20090728

EZAM DI JOHOR

Ezam Mohd Nor, pendusta Sumpah Keramat khabarnya akan mengadakan siri ceramah di Pontian pada 31hb Julai 2009 ini. Ahmad Mazlan MP Pontian merasa bimbang dengan kemasukan Dato Chua Jui Meng kedalam PKR lantas meminta Ezam selaku barua Umno/BN hadir berceramah.

Dalam politik, saya adalah anak murid Ezam. Saya dibimbing agar mempunyai jiwa yang berprinsip dan jatidiri yang kuat. Tidak mudah hanyut dengan pujukan atau sogokkan. Sentiasa berpegang kepada kebenaran dan berjuang demi kebenaran. Bertindak menghapuskan kezaliman dan tegakkan keadilan. Hapuskan pemimpin-pemimpin rasuah dan korup.

Apa yang berlaku kepada Ezam? Beliau sekongkol bersama pemimpin rasuah, beliau mampu dibeli, beliau telah menafikan kebenaran dan sanggup mengubah kebatilan menjadi kebenaran. DSAI juga pernah berusaha untuk memperbetulkan Umno/BN, adakah Ezam mampu?

AMKJ bersimpati terhadap Ezam, Tinggalkanlah Umno/BN. Imbuhan yang diterima tiada nilainya disisi Allah. Janganlah menggadaikan diri sendiri. Sdr tetap akan dipergunakan oleh Umno/BN. Saya bimbang Sdr akan menjadi lebih hanyut dan jauh tersesat. Kembalilah...

Saya bersama AMKJ akan hadir dalam ceramah Sdr nanti. Silaturahil tetap terjalin. Kita akan bertemu disana.

No comments:

Post a Comment