20090731
CERAMAH ANWAR IBRAHIM
pada jam 2.00pm, - kita akan berhimpun secara aman bagi mendesak mansuhkan ISA di Kuala Lumpur. DSAI akan turut hadir bersama
Pada jam 8.00 malam - DSAI akan hadir dalan pertemuan tertutup bersama pimpinan PKR dan AMK negeri Johor.di Pejabat PKR Batu Pahat berhadapan Summit
Pada jam 10.00 malam - DSAI akan menyampaikan ceramah bersama Dato Chua Jui Meng di Markas PAS Jeram Masjid, Bakri, Muar. Dijangkakan 20 - 30 Ribu rakyat akan membanjiri perkarangan ceramah dan juga penyerahan kemasukan borang baru ahli MCA kedalam PKR.
Besar kemungkinan, pada malam tersebut, MCA johor akan lenyap daripada mukabumi dan kemasukkan besar-besar kedalam PKR.
PANDUAN PERHIMPUNAN AMAN MANSUHKAN ISA
1. Tempat berhimpun dan negeri-negeri berkaitan :
a) SOGO - Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak
b) MASJID JAMEK KUALA LUMPUR - Kelantan, Terengganu. Pahang dan Wilayah Persekutuan
c) MASJID NEGARA - Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor
* ( Peserta Himpunan Aman dikehendaki berhimpun mengikut negeri masing-masing )
2. Perarakan ke Istana Negara akan dimulakan tepat jan 2.00 PM untuk menyerahkan Deklarasi Rakyat Membantah ISA
3. Semua peserta dikehendaki mengikut arahan pihak keselamatan ( Jabatan Amal ) yang berpakaian merah
4. Peserta digalakkan masuk awal ke Bandaraya Kuala Lumpur dengan menggunakan kenderaan awam bagi mengelakkan kesesakkan.
5. Tidak dibenarkan membawa sebarang bentuk senjata atau peralatan yang merbahaya sepanjang himpunan ini.
6. Sila gunakan pakaian HITAM dan MERAH
ADUN Permatang Pasir
TERKINI : ADUN Pakatan Rakyat (PAS) bagi DUN Permatang Pasir, Pulau Pinang, Dato' Hj. Mohd. Hamdan Abd.Rahman telah kembali kerahmatullah di IJN KL pagi ini, demikian menurut sumber yang saya perolihi dari talifon dan sms seorang kenalan sebentar tadi.
Menurut sumber itu beliau telah mendapat pengesahan dari saudara terdekat almarhum dan Bendahari PAS Pusat, Dr. Hatta Ramli. Malumat itu juga telah mengesahkan bahawa sehingga berita ini diterbitkan, jenazah masih berada di IJN Kuala Lumpur.
Semuga rohnya ditempatkan ditempat yang terpuji...Al Fatihah..
20090728
EZAM DI JOHOR
Dalam politik, saya adalah anak murid Ezam. Saya dibimbing agar mempunyai jiwa yang berprinsip dan jatidiri yang kuat. Tidak mudah hanyut dengan pujukan atau sogokkan. Sentiasa berpegang kepada kebenaran dan berjuang demi kebenaran. Bertindak menghapuskan kezaliman dan tegakkan keadilan. Hapuskan pemimpin-pemimpin rasuah dan korup.
Apa yang berlaku kepada Ezam? Beliau sekongkol bersama pemimpin rasuah, beliau mampu dibeli, beliau telah menafikan kebenaran dan sanggup mengubah kebatilan menjadi kebenaran. DSAI juga pernah berusaha untuk memperbetulkan Umno/BN, adakah Ezam mampu?
AMKJ bersimpati terhadap Ezam, Tinggalkanlah Umno/BN. Imbuhan yang diterima tiada nilainya disisi Allah. Janganlah menggadaikan diri sendiri. Sdr tetap akan dipergunakan oleh Umno/BN. Saya bimbang Sdr akan menjadi lebih hanyut dan jauh tersesat. Kembalilah...
Saya bersama AMKJ akan hadir dalam ceramah Sdr nanti. Silaturahil tetap terjalin. Kita akan bertemu disana.
H1N1 - KESEDARAN KEPADA UMUM
Imam Muhammad Abduh tidak langsung menjawab pertanyaan itu, dan dengan kecerdikannya beliau meminta mereka untuk menghadirkan dua ekor ayam jantan beserta satu ayam betina, dan dua ekor babi jantan beserta satu babi betina.
