20091124

Polis Huru-Hara Kerana Takukan UMNO

Pencatat ingin berbicara dengan pembaca tentang apa yang berlaku di Batu 31, Air Manis Kulai Johor pada 22hb. November 2009. Pencatat memerlukan pandangan semua.

Pertama. Ketua Polis dan anggota keselamatan telah berada sejak jam 5.00 petang. Ceremah YB. Tian Chua dan Mazlan Aliman dibenarkan. Apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba dilokasi, tiba-tiba Ketua Polis Kulai menghalang ceramah dengan alasan tiada permit.

Kedua. Ceramah Anwar Ibrahim tidak dibenarkan sama sekali kecuali untuk meminta pengunjung untuk bersurai.

Ketiga. Polis menghalang kenderan awam parking ditanah persendirian dan menyaman kenderaan yang parking ditepi jalan.

Keempat. Polis menyelongkar kawasan persendirian dan merampas parang. Parang itu dirampas walaupun disimpan dalam keadaan selamat.

Kelima. Polis tidak memberi permit dengan alasan bantahan Pemuda UMNO dan bukannya penduduk kampung. Apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta surat bantahan dan waran Mahkamah ceroboh premis persendirian. Pihak Polis tiada dokumen tersebut.

Keenam. Pemilik tanah telah membenarkan kawasan tanah dikepung tanda kawasan persendirian. Polis telah menghalang jalan masuk dengan meletak lori dan kereta Polis.

Ketujuh. Polis membenarkan ceramah selama 1 jam 15 minit dan memberhentikannya selepas tiada kekacauan berlaku.

Kelapan. Polis membenarkan Pemuda UMNO melakukan provokasi dengan membenarkan bena berbentuk hasutan dipasang dibeberapa tempat.

Kesembilan. Polis sengaja membenarkan pasukan Pemuda UMNO datang dilokasi ceramah untuk tujuan kekacauan-provokasi. Polis membiarkan sahaja Pemuda UMNO menjerit-jerit memaki hamun kami dilokasi.

Kesepuluhan. Ketua Polis mengugut pencatat untuk mengambil tindakan keras jika meneruskan ceramah dua hari sebelum ceramah. Bukannya berunding untuk menyelasaikan masalah.

Kesebelas. Jika Anwar Ibrahim dianggap penjenayah-peliwat. Apa moral Datuk Seri Najib Razak minum dan bersembang sambil ketawa bersama Anwar Ibrahim di Parlimen. Adakah Najib juga peliwat ?

Pencatat meminta pendapat pembaca. Perlukah pencatat mengambil tindakan mahkamah atau biarkan sahaja peristiwa ini sebagai renungan.

3 comments:

  1. Salam...
    rasanya patut diambil tindakan saja. mana boleh dibiarkan anjing2 kerajaan ni bermaharajalela.

    ReplyDelete
  2. Saudara Zabidie,
    Acapkali ada program melibatkan Sdr Anwar Ibrahim di Johor, ia akan melibatkan banyak jentera polis dan FRU digunakan.
    Terutamanya dari Kulai ke JB.
    Jika di Utara johor (dari Kluang ke Muar) biasanya gangguannya kurang.

    Cadangan saya,ambil tindakan mahkamah dan nyatakan adakah PERBEZAAN cara layanan dikalangan polis.Polis Muar lebih baik dari Polis Kulai contohnya.
    Apa bezanya program di Utara Johor & di Selatan Johor?
    Kedua-duanya di premis persendirian.

    ReplyDelete