk dipujuk rayu lompat/keluar parti. Semangat 46 pun menjadi agenda Umno.
Dewasa ini PKR menjadi sasaran utama. Parti yang saya naungkan ini telah bertali-arus menjadi tajuk media utama mereka yang tidak puas hati keluar dan lompat parti. Kesannya sedikit sebanyak menimbulkan perang mulut diantara ahli dan segelintir pimpinan pusat, negeri dan bahagian. Ia sememangnya menjadi agenda BN-Umno untuk memecah-belahkan keharmonian yang telah ujud. Motif mereka untuk menyematkan kerakusan mereka.

Agenda kerja banyak yang tergendala disebabkan etika lompat parti ini. Saya rasa ia akan berlarutan selagi BN-Umno mengunakan segenap jentera kerajaan , Institusi kewangan , mahkamah, Polis, SPRM (BPR) , media prima dan pujukan melalui imbuhan yang lumayan. Di Johor tidak kurang sengketa ini berlaku. Adakalanya menjadi perbalahan.

Saya menyeru AMK Johor dan pendokong PKR juga Pakatan Rakyat, jika berlaku perkara sedemikan rupa perlu adanya 'counter back'. Apabila terperangkap dengan emosi dan amarah yang menimbulkan pecah-hati perlunya ada perbincangan dan sedikit kesabaran.
Saya akui dan semua maklum PKR serba kekurangan, sumber kewangan agak terbatas. Selangor dan negeri lain kita jajahi bukan untuk kemewahan ahli parti. Wang rakyat adalah untuk rakyat. Semoga keazaman kita menperjuangan keadilan sentiasa berada dilandasannya.

20090508

IMBASAN INSTITUSI AMK JOHOR

Dewasa ini banyak pertembungan idealogi diantara individu dan penjawat AMK Johor. Bagi saya ia bukan sesuatu peperangan atau revolusi untuk menukar kepimpinan sediaada.
Jawatan Ketua sudah menjadi lumrah secara tidak langsung mencipta pertembungan ketokohan. Sikap tidak puashati jika ditanyakan, setiap ahli ada cetusan tersendiri. Realiti mereka yang impikan jawatan sebagai ketua jika tidak dilantik, sedikit sebanyak akan mempengaruhi individu lain untuk dirinya disokong. Idea negitif amnya akan terhasil momokkan yang membawa kepada berpuak-puak.
Perlu diingatkan bahawa ketua bukan untuk diterjah sahaja. Setiap permasalahan perlu dibincangkan dan disalusikan bersama-sama. Ia pasti membawa kesan kearah kejayaan, jika tidak pun akan mengurangkan pergeseran apabila gagal mencapai maksud kerja yang dicadangkan.
Insyallah , setiap individu berpeluang menjadi pemimpin utama atau ketua. Cuma yang tidak terpilih bukan kerana tidak bermoral atau berketerampilan, hasil kerja yang lepas menjadi batu ukuran.

20090507

LAWATAN KERJA YB DATUK SERI ANWAR IBRAHIM KE NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM

Tarikh : ??
Masa : ??
Tempat : ??

Nantikan Pengumumannya dalam waktu terdekat...

08 - 05 - 2009

07.40 am

NUKILAN DS ANWAR IBRAHIM
.
(Kepada Tuan Speaker Sivakumar dan semua Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat Negeri Perak)
“…Dan bara kagum menjadi api
Di depan sekali tuan menanti
Tak gentar.
Lawan banyaknya seratus kali.
Pedang di kanan, keris di kiri
Berselempang semangat yang tak bisa mati.”

Hari ini rakyat menjadi saksi betapa rakusnya kerajaan barisan nasional-umno untuk terus kekal berkuasa, sehingga sanggup mencemar kemuliaan sidang Dewan Undangan Negeri serta mencabuli sistem Raja Berperlembagaan. Maka terbuktilah, bukan sahaja kepada rakyat Perak, malah kepada seluruh rakyat Malaysia, dendangan perubahan perdana menteri yang baru tidak lebih dari sandiwara lapuk. Justeru mereka bergantung kepada kekerasan sehingga sanggup mengheret keluar Speaker Sivakumar keluar dari dewan. Apabila terdesak dan mengetahui rakyat tidak bersama mereka, Demokrasi dan keluhuran Perlembagaan diinjak-injak sedemikian rupa.

