20091222

Gabungan PR Johor Dan NGO Untuk Membasmi Ketirisan Dan Kejahatan

Hari ini Angakatan Muda Keadilan Johor, PKR Cabang Pengerang, Biro Felda PKR Johor, Dewan Pemuda PAS Johor, ANAK** dan Seketariat Aman Palastin Johor berganding bahu dalam menyelesaikan beberapa masalah peneroka dan ketamadunan bangsa.

Disebelah pagi kami bersama-sama ke MPOB* bagi menyerahkan memorendum mengenai aduan ribuan suara Peneroka Felda yang ditipu oleh Kilang Sawit Felda mengenai hasil perahan minyak sawit.

Fakta dan bukti ketara serta jelas yang ANAK dan Biro Felda PKR kemukakan pada memorendum tersebut. Kami berharap tindakan tegas diambil oleh pihak tersebut.

Selepas sholat Zohor di Masjid Jamek Abu Bakar kami ke Balai Polis untuk membuat satu laporan Polis.

Laporan tersebut terhadap unsur sabotaj dan hasad-dengki ADUN UMNO Tenggara yang dengan sengaja membatalkan Konset Amal Aman Palastin.


** Persatuan Anak -Anak Peneroka Felda
* Malaysian Palm Oil Board

No comments:

Post a Comment