20091224

Ayuh Y.B. Pulanglah Ke Pangkuan Johor

Pencatat teruja dengan kenyataan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa Pilihanraya Umum akan datang diutamakan calon tempatan di Kelantan.

Sudah tiba masanya seperti Y.B Salahuddin Ayub, Y.B Amiruddin Shaari, Y.B Yakob Sapari, Y.B Dato' Kamarul Bahrin dan lainnya kembali kebumi kelahiran dan bersama Tawan Johor.

Anda adalah Pewira Harapan Johor.

Setelah beberapa kerusi DUN dirampas dari UMNO-BN, pencatat yakin 'Anak Johor' tidak perlu lagi 'malu' bertanding di Johor pada masa akan datang.

Keadaan telah berubah dimana perlu ada keberanian untuk bertanding di tanahair sendiri. Johor bukan lagi kubu kuat UMNO-BN.

Jika tiada kesanggupan, pimpinan pusat Pakatan Rakyat perlu melakuan 'pujukan mesra' agar hero-hero Johor kembali dan meranapkan UMNO-BN.

Mari bersama Dato' Seri Chua Jui Meng, Datuk Mahfuz dan Y.B Dr. Boo Ching Hau memperkasakan Patakan Rakyat Johor.

2 comments:

  1. dato' kamarul baharin asalnya dari kota, negeri 9

    ReplyDelete
  2. cabaran terhebat...mampukah mereka yg bergelar YB menang di tempat sendiri.....mahukah mereka menerima risiko......

    ReplyDelete