Sehingga catatan ini ditaip jentera PKR Johor dengan penuh semangat berganding bahu bagi menjayakan Program Tawan Johor Siri Ke-2 pada 22hb. November 2009.
AMK Johor akan melancarkan ketumbuhan pasukan baru dimajlis itu nanti. Ianya telah dirancang sejak beberapa bulan lepas.
Dalam kesibukkan pencatat dalam tugasan saban hari, kekadang pencatat menoleh sebentar koran dan blog pro 1Malaysia. Bertali-arus menyerang Pakatan Rakyat dengan dakyah keterlaluan.
Isu yang dibicarakan kewarasan menyertai PKR, keutuhan PKR dan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang setiap detik dicemuh difitnah. Malah dari bekas ahli PKR juga tumpang semangkuk.
Pencatat mengimbas kembali zaman perjuangan para Rasul S.A.W, Nabi A.S , Sahabat R.A dan pejuang tulen. Mereka kendung perjuangan dengan kudrat individu, berpasukan dan keyakinan tanpa henti sehingga akhir hayat.
Tiada pertikaian kelompok yang sedikit dan ahli kelompok yang berpaling tadah menjadi munafik. Keyakinan kepada Allah menjadi tunjang perjuangan.
Golongan munafik ada dimana-mana, biarkan mereka bersandiwara dan menipu diri sendiri.
Pencatat mengingatkan diri sendiri dan kelompok pejuang Agama, bangsa dan negara. Usaha yang murni tersedia kecemerlangan. Geharu-cendana menjadi harum dan bernilai selepas ditebang pohonnya.
Bunga Ros wangi semasa hayatnya sahaja, selepas gugur tiada nilai. Pilih cabaran hidup diantara mahu menjadi si- ros, si-geharu-cendana atau politikus si-katak lompat.
No comments:
Post a Comment