20091225

Sampai Kiamat Felda Terus Menipu Peneroka

Dailog Warga Felda bersama Presiden Persatuan Anak - Anak Peneroka Kebangsaan (ANAK) , Sdr Mazlan Aliman, di Felda Bukit Kuantan, Kuantan, Pahang, pada 25hb Disember, 2009. jam 5.00 petang.

Tempat dailog akan dilangsungkan di Warung Pemuda Felda berkenaan.

Pada sebelah malamnya, satu ceramah oleh Sdr. Mazlan Aliman yang juga akan diadakan di Felda Panching Selatan, Kuantan, jam 9.00 malam.

Perlu perhatian serius, walaupun ketahui umum kilang-kilang Felda telah melakukan penipuan gred sawit selama puluhan tahun.

Sehingga hari ini kilang tersebut masih melakukan pekara yang sama . Perlukah ANAK dan anda berdiam diri lagi ?

Malah tanpa bersalah Felda Holding Berhad serta anak syarikat seperti Felda Technoplant Sdn Bhd dan lainnya secara rakus memunipulasi hasil dan pendapatan peneroka.

Diketahui umum juga keuntungan Kumpulan Felda Holding (tertubuhnya hasil wang caruman peneroka dan penipuan gred) berbilion setiap tahun.

Tetapi hanya diagihkan sekitar RM200 - RM500 setahun kepada setiap seorang peneroka.

Datuk Seri Najib Razak dan kroninya mengumumkan wang tersebut sebagai 'saguhati'. Ia bermaksud sampai kiamatlah peneroka tidak akan merasa keuntungan hasil caruman yang digelar 'Caruman Tanam Semula'.

Tahukah anda terdapat ribuan peneroka telah taman semua sendiri sejak 1 -15 tahun lepas. Sehingga hari ini majoritinya tidak satu sen pun Felda Holding pulangkan wang caruman tersebut.

Itulah jijik dan tirisnya Felda dibawah kelolaan UMNO-BN.

No comments:

Post a Comment