20091225

e-mail : Ayuh Y.B. Pulanglah Ke Pangkuan Johor

From : sidiqin omar

salam perjuangan

ini antara artikel yang saya rasa boleh dijadikan pemangkin gerakan perubahan besar-besaran bagi politik di johor secara khusus dan di malaysia seara amnya.

http://www.malaysiakini.com/news/120589

mungkin hj subky memberikan "bola tanggung" - kepada ahli2 politik anak johor sendiri untuk menjawabnya. tokoh2 anak johor yang bertanding di luar dari negeri asal semenjak PRU pertama merupakan subjek yang perlu diberikan perhatian dalam artikel ini. nama seperti dato' onn jaafar, khadijah sidek dan tokoh2 politik popular terkini, seperti salahuddin ayub sengaja disentuh. itu belum lagi nama2 lain seperti ahli2 politik bukan melayu seperti yb lim kit siang, tony pua, lee boon chye etcs dan yang paling pelik - lim guan eng, anak johor, tapi jadi ketua menteri di pulau pinang!

harapan besar kepada AMK Johor - dengan mungkin mulai tahun 2010 akan ada gerakan "kesedaran politik" secara besar-besaran terutamanya kepada anak2 johor di perantauan (ahli politik dan bukan ahli politik, penggerak perubahan masyarakat, NGO, mahasiswa dll) untuk pulang dan memberikan "servis" kepada ibu pertiwi. strateginya tidak sulit - tidak perlu terus menetap di johor, tetapi keberadaan di kampung halaman secara konsisten, buah pandangan berdasarkan pengalaman, gerak kerja yang sistematik, komunikasi tanpa putus, selain keperluan yang paling sensitif, tapi agak malu untuk dimaklumkan - kewangan.

perkumpulan2 anak johor diperantauan perlu digerakkan semula, atau perlu dibina yang baru dengan semangat dan keazaman politik yang juga baru sesuai dengan tema - "harapan baru untuk malaysia" saya yakin sekiranya anjakan ini dilakukan - menyeru anak2 johor (di mana2, termasuk diluar negara) untuk pulang secara sedar mahupun secara sentimen, perubahan akan kelihatan sebelum menjelang PRU-13.

Sebabnya - "menawan johor bererti menawan malaysia!"

No comments:

Post a Comment