Mereka memenuhi apa yang beliau pinta. Kemudian beliau memerintahkan agar melepas dua ekor ayam jantan bersama satu ekor ayam betina dalam satu kandang. Kedua ayam jantan itu berkelahi dan saling membunuh, untuk mendapatkan ayam betina bagi dirinya sendiri, hingga salah satu darikeduanya hampir tewas. Beliau lalu memerintahkan agar mengurung kedua ayam tersebut.
Kemudian beliau memerintahkan mereka untuk melepas dua ekor babi jantan bersama dengan satu babi betina. Kali ini mereka menyaksikan keanehan. Babi jantan yang satu membantu temannya sesama jantan untuk melaksanakan hajat seksualnya, tanpa rasa cemburu, tanpa harga diri atau keinginan untuk menjaga babi betina dari temannya.
Selanjutnya beliau berkata, "Saudara-saudara, daging babi membunuh 'ghirah' orang yang memakannya. Itulah yang terjadi pada kalian.
Seorang lelaki dari kalian melihat isterinya bersama lelaki lain, dan membiarkannya tanpa rasa cemburu, dan seorang bapak di antara kalian melihat anak perempuannya bersama lelaki asing, dan kalian membiarkannya tanpa rasa cemburu, dan was-was, karena daging babi itu menularkan sifat-sifatnya pada orang yang memakannya."
Itulah hukum Allah, seperti itulah hikmah Allah. Ilmu pengetahuan modern telah mengungkapkan banyak penyakit yang disebabkan mengkonsumsi daging babi."Memakan daging babi yang terjangkiti cacing babi tidak hanya berbahaya, tetapi juga dapat menyebabkan meningkatnya kandungan kolestrol dan memperlambat proses penguraian protein dalam tubuh, yang mengakibatkan kemungkinan terserang kanker usus, iritasi kulit, eksim,dan rematik. Bukankah sudah kita ketahui, virus-virus influenza yang berbahaya hidup dan berkembang pada musim panas karena medium babi?"
Generasi babi belum terbebaskan dari cacing-cacing ini.
Penyakit lain yang disebabkan oleh daging babi banyak sekali, di antaranya:
Kolera babi. Yaitu penyakit berbahaya yang disebabkan oleh virus Keguguran nanah, yang disebabkan oleh bakteri prosillia babi.
Kulit kemerahan, yang ganas dan menahun. Yang pertama bisa menyebabkan kematian dalam beberapa kasus, dan yang kedua menyebabkan gangguan persendian.
Penyakit pengelupasan kulit. Benalu eskares, yang berbahaya bagi manusia. Fakta-fakta berikut cukup membuat seseorang untuk segera menjauhi babi.
Babi adalah hewan yang kerakusannya dalam makan tidak tertandingi hewan lain. Ia makan semua makanan di depannya. Jika perutnya telah penuh atau makanannya telah habis, ia akan memuntahkan isi perutnya dan memakannya lagi, untuk memuaskan kerakusannya.
Ia tidak akan berhenti makan,bahkan memakan muntahannya. Ia memakan semua yang bisa dimakan di hadapannya.Memakan kotoran apa pun di depannya, entah kotoran manusia, hewan atau tumbuhan, bahkan memakan kotorannya sendiri, hingga tidak ada lagi yang bisa dimakan di hadapannya.
Ia mengencingi kotoranya dan memakannya jika berada di hadapannya, kemudian memakannya kembali. Ia memakan sampah, busuk-busukan, dan kotoran hewan. Ia adalah hewan mamalia satu-satunya yang memakan tanah,memakannya dalam jumlah besar dan dalam waktu lama, jika dibiarkan.
Kulit orang yang memakan babi akan mengeluarkan bau yang tidak sedap. Penelitian ilmiah modern di dua negara Timur dan Barat, yaitu Cina dan Swedia Cina mayoritas penduduknya penyembah berhala, sedangkan Swedia mayoritas penduduknya sekular- menyatakan: daging babi merupakan penyebab utama kanker anus dan kolon.
Hasil penelitian ini dipublikasikan pada 1986, dalam Konferensi Tahunan Sedunia tentang Penyakit Alat Pencernaan, yang diadakan di Sao Paulo.
Kini kita tahu betapa besar hikmah Allah mengharamkan daging dan lemak babi.
20090727
HIMPUNAN MANSUH ISA
Sementara penyokong ISA bersama Pewaris bersama lebih 10 NGO Melayu merancang perhimpunan bertemakan "1Malaysia, Selamatkan Malaysia, Kekalkan ISA dan Pertahankan Hak Keistimewaan Orang Melayu" di tiga lokasi di tengah Kuala Lumpur sebelum bergerak ke Dataran Merdeka pada 1 tengah hari.
