9.10 am
Pilihanraya Kecil MU baru saja selesai. Pas menang kecil, Umno tetap kalah. Tahniah kepada Pas dan Pakatan Rakyat. Takziah juga buat Umno.
Sebelun pilihanraya Kecil MU, Umno telah menabur janji dan habuan kepada rakyat MU. begitujuga 11 habuan untuk rakyat sempena 100 hari memegang jawatan sebagai PM. Tapi apa yang berlaku dengan kenaikkan harga tambang perkhidmatan awam??
AMK Johor berpandangan, tindakan Najib tidak bijak. Sepatutnya Rakyat diutamakan. Apa salahnya dinaikkan subsidi minyak kepada pengusaha perkhidmatan awam atau pun TURUNkan harga minyak, itu pasti menjadi harapan rakyat.
Perkhidmatan pengangkutan awam masih berada ditakuk lama. Dari dulu hingga kini masih sama. PENGGUNA perkhidmatan awam adalah golongan bawahan dan miskin. Kenaikkan tambang akan lebih membebankan mereka. Slogan "Rakyat Diutamakan" hanya tipudaya Najib
Najib telah mengalu-alukan pembentangan kain kafan untuk Umno/BN. AMK Johor bersedia untuk menguruskan bangkai Umno/BN. Tidak perlu dimandikan, tidak perlu dikafankan, tidak perlu di solatkan dan tidak perlu dikebumikan. Hanya Talkinkan sahaja... Tanpa Kubur
8.00 am
Teoh Beng Hock Setiausaha Politik kepada Ean Yong Hian Wah Exco Selangor ditemui mati di koridor tingkat 5 bangunan Plaza Masalam yang menempatkan pejabat SPRM Selangor amat mencurigakan. Mendiang masih dalam siasatan SPRM, juga berada dipejabat SPRM.
SPRM mesti bertanggung jawab diatas kematian beliau. AMK Johor mendesak agar pihak polis melakukan siasatan dengan adil dan telus. Perkara seumpama ini mesti ditangani dengan jujur dan tegas. Kita bimbang ada unsur-unsur pembunuhan dalam kes ini atau paksaan secara kekerasan sehingga menyebabkan mangsa mati dengan cara sedemikian.
AMK Johor juga mengucapkan Takziah kepada keluarga Teoh Beng Hock dan berharap agar ahli keluarga bersabar dan tabahkan hati. Kami turut bersimpati
No comments:
Post a Comment