ANWAR IBRAHIM

KOMENTER DARI JOHOR DAILY
.
Johor Bahru - Hari ini dan sejak Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri, bermula dari Tun Mahathir setiap hari Anwar menjadi individu yang paling kerap dicaci-cerca. Bukan dikalangan penganut UMNO sahaja, kini dikalangan Pakatan Rakyat juga termasuk golongan itu. Malah ada ahli Parti Keadilan Rakyat juga secara terbuka melakukan pekara yang sama.
Tidak hairanlah segelintir ahli PAS juga secara terang-terang melontarkan kritikkan secara terbuka. Jika di majlis UMNO, Anwar sememangnya bahan cemuhan mereka. Jika benar cacian itu mempunyai kebenarannya, mengapa pula sokongan rakyat yang diperolehi oleh Pakatan Rakyat terus meningkat. Itu persoalan yang perlu diperhalusi. Lihat sahaja PRU-10 dan PRU-11, jika benar dakwaan segelintir ahli PAS bahawa Anwar tidak mempunyai karisma kepimpinan, dimanakah kecapaian PAS ketika itu. Malah pada PRU-12 kecapaian PAS, DAP dan PKR diluar jangkaan . Ia hasil ketokohan Anwar sebagai ketua Pakatan Rakyat.Kini Muktamar PAS seperti menyajikan pekara yang sama. Anwar mungkin akan dikritik secara terbuka.
Boleh dikatakan mereka yang sentiasa mengritik Anwar Ibrahim itu seperti 'meludah ke langit'. Pakatan Rakyat terutama ahli PKR sendiri perlu menerima hakikat bahawa kekuatan dan aura yang dianugerahkan kepada Anwar perlu dimanfaatkan bersama.Apa yang berlaku di Perak sebenarnya memberi moral yang tinggi dan impak populari kepada Pakatan Rakyat. Jika ia dibicarakan secara negitif maka kecemerlangan dan kemenangan Pakatan Rakyat akan musnah pada PRU-13 kelak.Kepada politikus yang telah memilih keputusan salah dengan keluar daripada PKR, PAS dan DAP perlu muasabah diri.
Perjuangan perlu jatidiri yang ampuh bukan sekadar mengkritik dan terpekik terlolong seperti 'anjing menyalak bukit'.Usah puja Anwar, tetapi beliau diperlukan sebagai pemimpin Malaysia dan layak sebagai Perdana Menteri dan Datuk Seri Nizar adalah pemimpin selepas Anwar
.

07 - 05 - 2009

11.05 am

Polimik Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Johor menyaman Menteri Besar Johor berkaitan hak pembangunan sepanjang Pantai Lido menjadi dimensi baru dunia saman-menyaman di Malaysia.
Jumlah yang dikemukakan amat mengejutkan iaitu RM 322,000,000.00. Sememangnya Kerajaan Johor tidak mampu membayar jumlah itu jika kalah dalam saman tersebut. Ia kerana Kerajaan Johor diketahui umum mempunyai hutang keliling pinggang.
Menteri Besar Johor yang dikenali umum 'kaki zapin' telah mengarahkan para hulubalangnya menangkis saman tersebut. Dari segi moral, kerajaan BN Johor ibarat 'perintah syok sendiri'. Pada peniaga bumiputera sudah terpinggir sejak dahulu lagi, terutama mereka yang tidak berparti. Mereka yang menyokong parti pembangkang semesti dibaham mentah-mentah.
Mungkin saman ini Abdul Ghani Othman menjadi mangsa kedungguan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam berjanji kontrak tersebut. Tetapi rakyat johor juga sedar Nusajaya juga dimonopoli oleh bukan dari golongan bumiputera. Tidak perlu diperbetulkan keadaan ini. Tindakan selanjutnya menukar kerajaan kepada Pakatan Rakyat.
Saya yakin Pakatan Rakyat ada solusi terbaik menyelesaikan permasalahan ini dengan konsesi labih baik untuk DPMMJ.

