20091216

MBFM : Delima Pertubuhan Belia Felda

Tahniah kepada pasukan bolasepak negara yang layak ke perlawanan akhir sukan Sea di Loas. Ia sudah tentu membanggakan negara.

Jika menang pemain disanjung, ahli politik UMNO berciciran mengejar media. Jika kalah lagi, juga berciciran mengejar media agar komennya boleh diguna-pakai.

Adat politik bolasepak negara, sentiasa serba salah.

Bolasepak anjuran Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) tidak kurang hebatnya juga pada 18hb Disember ini.

Nama piala diubah dari Perdana Belia Felda Malaysia 2009 kepada Piala Timbalan Perdana Menteri. Piala membodek untuk jawatan idaman 'seseorang' di MBFM.

Dana penganjuran dari Felda, Timbalan Perdana Menteri (TPM) yang dapat nama. Mungkin juga budaya membodek keterlaluan didalam MBFM.

Ia mungkin juga berkaitan MBFM yang tidak mengadakan mesyuarat agung sejak 2000. Bimbang akaun yang tidak di audit., TPM dibodek agar tutup mulut.

Pencatat yakin terlalu banyak ketirisan dan penyelewengan berlaku dalam MBFM.

Pencatat sebagai ahli gabungan MBFM tergerak hati ingin membuat laporan Polis dan SPRM atau pihak berkaitan. Namun ianya terencat kerana kreabiliti SPRM dan Polis kini amat mendukacitakan.

Pencatat terkilan MFBM yang dipimpin oleh presiden yang berusia 50'an, Datuk Ramli Ismail gagal melaksanakan segala tanggungjawab.

Tanpa mesyuarat agung, tanpa pembentangan perakaunan dan perlantikkan Ahli Jawatankuasa sesuka hati. Malangnya MBFM mendapat restu Perdana Menteri selaku Menteri Felda.

Setakat ini pencatat dimaklumkan MBFM masih tidak diluluskan oleh Registrar of Youth (RoY) dan mana-mana Pertubuhan Kerajaan.

Yang kelakarnya ahli gabungan Majlis Belia Felda gabungan kawasan mempunyai pendaftaran sah dengan RoY, MBFM pula masih diawang-awangan.

No comments:

Post a Comment