20091115

Dimensi Perjuangan Biro Felda PKR

Kelmarin pencatat berada di Temerloh bagi menghadiri Mesyuarat Ke-2 untuk menjayakan Konvensyen Biro Felda Peringkat Kebangsaan yang bakal diadakan di Jerantut, Pahang pada 20 Febuari 2010.

Rakan Biro Felda & Hal Ehwal Anak Asal PKR telah memutuskan beberapa isu utama termasuk lokasi, kehadiran, sebaran dan pelbagai keperluan.

Peneraju utama, Hj Suhaimi Said yang juga Pengerusi majlis tersebut berkeyakinan ianya bakal menghasilkan sautu dimensi baru kepada warga Felda kelak.

Pencatat ingin mengimbas perjungan Tun Abdul razak bersama pimpinan melayu terdahulu yang menubuhkan Felda demi menjaga bumi pertiwi dari ketinggalan dalam sektor pertanian dan kemantapan ekonomi.

Pokok Sawit dan getah telah membuahkan hasil yang lumayan kepada pekebun. Tetapi bukan kepada peneroka Felda. Ia berlaku kerana pengurusan Felda dengan sengaja mengaut keuntungan diluar batasan.

Sewajarnya Felda sudah mempunyai Universiti atau Institut Pengajian sendiri bagi mendidik lebih sejuta ahli keluarga peneroka. Apa yang berlaku, puluhan anak syarikat ditubuhkan dan sebahagian besarnya mengecewakan.

112,000 peneroka Felda kini didalam delima kerana tindakan pengurusan Felda kian keterlaluan dalam apa juga tindakan. Ketirisan berleluasa.

Sesiapa juga boleh mempertikaikan ANAK dan Biro Felda PKR, hakikatnya Konvensyen itu nanti akan menghuraikan semua penipuan terancang Felda dan Kerajaan BN-UMNO.

No comments:

Post a Comment