20091221

Najib Razak Hilangkan Enjin Jet

Hujung minggu lepas negara diberitahu mengenai enjin jet yang dicuri dari Tentera Udara Diraja Malaysia kini berada di Amerika Syarikat.

Ini amat memalukan, enjin jet bernilai lebih RM50 juta dicuri dari Kementerian Pertahanan .

Diketahui umum Menteri Pertahanan ketika itu ialah Datuk Seri Najib Razak yang sebelum ini dikaitkan dengan bukti lengkap terhadap pembunuhan Altantuya.


Pencatat hairan dengan sistem pertahanan negara yang dikatakan mempunyai unit-unit yang professional terlatih dan berkemahiran tinggi boleh kehilangan enjin pesawat.


Sehingga hari ini masih belum diperolehi kembali. Hanya desas-dusus telah dijumpai sahaja.

Malangnya negera mempunyai Menteri Pertahanan sekarang ini sebagai Perdana Menteri yang memalukan dimata dunia.
Terlibat dengan pertuduhan jenayah, cuai mentadbir negara dan menghilangkan enjin jet.

Ini adalah salah satu jawapan kukuh kepada Datuk Seri Nazri Aziz yang terkenal dengan 'mulut celupar' mengapa kerajaan BN perlu tumbangkan dengan seberapa segera.


No comments:

Post a Comment