20091204

Anwar Bakal Melakar Sejarah Ekonomi Selangor

Rasmi sudah Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Kerajaan Selangor. Ia bakal menjadikan Selangor makin gawat dengan pelaburan dan rangsangan baru.

Anwar Ibahrim baru-baru ini telah diistiharkan sebagai Pemimpin Sejagat ke-32 dunia yang mana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak namanya langsung tidak tersenarai atau yang popular.

Dalam sektor ekonomi dunia, Anwar ibrahim juga bukan sahaja terkenal di Asia Tenggara dan Timur Tengah. Blok barat dan lainnya seperti Amerika Syarikat, Britian dan Eropah nama Anwar Ibrahim telah tersohor.

Pencatat agak janggal mendengar keluhan Tun Mahathir Mohamad bahawa RM1.00 akan bernilai RM1.00 kepada Selangor. Ungkapan berunsur permusuhan poliitik membuatkan mantan Perdana Menteri terpaksa berkata demikian.

Perlu diingat kepada keyakinan rakyat pada Piliharaya Umum ke-12. Kehadiran Anwar Ibrahim menjadikan Pakatan Rakyat digeruni oleh Barisan Nasional. Ia disebabkan keyakinan rakyat bahawa Anwar mampu mengalas dan memangkinkan ekonomi negara.

Sehingga hari ini sokongan pemimpin BN kepada Anwar Ibrahim kian mantap dan menyebabkan Najib Razak kian tidak lena tidur. Sehingga terpaksa Najib Razak ' minum bersama' di Lobi Parlimen.

Pencatat teringat peristiwa bilamana Pemuda UMNO Sekijang berduyun-duyun bersalaman dan mencium tangan Anwar Ibrahim pada Ramadhan lepas. Semasa ceramah di Air Manis, sumber mengatakan puluhan pemimpin UMNO Johor berada disitu.

No comments:

Post a Comment