Mereka menggunakan pakaian putih dan dijadualkan berhimpun di Pasar Seni, Masjid Negara dan Padang Merbok, sebelah Bank Negara, sebelum menurunkan tandatangan di atas kain rentang gergasi sepanjang 200 kaki di dataran tersebut dan kemudian berarak ke Istana Negara.
20090726
PENAMBAHAN AHLI BARU PKR
Ini satu petunjuk dimana orang BN sendiri tidak yakin dengan Umno/BN apatahlagi rakyat umum yang sudah mula terhidu bau busuknya Umno/BN.
Di Johor, Rakyat sudah mula tercari-cari Borang untuk menjadi ahli PKR. Dimana-mana sahaja saya pergi, orang ramai menghampiri untuk mendapatkan borang. Teman-teman dari segenap Cabang & Ranting juga memaklumkan perkara yang sama. Saya yakin dan percaya, diatas niat jujur dan keikhlasan semua untuk menyertai PKR akan mampu mengubah senario politik Negeri Johor. Maka akan jadi benarlah yang dikatakan "Najib merupakan PM yang terakhir dari BN".
20090724
23hb Julai 2009
Keputusan Mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri Johor ( MPN ) malam tadi telah memutuskan dan bersetuju untuk membawa Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Ketua Umum PKR ke Batu Pahat dan Bakri.
Berikut adalah jadual DSAI yang telah dipersetujui bersama :
Tarikh : 1hb Ogos 2009 ( Sabtu )
7.00 Petang - Solat berjemaah di Masjid Besar Batu Pahat
Menemui dan ramah mesra bersama masyarakat setempat
8.00 Malam - Pertemuan tertutup ( di Pejabat PKR Batu Pahat )
9.00 Malam - Konvoi menuju ke Bakri
9.30 Malam - Berceramah bersama Datuk Chua Jui Meng
Tempat : Parit Baru, Bukit Naneng, Muar
12.00 Malam - Majlis tamat
Semua AMKJ mesti terlibat secara langsung. Diminta setiap Ketua AMK Cabang membawa bersama sekurang-kurangnya 10 jentera AMK bagi menjayakan program tersebut.Sila patuhi segala arahan.
Hebahan secara meluas juga perlu dilakukan bagi memastikan kehadiran dan sambutan orang ramai bakal memenuhi lokasi ceramah. Semua dijemput hadir.
20090721
21 hb Julai 2009
Kemasukkan Datuk Chua Jui Meng dalam PKR membawa impak yang besar kepada kestabilan politik negeri Johor. Ketakutan MB Datuk Ghani Othman mulai ketara apabila beliau mengeluarkan kenyataan " Kemasukkan Datuk Chua Jui Meng dalam PKR tidak membawa apa-apa kesan kepada sinario politik negeri Johor kerana PKR Johor telah lama berkubur"
AMK Johor ingin mengingatkan, pergerakan PKR di Johor sangat sulit, bagai api dalam sekam Datuk Ghani tidak nampak dan kami juga tidak mahukan Datuk Ghani nampak semua itu. Silakan tidur...
Tahukah Datuk Ghani kemasukkan ahli baru kedalam PKR,.. Kebanyakkannya dari kalangan ahli-ahli Umno, MCA, MIC dan Gerakkan selain itu golongan muda juga lebih meminati Keadilan. Jangan terperanjat kalau PRU 13 nanti Pakatan Rakyat mengambilalih kepimpinan Negara dan Johor sendiri.
Nantikan dalan waktu terdekat ini, siapa pula pemimpin Umno/BN yang akan keluar meninggalkan Datuk MB. Di Johor ramai yang akan menuruti jejak Datuk Chua Jui Meng.
Semua hal yang berlaku adalah disebabkan keangkuhan UMNO itu sendiri. Sehinggakan MCA, MIC, Gerakan dan parti-parti komponen lainnya menyampah dengan Umno. Tidak mustahil seandainya parti-parti komponen ini semuanya meninggalkan Umno. Datuk MB jangan mendabik dada dengan kuasa yang ada. Ianya bersifat sementara. Allah akan merampas kembali samada secara hormat atau jatuh dengan penuh kehinaan.
PAKATAN RAKYAT adalah KERAJAAN MENUNGGU. Sedia mengambilalih kuasa menjelang PRU 13.
20090720
20hb Julai 2009
Chua Jui Meng umum sertai PKR
Bekas menteri kesihatan, Datuk Dr Chua Jui Meng telah mengumumkan keluar dari MCA dan menyertai PKR di di majlis forum anjuran PKR di Sunway.
Sebelum ini, Chua yang juga bekas menteri naib presiden MCA muncul di majlis tersebut bersama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Chua sebelum ini mengumumkan melepaskan jawatan ketua MCA bahagian Bakri Khamis lalu.