20090506

06 - 05 - 2009

08.37 am

Satu persoalan yang sering diutarakan oleh pimpinan masakini. Kemana arahtuju Ketua Umum PKR iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam memonopoli politik Malaysia dan masadepan PKR umumnya Pakatan Rakyat.
Segelintir pimpinan AMK mengeluh dengan polimik politik tanahair sekarang. Banyak yang sangsi dan beranggapan akhirnya mungkin DSAI akan kembali kepangkuan UMNO. Saya tidak dapat memberi jaminan tentang pekara itu, benar atau tidak keadaan akan menentukkannya.
Dalam dunia perjuangan, individu itu dipengaruhi oleh persekitaran semasa. DSAI mahu menyertai UMNO atau kekal bersama PKR itu hak beliau. Apa yang saya boleh tekankan ialah perjuangan perlu ditegakkan selagi nyawa dikandung badan. Selagi individu itu beriman tentu kebatilan perlu ditegah dan kebenaran diletakkan dipersadanya.
Saya meneru kepada semua, politik adalah salah satu landasan untuk menegakkan kebenaran. Walaupun extremis agama beranggapan politik adalah wadah najis dalam berdakwah. Ia terpulang kepada individu untuk mengolahnya.

20090505

05 - 05 - 2009

07.51 am

Sidang DUN Perak pada 07hb Mei ini menyaksikan pertembungan sebenar diantara BN dan Pakatan Rakyat.
Rakyat marhain kian keliru dengan apa yang berlaku. Pertuduhan dan depensif menjadi tajuk utama koran, media dan cerita internet. Pada dasarnya majoriti rakyat Perak telah menentukan bahawa BN telah tewas pada PRU-12. Diberitakan oleh sumber tidak rasmi ,3 ADUN tersebut telah menerima RM50 juta seorang bagi menggadai DUN Perak kepada BN. Dimanakah kebenarannya ?
Polimik ini mengoncang politik tanahair dengan rakus. Saya percaya berlaku sogokkan diatas rampasan kuasa itu. Moral BN luruh disebabkan tindakan mereka di Perak itu. Saya percaya pihak Polis tahu apa yang berlaku dikediaman Najib selama 5 hari kehilangan 3 ADUN Pakatan Rakyat itu.
Walaupun dikatakan Tun Mahathir dan Pak Lah tidak bersetuju dengan tindakan Najib 'membeli' 3 ADUN Perak itu. Namun Najib yakin tindakannya betul dan benar untuk memperkukuhkan BN.
Saya melihat Datuk Seri Najib dan Zamry kian panik dengan situasi ini. Saya yakin BN-Umno akan musnah dengan permainan ini.

20090503

03 - 05 - 2009

2.09 pm

Gempita ANAK di Dewan Perniagaan Cina Kg. Abdullah Segamat hangat dibicarakan. Pelbagai perkara dibangkitkan bagi merealisikan wawasan penubuhan FELDA pada 1956 bagi mengapai ke matlamat asal.
Selain kehadiran peneroka , generasi , wakil Jabatan Perdana Menteri dan Felda, seminar ini juga dikunjungi oleh blogger Cucu Mat Kilau. Terima kasih.
Permasalahan yang tersenarai di Felda seluruh Malaysia bicarakan dengan jelas tanpa memilih latarbelakang parti politik. Solusi lebih hangat akan ANAK bicarakan selepas sesi petang. Diskusi yang dibincangkan pada sebelah pagi tadi diluar jangkaan. Masalah yang dideritai juah dari apa yang diketahui sebelum ini.

20090502

02 - 05 - 2009

7.41 am

Ia bukan sekadar populariti atau protes. Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (ANAK) memperlihatkan gabungan fakta dan penindasan pengurusan FELDA terhadap peneroka dan generasinya.
Bukan kerana warga FELDA sekitar 20% pengundi di Malaysia menyebabkan ANAK meraung sana-sini. Jika wang caruman peneroka , hak wang tanaman semula , wang/saham tabungan koperasi, pengaihan tanah poket dan sebagainya tidak diuruskan secara saksama.
Ketirisan juga dilihat dengan jelas pada pengurusan Felda .
Kami tidak kecewa buku " Dulu Tolong, Sekarang Along " dibakar dihadapan wartawan dan dimajlis rasmi BN-Umno. Fakta dan angka mereka tidak boleh terpadam begitu sahaja. Keadilan pasti kami tuntut sebagai warga tulen Felda.
Esok akan berlangsung Seminar Masadepan Generasi Peneroka Felda di Segamat. ANAK akan memberi penjelasan dan berdiskusi permasalahan yang berlaku terdahulu, sekarang dan akan datang dari sudut umum, perakuanan, perundangan dan hak.
Semua warga Felda dan pemerhati termasuk wartawan dipelawa hadir dengan yuran kehadiran hanya RM10.00.