20090718

18hb Julai 2009

8.00 am

Jam 10.00 malam tadi, PKR Johor atas nama Pakatan Rakyat telah menganjurkan satu perhimpunan aman yang dihadiri lebihkurang 200 orang bagi memperingati pemergian perjuang Pakatan Rakyat Teoh Beng Hock Setiausaha kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor yang mati di Bangunan Plaza Masalam selepas memberi keterangan kepada SPRM.

Dalam perhimpunan tersebut, keseluruhan yang hadir melahirkan rasa kesedihan dan kekesalan dengan apa yang berlaku. Cara dan tempat kematian tersebut tidak dapat diterima oleh umum. SPRM mesti bertanggung jawab sepenuhnya. Pihak polis mestilah menyiasat perkara ini dengan telus dan adil. Mahkamah mesti menjatuhkan hukuman dengan adil. Kejadian tesebut berlaku dirumah SPRM, mana mungkin pihak lain yang dipersalahkan!!!!

AMK Johor mendesak dan menuntut :
  1. Sebagai rakyat Malaysia yang merdeka, simati dan keluarga simati mesti mendapat pembelaan yang sewajarnya dengan adil dan telus
  2. Pihak Polis mesti menyiasat dengan terperinci punca kematian Teoh Beng Hock tanpa dipengaruhi mana-mana pihak
  3. Tubuhkan Suruhanjaya Siasatan yang bebas bagi menyiasat punca kematian
  4. Tindakan tegas mesti diambil kapada pesalah yang melakukannya.

Kepercayaan rakyat terhadap agensi kerajaan dan pemimpin Umno/BN semakin terhapus. Kebimbangan juga wujud dan dikhuatiri lebih ramai lagi akan menjadi mangsa.

Turut hadir YB William Leong MPP Keadilan, Pemimpin PAS dan DAP juga turut diberikan penghormatan berucap pada malam itu. Diakhir himpunan semua melaungkan "Siasat!!!, Siasat!!!, Siasat!!! bagi memberi desakan kepad pihak yang berwajib.

No comments:

Post a Comment