Kira-kira 800 hadirin di majlis itu bertepuk tangan ketika Chua dan Anwar melangkah masuk ke dewan pada jam 3.30 petang.
Terdapat kain pemidang yang mengucap tahniah kepada Chua kerana menyertai PKR", yang dipegang hadirin ketika Chua berjalan masuk.
Dalam ucapannya, Chua berkata beliau telah melepaskan jawatan ketua MCA bahagian Bakri untuk menempuh perjalanan baru untuk perubahan.
Katanya, sebab beliau menyertai PKR ialah kerana sistem dua parti ini berdepan dengan ancaman dari Umno. Menurut Chua, beliau yakin telah membuat keputusan yang betul, untuk menyertai PKR, terutama dalam detik penting dalam sejarah negara.
Menurutnya, kematian Teoh Beng Hock - setiausaha politik exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah, menjadi pendorong penting baginya untuk melompat menyertai pembangkang.Mayat Teoh ditemui Khamis lalu di atas bumbung bangunan bersebelahan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Shah Alam, selepas disoal siasat semalam oleh SPRM, berhubung dakwaan salahguna wang peruntukan untuk DUN di Selangor.Chua hadir bersama bekas senator MCA, David Yeoh dan bekas ahli Parlimen Lumut. Kedua-duanya turut mengumumkan menyertai PKR.Dua hari lalu,
AMK Johor sangat mengalu-alukan dan merakamkan ucapan tahniah, kemasukan Datuk Chua Jui Meng dalam PKR. Kita juga percaya lebih ramai lagi akan menuruti jejak langkah Chua. Umno/Bn menuju kehancuran. Yang tinggal dalam Umno/Bn hanya yang korup. Negeri Johor sedang melalui era perubahan. Syabas dan Tahniah
20090718
18hb Julai 2009
Jam 10.00 malam tadi, PKR Johor atas nama Pakatan Rakyat telah menganjurkan satu perhimpunan aman yang dihadiri lebihkurang 200 orang bagi memperingati pemergian perjuang Pakatan Rakyat Teoh Beng Hock Setiausaha kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor yang mati di Bangunan Plaza Masalam selepas memberi keterangan kepada SPRM.
Dalam perhimpunan tersebut, keseluruhan yang hadir melahirkan rasa kesedihan dan kekesalan dengan apa yang berlaku. Cara dan tempat kematian tersebut tidak dapat diterima oleh umum. SPRM mesti bertanggung jawab sepenuhnya. Pihak polis mestilah menyiasat perkara ini dengan telus dan adil. Mahkamah mesti menjatuhkan hukuman dengan adil. Kejadian tesebut berlaku dirumah SPRM, mana mungkin pihak lain yang dipersalahkan!!!!
AMK Johor mendesak dan menuntut :
- Sebagai rakyat Malaysia yang merdeka, simati dan keluarga simati mesti mendapat pembelaan yang sewajarnya dengan adil dan telus
- Pihak Polis mesti menyiasat dengan terperinci punca kematian Teoh Beng Hock tanpa dipengaruhi mana-mana pihak
- Tubuhkan Suruhanjaya Siasatan yang bebas bagi menyiasat punca kematian
- Tindakan tegas mesti diambil kapada pesalah yang melakukannya.
Kepercayaan rakyat terhadap agensi kerajaan dan pemimpin Umno/BN semakin terhapus. Kebimbangan juga wujud dan dikhuatiri lebih ramai lagi akan menjadi mangsa.
Turut hadir YB William Leong MPP Keadilan, Pemimpin PAS dan DAP juga turut diberikan penghormatan berucap pada malam itu. Diakhir himpunan semua melaungkan "Siasat!!!, Siasat!!!, Siasat!!! bagi memberi desakan kepad pihak yang berwajib.
20090717
17 Julai 2009
Pilihanraya Kecil MU baru saja selesai. Pas menang kecil, Umno tetap kalah. Tahniah kepada Pas dan Pakatan Rakyat. Takziah juga buat Umno.
Sebelun pilihanraya Kecil MU, Umno telah menabur janji dan habuan kepada rakyat MU. begitujuga 11 habuan untuk rakyat sempena 100 hari memegang jawatan sebagai PM. Tapi apa yang berlaku dengan kenaikkan harga tambang perkhidmatan awam??
AMK Johor berpandangan, tindakan Najib tidak bijak. Sepatutnya Rakyat diutamakan. Apa salahnya dinaikkan subsidi minyak kepada pengusaha perkhidmatan awam atau pun TURUNkan harga minyak, itu pasti menjadi harapan rakyat.
