20090716

16 Julai 2009

2.00 pm

Jam 10.00 pagi tadi, saya bersama Sdr Khairul Faizi ( Ketua Dewan Pemuda Pas Johor ), Sdr Suhaizan Kayat, Mazlan Aliman dan 20 rakan-rakan dari Pakatan Rakyat membuat laporan polis di Balai Polis Central JB.

Aduan dibuat terhadap Tun Dr Mahadir Muhamad, Tun Abdullah Ahmad Badwi, Dato` Seri Najib Tun Abdul Razak, Dato` Hishamuddin Tun Hussien dan Tan Seri Musa Mohamad kerana melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dengan tergesa-gesa tanpa mengambilkira kesan kepada pelajar dan guru.

Kami berpendapat bahawa telah berlakunya salahguna kuasa oleh mereka ini yang mengakibatkan :
  1. Kerajaan Malaysia yang diketuai oleh Tun Mahadir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badwi dan Dato` Seri Najib Tun Abdul Razak telah menyebabkan kerugian duit rakyat sebanyak RM 3.4 bilion dari tahun 2003 hingga tahun 2008 kerana membuat keputusan yang salah melaksanakan dasar PPSMI
  2. Kerajaan Malaysia telah melanggar syeksen 17(1) Akta 550 Akta Pendidikan 1996 dan Artikel152(1) dan 152(6) Perlembagaan Persekutuan
  3. Tun Dr Mahadir Muhamad telah melaksanakan dasar ini secara tergesa-gesa tanpa kajian yang mendalam

Dasar yang salah ini telah menyebabkan para pelajar sekolah dan guru-guru telah menjadi mangsa. Oleh itu kami mendesak pihak polis membuat siasatan terhadap pihak yang dimaksudkan diatas

No comments:

Post a Comment