20091231

Musa Hassan, Pelakon Terbaik Negara

Buat apa lagi Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan terus bersandiwara mengenai kehilangan dua enjin jet F-5E tahun 2007.

Membodek sudah ditahap maksimum dan negara kian hancur.

Kita dimaklumkan , Jabatan Peguam Negara mengembalikan semula kertas siasatan kes berkenaan kepada Polis kerana siasatan seperti melepas batuk ditangga.

Itulah jasa Tan Sri Musa Hassan kepada negara, meranapkan harta negara dan sering berpura-pura dihadapan media. Adalah lebih baik letak jawatan jika tidak tahu buat kertas siasatan.

Jika kertas siasatan tidak tahu buat bagaimana pula ingin menangkap penjenayah. Maka kita pasti pertumbuhan ekonomi negara pada tahap negetif kerana Polis lebih berminat menjaga ceramah Pakatan Rakyat dan membiarkan UMNO-BN merompak harta rakyat.

Kita akan saksikan Kementerian Pertahanan, Polis dan Jabatan Peguam Negara meneruskan sandiwara ini.

No comments:

Post a Comment