Perkhidmatan pengangkutan awam masih berada ditakuk lama. Dari dulu hingga kini masih sama. PENGGUNA perkhidmatan awam adalah golongan bawahan dan miskin. Kenaikkan tambang akan lebih membebankan mereka. Slogan "Rakyat Diutamakan" hanya tipudaya Najib
Najib telah mengalu-alukan pembentangan kain kafan untuk Umno/BN. AMK Johor bersedia untuk menguruskan bangkai Umno/BN. Tidak perlu dimandikan, tidak perlu dikafankan, tidak perlu di solatkan dan tidak perlu dikebumikan. Hanya Talkinkan sahaja... Tanpa Kubur
8.00 am
Teoh Beng Hock Setiausaha Politik kepada Ean Yong Hian Wah Exco Selangor ditemui mati di koridor tingkat 5 bangunan Plaza Masalam yang menempatkan pejabat SPRM Selangor amat mencurigakan. Mendiang masih dalam siasatan SPRM, juga berada dipejabat SPRM.
SPRM mesti bertanggung jawab diatas kematian beliau. AMK Johor mendesak agar pihak polis melakukan siasatan dengan adil dan telus. Perkara seumpama ini mesti ditangani dengan jujur dan tegas. Kita bimbang ada unsur-unsur pembunuhan dalam kes ini atau paksaan secara kekerasan sehingga menyebabkan mangsa mati dengan cara sedemikian.
AMK Johor juga mengucapkan Takziah kepada keluarga Teoh Beng Hock dan berharap agar ahli keluarga bersabar dan tabahkan hati. Kami turut bersimpati
20090716
16 Julai 2009
Jam 10.00 pagi tadi, saya bersama Sdr Khairul Faizi ( Ketua Dewan Pemuda Pas Johor ), Sdr Suhaizan Kayat, Mazlan Aliman dan 20 rakan-rakan dari Pakatan Rakyat membuat laporan polis di Balai Polis Central JB.
Aduan dibuat terhadap Tun Dr Mahadir Muhamad, Tun Abdullah Ahmad Badwi, Dato` Seri Najib Tun Abdul Razak, Dato` Hishamuddin Tun Hussien dan Tan Seri Musa Mohamad kerana melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dengan tergesa-gesa tanpa mengambilkira kesan kepada pelajar dan guru.
Kami berpendapat bahawa telah berlakunya salahguna kuasa oleh mereka ini yang mengakibatkan :
- Kerajaan Malaysia yang diketuai oleh Tun Mahadir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badwi dan Dato` Seri Najib Tun Abdul Razak telah menyebabkan kerugian duit rakyat sebanyak RM 3.4 bilion dari tahun 2003 hingga tahun 2008 kerana membuat keputusan yang salah melaksanakan dasar PPSMI
- Kerajaan Malaysia telah melanggar syeksen 17(1) Akta 550 Akta Pendidikan 1996 dan Artikel152(1) dan 152(6) Perlembagaan Persekutuan
- Tun Dr Mahadir Muhamad telah melaksanakan dasar ini secara tergesa-gesa tanpa kajian yang mendalam
Dasar yang salah ini telah menyebabkan para pelajar sekolah dan guru-guru telah menjadi mangsa. Oleh itu kami mendesak pihak polis membuat siasatan terhadap pihak yang dimaksudkan diatas
20090715
15 Julai 2009
Hendak jual buah sawit ke kilang sawit milik FELDA dihalang, menurut mereka kami pelu ada lesen dari MPOB. Kami telah pergi ke Pejabat MPOB Kelana Jaya sebelum itu, namun tidak dapat respon sewajarnya.
Lantas kami diminta mohon di Pejabat MPOB Wilayah Johor Bahru. Mereka pergi ke Pejabat MPOB Wilayah Johor Bahru. Dimaklumkan MPOB telah menerima Notis Pekeliling mengarahkan tidak meluluskan permohonan lesen daripada peneroka samada perseorangan ataupun berkumpulan.
Umum diperkatakan , Felda menipu peneroka. Baja yang disalurkan kepada peneroka tidak berkualiti. Bole dikatakan hasil banyak, tetapi bila gaji dapat nilai yang tidak setimpal.
Bukan tomahan pertikaian kepada sistem gradding yang tidak adil. Buah sawit yang 'reject ' samada muda, mengkal, kotor, busuk, tandan panjang atau sebagainya dinilai secara rambang dan sambil lewa. Malah tidak dikembalikan kepada peneroka semula seperti prasyarat MPOB kepada kilang Felda.
