20090731

PANDUAN PERHIMPUNAN AMAN MANSUHKAN ISA

Sekretariat Himpunan Aman Mansuhkan ISA mengumumkan tempat berhimpun dan pergerakkan himpuna seperti berikut :
1. Tempat berhimpun dan negeri-negeri berkaitan :
a) SOGO - Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak
b) MASJID JAMEK KUALA LUMPUR - Kelantan, Terengganu. Pahang dan Wilayah Persekutuan
c) MASJID NEGARA - Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor

* ( Peserta Himpunan Aman dikehendaki berhimpun mengikut negeri masing-masing )

2. Perarakan ke Istana Negara akan dimulakan tepat jan 2.00 PM untuk menyerahkan Deklarasi Rakyat Membantah ISA

3. Semua peserta dikehendaki mengikut arahan pihak keselamatan ( Jabatan Amal ) yang berpakaian merah

4. Peserta digalakkan masuk awal ke Bandaraya Kuala Lumpur dengan menggunakan kenderaan awam bagi mengelakkan kesesakkan.

5. Tidak dibenarkan membawa sebarang bentuk senjata atau peralatan yang merbahaya sepanjang himpunan ini.

6. Sila gunakan pakaian HITAM dan MERAH


ADUN Permatang Pasir


TERKINI : ADUN Pakatan Rakyat (PAS) bagi DUN Permatang Pasir, Pulau Pinang, Dato' Hj. Mohd. Hamdan Abd.Rahman telah kembali kerahmatullah di IJN KL pagi ini, demikian menurut sumber yang saya perolihi dari talifon dan sms seorang kenalan sebentar tadi.

Menurut sumber itu beliau telah mendapat pengesahan dari saudara terdekat almarhum dan Bendahari PAS Pusat, Dr. Hatta Ramli. Malumat itu juga telah mengesahkan bahawa sehingga berita ini diterbitkan, jenazah masih berada di IJN Kuala Lumpur.

Semuga rohnya ditempatkan ditempat yang terpuji...Al Fatihah..

No comments:

Post a Comment