20090706

06 - 07 - 08

11.40 am

Semangat organisasi AMK Johor adakalanya berada ditahap terendah. Tidak dinafikan prpanganda media pro BN-Umno mempengaruhi ideologi pemikiran .

Jika apa yang ditulis oleh Utusan Malaysia itu benar, maka sepatutnya Malaysia adalah negara paling maju berbanding Amerika syarikat dan Jepun. Jika apa yang dibicarakan Buletin TV3 itu tepat maka Datuk Seri Najib Tun Razak akan sentiasa berada di Masjid dan Surau setiap kali masuk waktu Sholat.

Agak jengkel juga dibenak hati bila membaca surat khabar prima. Mereka menjalankan tugas yang diberikan dengan cukup sempurna Saya yakin rakan-rakan masih bersama AMK dan PKR, cuma berita-berita nista membuatkan rakan-rakan merasakan Pakatan Rakyat terumbang-ambing.

Tidak dinafikan penjawat AMK Johor adakala terpengaruh dengan kesibukkan mencari rezeki yang rata-rata menpunya anak yang masih kecil.

Perlunya ada organisasi di peringkat bahagian yang mantap, agar setiap agenda, aktiviti dan seminar dijayakan setidak-tidaknya mempunyai seorang wakil. Saya paham ada yang kecewa dan menyembunikan diri dari berjawatan. Malah ada yang terus ghaib, kepada semua terima kasih masih menyokong Pakatan Rakyat dan PKR.

No comments:

Post a Comment