Bukan rahsia Felda memproses dengan menjadikan milik mereka. Begitu juga nilai perahan minyak hanya sekitar 18%-19% sahaja. Walaupun peneroka mengawal penghasilan agar bermutu namun felda tetap dengan alasannya. Felda tidak mahu menanggung rugi, malah peneroka yang terpaksa menanggung kerugian tersebut.
Keputusan Manek Urai sudah diketahui umum.
AMK Johor mengucapkan tahniah buat 'abe Uji' yang berjaya mengekalkan kerusi tersebut untuk PAS dan Pakatan Rakyat khususnya. Sudah pasti media BN tidak henti-henti mengaku dirinya menang. Itu lumrah mereka, tidak tahu malu.
Projek 'pondok-pondok' mereka hanya berjaya mempengaruhi hanya beberapa peratus pengundi sahaja. Majoritinya agak lali dengan 'gula-gula' BN-Umno. Walaupun dengan 65 undi Abe Uji tetap juara . Tan Sri Muyiddin Yassin dan kelompok perasuah ,terpaksa ' mengigit jari ' lagi dengan pelbagai tipu helah.
Saya telah menjangkakan dan yakin sebelum ini PAS akan berjaya sebelum penamaan calon lagi , walaupun perkiraan saya BN-Umno berjaya mencuri beberapa undi atas pagar. Muhyiddin terkenal dengan kelicikkannya di Johor.
Petronas dan BN gagal menjawab kegagalan mereka menipu pembahagian royalti di Kelantan. Projek jambatan dan argomolitan adalah projek 'mee segera' mainan BN seperti pilihanraya yang lepas.
Jentera AMK Johor yang berhempas pulas di Manek Urai yang tidak menghiraukan kalah-menang harus dinobatkan sebagai 'Tentera kental Pakatan Rakyat". Tahniah kepada semua jentera Pakatan rakyat yang berjuang di Manek Urai.
BN-Umno pasti kalah dan terus kecundang dengan helah buruk mereka. Kepada Puteri Umno, saya berharap usah celupar. Pepatah ada berkata, " Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa ".
20090714
14 - 07 - 2009
Walaupun tidak seberapa, AMK Johor dikepalai oleh Wira AMK Johor, saudara Fauzi masih berkampung di Kuala Krai bersama rakan-rakan AMK Johor dan Pusat yang lain. Kelibat Fauzi yang bergerak diseluruh negara membuatkan saya adakalanya terkedu dan merasakan kehadirannya membawa motivasi yang mantap.
Banyak perkhabar mengatakan PAS bakal juara hari ini. Tidak dinafikan media utama pro BN-Umno mengatakan BN bakal membuat kejutan hari ini. Tiada siapa mahu kalah dan yang menang pasti gembira walau dengan majoriti satu undi.
Dakyah kotor BN saban hari makin ketara. Wang dijadikan ukuran untuk menang. Apa yang mendukacitakan, bilik gerakan PKR di Kuala Krai diperintah tutup oleh SPR dengan alasan PKR tidak bertanding. Adakah itu alasan kukuh ?
Bahan akedemik akan diukur keupayaan BN untuk keputusan hari ini. Tan Sri Muhyiddin kelihatan lebih rakus dari Datuk Seri Najib. Hina sungguh. Mengadaikan Agama demi kemenangan. Adakah Muhyiddin boleh mengatasi Kekuasaaan Yang Maha Esa dengan wang ringgit milik rakyat ? Mari kita saksikan.
20090713
13 - 07 - 2009
Pilihanraya DUN manek Urai menjadi perhatian seluruh media dan rakyat kita. Dalam dan luar negeri memerhati keputusan yang bakal dicapai esok.
Kem pakatan Rakyat dan Barisan Nasional mengakui kem mereka telah berjaya melobi jiwa-jiwa di manek Urai. Yang pasti tidak akan berlaku. Jika berlaku maka itu lah sejarah baru pilihanraya di Malaysia.
Jika BN menang, mereka telah memperdayakan pengundi disana. Pelbagai habuan, janji, tomahan dan kerjakeji telah dilaksanakan. Mungkin tidak mustahil. Tan Sri Muhyiddin telah menghalalkan apa yang Islam haramkan. Adakah beliau lebih keji dari Datuk Seri Najib Razak, penilaiannya selepas 14 julai 2009.
Jika Pakatan Rakyat-PAS menang maka rekod pertama Muhyiddin dimulakan dengan bauan tembelang. Hampir 100% menteri BN turun kemanik urai dengan 'poket kembung'. petugas dan ahli Umno disebut-sebut tak menang tangan meraih saguhati dari Putrajaya.
