20090726

PENAMBAHAN AHLI BARU PKR

Kesan penghijrahan Zahid Ibrahim, kemudian Chua Jui Meng dan terbaru S Subramaniam memberi tamparan yang amat hebat kepada Umno/BN terutama Najib Tun Razak. Dalam kesebukkan Najib meraih kepercayaan rakyat, tiba-tiba pemimpin utama kaum telah keluar meninggalkan Umno/BN.

Ini satu petunjuk dimana orang BN sendiri tidak yakin dengan Umno/BN apatahlagi rakyat umum yang sudah mula terhidu bau busuknya Umno/BN.

Di Johor, Rakyat sudah mula tercari-cari Borang untuk menjadi ahli PKR. Dimana-mana sahaja saya pergi, orang ramai menghampiri untuk mendapatkan borang. Teman-teman dari segenap Cabang & Ranting juga memaklumkan perkara yang sama. Saya yakin dan percaya, diatas niat jujur dan keikhlasan semua untuk menyertai PKR akan mampu mengubah senario politik Negeri Johor. Maka akan jadi benarlah yang dikatakan "Najib merupakan PM yang terakhir dari BN".

No comments:

Post a Comment