20091209

Kemuncak Konvensyen Agama , Kaum Dan Darjat

Dentuman Konvensyen Pakatan Rakyat (PR) pada 19hb. Disember 2009 kian terasa. Rakan-rakan dari PKR Johor bertali-arus membicarakannya.

Setiap negeri telah menunaikan konvensyen, hanya tinggal Konvensyen AMK Johor yang bakal diadakan di Pulai Spring Golf & Resort Ahad ini.

Ia memperlihatkan PKR dan PR dalam kondisi sepadu dan megah.

Pencatat dimaklumkan setiap Cabang hanya dibenarkan empat perwakilan sahaja. Ia pasti menjadi iguan kepada mereka yang tidak dapat hadir.

Apa yang pasti UMNO dan Barisan Nasional kian hilang arah dalam arus politik perdana. Satu persatu serangan peribadi diletuskan. Wakil rakyat dibeli bertujuan mencari pengaruh baru.

Pakatan Rakyat dipacu Datuk Seri Anwar Ibrahim makin gagah, kian berpengaruh dipersada politik tanahair dan dunia.

Bagi menutup berbalahan sesama sendiri dan rebutan kuasa, UMNO-BN berterusan memperagakan politik murahan. Maruah UMNO-BN berada ditahap terendah dalam sejarah negara.

Mana mampu BN menyaingi PR walaupun dibantu oleh SPRM, Mahkamah, Polis dan pegawai kerajaan. Kerana suara rakyat adalah suara keramat.

No comments:

Post a Comment