Penialaian dan pandangan saya, jika Pakatan Rakyat-PAS kalah , kami tetap juara tanpa 'mencuri timbangan'. Dan menang undi masih ditahap kegusaran.
20090709
09 - 07 - 2009
Mungkin ada yang nakal membuat kenyataan terbuka kepada media. Ianya elok untuk pulisiti bersama. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada media kerana mensensasikan pemimpin Pakatan Rakyat. Jika tidak kerana isu kandang babi ini saya alpa siapa ketua DAP Kedah. saya yakin ada pimpinan AMK juga seperti saya.
Di Pulau Pinang, terdapat sedikit pergeseran antara pakatan rakyat. Jika Allahyarham P.Ramlee pernah berkata, 'sedangkan lidah lagi tergigit...'.
Berpolitik adakalanya jawatan menjadi pertikaian. Itu lumrah, tetapi tidak segawat dalam BN-Umno sehingga ke mahkamah dan tikam-menikam antara puak. Ketika ini berbalahan setiap bahagian terutama Umno kian menjadi lali. Mungkin juga berebut menjahamkan wang rakyat.
Tahniah buat Pakatan Rakyat Pulau Pinang dan Kedah diatas persepakatan yang kian mantap.
20090708
PM Harap Felda Realisasikan Makanan Segera
Najib yang tidak beryakinan harga sawit dan getah menjamin pendapatan yang baik pada masa akan datang, berharap impian menjadi Gedung Makanan Negara dapat direalisasikan. Sebelum ini Persatuan Anak- Anak Peneroka Felda (ANAK) sering mempertikaikan pengurusan Felda kerana penyelewangan dan pengurusan 'sambil lewa'.
Menurut Najib lagi, “Setiap peneroka memiliki empat hektar tanah dan kawasan yang lapang atau kosong boleh digunakan untuk menanam tanaman bagi mendatangkan pendapatan tambahan kepada mereka.”
Sementara itu Johor Daily dimaklumkan Felda sehingga hari ini masih belum menyaman Presiden Anak iaitu Mazliman Aliman walaupun notis yang diberikan telah luput tarikh. Dalam kenyataan sebelumnya Mazlan mengalu-alukan saman itu kerana beliau mendakwa banyak bukti telah disediakan.
Setiausaha Agung ANAK, Zabidie Abas memberitahu Johor Daily bahawa ANAK hampir setiap hari menjelajah keseluruh negera bagi mendengar rintihan peneroka yang ditindas dan memberi penerangan tentang penindasan pengurusan Felda .
20090707
07 - 07 - 2009
Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) akan ditangkap ?
Tanggal 8hb Julai 2009, kira-kira jam 9.00 pagi Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dihadapkan ke Mahkamah Tinggi , atas tuduhan fitnah kes liwat konspirasi siri ke2.
Spekulasi tersebar situasi DSAI sekarang ini dalam keadaan merbahaya. Terdapat desas-desus Pperdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan memastikan DSAI disumbat ke penjara. Kalaupun tidak mahkamah membuat keputusan sedemikian, beliau akan tetap melakukan sesuatu agar DSAI disumbat kepenjara.
Lebih membimbangkan lagi, beliau sanggup dan mampu melakukan apa saja untuk memastikan DSAI terhapus dari muka bumi ini. Ingat Altanthuya.... dia bukan sekadar mati dibunuh malah diletupkan agar segala bukti terhapus. Bagaimana jika DSAI diperlakukan sedemikian?????
Bertindak sebelum terlambat... Jangan sampai kita kehilangan DSAI baru nak bangkit! Berikan sokongan dan simpati anda. Saya menyeru kepada semua, Ayuh.... kita hadirkan diri ke Mahkamah Tinggi Jalan Duta pada 8 hb Esok jam 9 pagi dengan berbaju HITAM bagi menyatakan sokongan kita terhadap DSAI.
Seperkara yang perlu diingat, AWAS.. berhati-hati terhadap provokasi. Barua/tali barut mereka juga akan ada disana. Saya bimbang, seandainya provokasi yang mereka lakukan bisa menjadikan alasan untuk menghukum dan memenjarakan DSAI. Bertindak mengikut arahan pimpinan kita sahaja.
*Orang Pekida kini telah ramai diserapkan sebagai SB - pelaku provokasi
20090706
06 - 07 - 08
Semangat organisasi AMK Johor adakalanya berada ditahap terendah. Tidak dinafikan prpanganda media pro BN-Umno mempengaruhi ideologi pemikiran .
