Daya ketahanan UMNO-BN dicatat oleh gologan pemerhati semakin longgar. Tidak mustahil jika ada rakan-rakan berkata terdapat beberapa rundingan politik memperlihatkan " pemimpin UMNO-BN ingin melarikan diri ".
Apa yang berlaku di Putrajaya bukan mainan bloggers lagi. Ia adalah realiti apabila beberapa Menteri dan Timbalan Menteri dikatakan ingin keluar dari kepongpong BN secara berani mati.
Suasana panik telah menyelubungi Pejabat Perdana Menteri apabila Pak Menteri yang ingin digantikan mengugut akan menyertai barisan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Adalah ini cerita hayalan pencatat atau realiti ?
Pergolakkan kelompok veteren UMNO seperti Tunku Razali Hamzah dan 'si-pulan' , pemimpin MCA dan PPP bersiap sedia 'menyeberang jambatan'. Malah dikatakan ada kejutan lebih besar dari itu.
Siapa sahaja boleh menafikan catatan ini. Namun kem risik Bukit Aman dan Kementah ketika ini sedang kebinggungan dengan maklumat terkini. Datuk Seri Najib Razak kian tidak karuan.
Jika rombakan pertama kabinet Najib - Muhyiddin untuk menghalang perubahan kerajaan "16 Setember", kali ini untuk apa pula. Kita berjuang dan lihat kehendak rakyat pasti termakbul.
No comments:
Post a Comment