10.00 am
Kemasukkan Datuk Chua Jui Meng dalam PKR membawa impak yang besar kepada kestabilan politik negeri Johor. Ketakutan MB Datuk Ghani Othman mulai ketara apabila beliau mengeluarkan kenyataan " Kemasukkan Datuk Chua Jui Meng dalam PKR tidak membawa apa-apa kesan kepada sinario politik negeri Johor kerana PKR Johor telah lama berkubur"
AMK Johor ingin mengingatkan, pergerakan PKR di Johor sangat sulit, bagai api dalam sekam Datuk Ghani tidak nampak dan kami juga tidak mahukan Datuk Ghani nampak semua itu. Silakan tidur...
Tahukah Datuk Ghani kemasukkan ahli baru kedalam PKR,.. Kebanyakkannya dari kalangan ahli-ahli Umno, MCA, MIC dan Gerakkan selain itu golongan muda juga lebih meminati Keadilan. Jangan terperanjat kalau PRU 13 nanti Pakatan Rakyat mengambilalih kepimpinan Negara dan Johor sendiri.
Nantikan dalan waktu terdekat ini, siapa pula pemimpin Umno/BN yang akan keluar meninggalkan Datuk MB. Di Johor ramai yang akan menuruti jejak Datuk Chua Jui Meng.
Semua hal yang berlaku adalah disebabkan keangkuhan UMNO itu sendiri. Sehinggakan MCA, MIC, Gerakan dan parti-parti komponen lainnya menyampah dengan Umno. Tidak mustahil seandainya parti-parti komponen ini semuanya meninggalkan Umno. Datuk MB jangan mendabik dada dengan kuasa yang ada. Ianya bersifat sementara. Allah akan merampas kembali samada secara hormat atau jatuh dengan penuh kehinaan.
PAKATAN RAKYAT adalah KERAJAAN MENUNGGU. Sedia mengambilalih kuasa menjelang PRU 13.
No comments:
Post a Comment