Jika apa yang ditulis oleh Utusan Malaysia itu benar, maka sepatutnya Malaysia adalah negara paling maju berbanding Amerika syarikat dan Jepun. Jika apa yang dibicarakan Buletin TV3 itu tepat maka Datuk Seri Najib Tun Razak akan sentiasa berada di Masjid dan Surau setiap kali masuk waktu Sholat.
Agak jengkel juga dibenak hati bila membaca surat khabar prima. Mereka menjalankan tugas yang diberikan dengan cukup sempurna Saya yakin rakan-rakan masih bersama AMK dan PKR, cuma berita-berita nista membuatkan rakan-rakan merasakan Pakatan Rakyat terumbang-ambing.
Tidak dinafikan penjawat AMK Johor adakala terpengaruh dengan kesibukkan mencari rezeki yang rata-rata menpunya anak yang masih kecil.
Perlunya ada organisasi di peringkat bahagian yang mantap, agar setiap agenda, aktiviti dan seminar dijayakan setidak-tidaknya mempunyai seorang wakil. Saya paham ada yang kecewa dan menyembunikan diri dari berjawatan. Malah ada yang terus ghaib, kepada semua terima kasih masih menyokong Pakatan Rakyat dan PKR.
20090703
UNTUK TINDAKAN SAUDARA SEKELIAN
PEKELILING SETIAUSAHA MAJLIS PIMPINAN NEGERI JOHOR BIL 03/2009
TARIKH: 29 JUN 2009
NAIB PENGERUSI PIMPINAN NEGERI JOHOR
KETUA AMK JOHOR DAN TIMBALAN KETUA AMK JOHOR
KETUA WANITA JOHOR
PENGERUSI CABANG-CABANG NEGERI JOHOR
PEGAWAI KHAS MAJLIS PIMPINAN NEGERI JOHOR
Saudara,
MESYUARAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI JOHOR KALI KE-3
Menemui saudara semoga beroleh kesejahteraan dan sentiasa berada dalam semangat juang yang tinggi.
Pengerusi MPNJ telah meminta saya memaklumkan bahawa Mesyuarat MPNJ di adakan seperti berikut:-
Tarikh : 4 Julai 2009
Masa : 2.00 – 6.00 petang
Tempat: Pejabat PKR Simpang Renggam.
2. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut;
2.1. Ucapan Aluan Pengerusi
2.2.. Mengesahkan Minit Mesyuarat yang lalu
2.3. Perkara-perkara berbangkit
2.4. Laporan semasa oleh Setiausaha MPNJ
2.5. Laporan kewangan oleh Bendahari MPNJ
2.6. Laporan daripada Pengerusi-Pengerusi Cabang
2..7. hal-hal lain
Kehadiran saudara dalam mesyuarat tersebut amatlah diharapkan dan di ucapkan terima kasih.
Salam reformasi,
(SAIMAN BIN MARJUKI)
Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri Johor
S.k
1. Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Johor
03 - 07 - 2009
Siapa lagi yang hendak diharapkan di negara ini ?. Untuk Pilihanraya Kecil Manek Urai, saya yakin satu lagi tamparan maut buat Najib Bin Razak. Muhyiddin Yassin bakal menerima penendang pertama dari pengundi Manek Urai. Ayuh bersama-sama galas tanggungjawab membasmi penjenayah negara.
20090702
02 - 07 - 2009
Kini tidak kedengaran lagi kisah bantahan kandang ternakkan babi moden yang dilaksanakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor. Mungkin juga Umno Selangor sudah kehilangan suara atau mereka tahu tidandakan kurang bijak pada masa itu ditertawakan rakyat marhaen.
Selepas itu H1N1 atau selsema babi pula merebak diseluruh dunia. Malaysia tidak terkecuali, kehadiran pelancong ke Malaysia turun mendadak, syarikat penerbangan terpaksa menjual tiket dengan tambang yang sangat murah untuk menampung kos operasi.
Semalam dan hari ini riuh apabila sebuah kandang babi di Alor Setar dirobohkan oleh pihak berkuasa tempatan. Dengar khabar bukan sahaja pekerja MPAS sahaja yang merobohkan, ada pihak mendakwa Pemuda PAS dan Umno berganding bahu merobohkan kandang tersebut. Ia dikatakan salah satu punca DAP 'naik angin'.
Jika benar dakwaan Pemuda PAS dan UMNO turut berkerjasama merobohkan kandang tersebut. AMK Johor menyelar tindakan tersebut kerana ia sudah melampaui batas berpolitik. Perlunya pihak Lembaga Displin PAS mengambil tindakan yang sewajarnya. Pihak berkuasa tempatan dan PAS adalah dua entiti berbeza. Ia boleh mengeruhkan hubungan Pakatan Rakyat.