20090713

13 - 07 - 2009

05.29 pm

Pilihanraya DUN manek Urai menjadi perhatian seluruh media dan rakyat kita. Dalam dan luar negeri memerhati keputusan yang bakal dicapai esok.

Kem pakatan Rakyat dan Barisan Nasional mengakui kem mereka telah berjaya melobi jiwa-jiwa di manek Urai. Yang pasti tidak akan berlaku. Jika berlaku maka itu lah sejarah baru pilihanraya di Malaysia.

Jika BN menang, mereka telah memperdayakan pengundi disana. Pelbagai habuan, janji, tomahan dan kerjakeji telah dilaksanakan. Mungkin tidak mustahil. Tan Sri Muhyiddin telah menghalalkan apa yang Islam haramkan. Adakah beliau lebih keji dari Datuk Seri Najib Razak, penilaiannya selepas 14 julai 2009.

Jika Pakatan Rakyat-PAS menang maka rekod pertama Muhyiddin dimulakan dengan bauan tembelang. Hampir 100% menteri BN turun kemanik urai dengan 'poket kembung'. petugas dan ahli Umno disebut-sebut tak menang tangan meraih saguhati dari Putrajaya.

Penialaian dan pandangan saya, jika Pakatan Rakyat-PAS kalah , kami tetap juara tanpa 'mencuri timbangan'. Dan menang undi masih ditahap kegusaran.

1 comment:

  1. Salam Perjuangan,

    AMK MUAR mengucapkan semoga berjaya di dalam PRK Manek Urai. Semoga kita akan terus beroleh kejayaan. Perjuangan demi rakyat akan tetap diteruskan walau di dalam keadaan susah dan senang.

    AMK MUAR juga mengambil kesempatan ini untuk menzahirkan penghargaan kepada pimpinan AMK JOHOR yang telah berjaya menubuhkan Biro Guaman. AMK MUAR merasakan dengan penubuhan biro ini akan dapat memberikan maklumat serta pandangan berkaitan perundangan kepada seluruh AMK Cabang-cabang di negeri Johor ini.

    Juga AMK MUAR amat berharap dan berjanji akan berusaha gigih untuk memastikan JOHOR akan dimiliki PKR pada pilihanraya Umum akan datang.

    ReplyDelete