20091130

Kejayaan Mula Berputik, Ayuh Terus Menuntut Hak

Petang ini sekitar jam 3.00 petang Datuk Ahmad Maslan, Datuk Seri Abdul Ghani Othman serta Ahli Lembaga Pengarah Felda akan mengadakan 'Majlis Penyerahan Geran' kepada generasi peneroka di Felda Bukit Ramun, Kulai, Johor.

Ia merupakan kejayaan ANAK serta Biro Felda PKR menuntut hak generasi peneroka setelah sekian lama memperjuangkannya. Khabarnya ia hanya meliputi perkampungan Gugusan Taib Andak sahaja.

Pencatat berharap agar generasi peneroka di seluruh negera terus bersama ANAK dan Biro Felda PKR serta memberi tekanan kepada Felda dan kerajaan negeri-pusat agar terus memberi geran tanpa syarat.

Bukan sekadar geran yang dituntut oleh pencatat dan rakan-rakan. Hasil perahan yang dimanupulasi, pasarana serta kawalan keselamatan. Banyak janji-janji telah ditabur, ia kian berputik.

Jika sebuah perkampungan Felda di Kelantan memperolehi RM8 juta pampasan dari manupilasi perahan sawit. Perkampungan lain perlu menuntuk hak mereka. Usah lena dengan 'gula-gula getah'.

Tanggal 5 dan 6 Disember 2009, Biro Felda PKR Johor akan menjelajah dibeberapa perkampungan Felda bagi merealisasikan hak peneroka dan generasi peneroka.

Biro Felda PKR Johor dan ANAK akan meneruskan usaha bertali-arus sehingga seluruh peneroka serta generasi memperolehi hak mereka. Syabas kepada semua yang berganding bahu.

No comments:

Post a Comment