20090703

03 - 07 - 2009

5.15 pm

Saya tidak kaget dengan perkhabaran Sdr. Norazan Abdullah, calon bacul yang 'lesap' dihari penamaan calon PRU-12 yang lepas. Dikhabarkan beliau telah merunggut kerana tidak mendapat habuan penuh dari jumlah yang dijanjikan.

Itu bukan persoalan saya. Norazan berhak menuntuk haknya, 'budak mentah' sewajarnya menerima hukuman dari sikap tamak beliau.

Jika pertuduhan itu mempunyai bukti sahih, adakah pihak yang mengalas undang-undang negara berlaku berlaku adil. Persoalan yang perlu rakyat marhaen nilai dan menolak Barisan Nasional. Mampukan Mahkamah berlaku adil, SPRM menahan penjenayah negara dan Polis memenjarakan pemimpin BN ?

Bila kita terbayang muka Ketua Polis Negara, saya yakin semua rakyat Malaysia sudah tahu jawapannya. Demi pangkat dan jawatan, belaiu 'berkokok' ke hulu kehilir. Hasilnya harta negara musah diselewengkan.

Siapa lagi yang hendak diharapkan di negara ini ?. Untuk Pilihanraya Kecil Manek Urai, saya yakin satu lagi tamparan maut buat Najib Bin Razak. Muhyiddin Yassin bakal menerima penendang pertama dari pengundi Manek Urai. Ayuh bersama-sama galas tanggungjawab membasmi penjenayah negara.

No comments:

Post a Comment