20091130

Kejayaan Mula Berputik, Ayuh Terus Menuntut Hak

Petang ini sekitar jam 3.00 petang Datuk Ahmad Maslan, Datuk Seri Abdul Ghani Othman serta Ahli Lembaga Pengarah Felda akan mengadakan 'Majlis Penyerahan Geran' kepada generasi peneroka di Felda Bukit Ramun, Kulai, Johor.

Ia merupakan kejayaan ANAK serta Biro Felda PKR menuntut hak generasi peneroka setelah sekian lama memperjuangkannya. Khabarnya ia hanya meliputi perkampungan Gugusan Taib Andak sahaja.

Pencatat berharap agar generasi peneroka di seluruh negera terus bersama ANAK dan Biro Felda PKR serta memberi tekanan kepada Felda dan kerajaan negeri-pusat agar terus memberi geran tanpa syarat.

Bukan sekadar geran yang dituntut oleh pencatat dan rakan-rakan. Hasil perahan yang dimanupulasi, pasarana serta kawalan keselamatan. Banyak janji-janji telah ditabur, ia kian berputik.

Jika sebuah perkampungan Felda di Kelantan memperolehi RM8 juta pampasan dari manupilasi perahan sawit. Perkampungan lain perlu menuntuk hak mereka. Usah lena dengan 'gula-gula getah'.

Tanggal 5 dan 6 Disember 2009, Biro Felda PKR Johor akan menjelajah dibeberapa perkampungan Felda bagi merealisasikan hak peneroka dan generasi peneroka.

Biro Felda PKR Johor dan ANAK akan meneruskan usaha bertali-arus sehingga seluruh peneroka serta generasi memperolehi hak mereka. Syabas kepada semua yang berganding bahu.

20091129

Muhyiddin Yassin Setaraf Dengan Chin Peng

Pencatat hairan menapa Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Editor Utusan Malaysia masih berminat memainkan isu Chin Peng lagi baru-baru ini.

Apa yang menjadi tarikan politik dengan mengimbas kembali isu basi itu. Jika tiada kemaafan mengapa diungkit-ungkit lagi. Ia bakal mengundang permusuhan kaum jika gagal dibicarakan.

Jika ingin bicara mengenai Chin Peng yang menghianati negara. Pencatat dan rakyat Johor juga tidak boleh maafkan penghianatan Muhyiddin terhadap Johor Corporation.

Johor Corporation dipulihkan dan menjadi syarikat gergasi, ahli lembaga Johor Corpration telah mengharamkan segala projek dan pentadbiran disentuh oleh UMNO-BN Johor. Hasilnya Johor Corporation terlalu megah dan mantap.

Kulim (M) berhad, KFC Holding, Metro Parking Bhd. , Duraclean Sdn Bhd, Harta Consult Sdn Bhd, Johor Land Bhd. , Kumpulan Perubatan Johor (KPJ) dan ratusan anak syrikat Johor Corporation telah tidak memaafkan Muhyiddin diatas penghianatannya semasa menjadi nadi Johor.

Sehingga kini UMNO-BN diharamkan 'menjejak kaki' di Johor Corporation kecuali Datuk Seri Abdul Ghani Othman yang terpaksa 'makan gaji buta' sebagai pelengkap pengerusi mesyuarat tahunan sahaja.

Kini Muhyiddin dengan sengaja memainkan isu Chin Peng agar semua lupa penghianatan Muhyiddin terhadap rakyat Johor yang telah rugi berbillion ringgit itu dilupakan.

Pencatat diberitahu, pendokong UMNO-BN Johor masih membenci Muhyiddin kerana peristiwa keruntuhan Johor Corporation. Harta rakyat Johor ditiris, diselewengkan dan jahamankan dengan sengaja.

Malah semasa pemilihan Agong UMNO yang lepas, majoriti wakil-wakil UMNO Johor tidak mengundi Muhyiddin. Dendam yang diketahui umum.

Realitinya, tiada seorang pun pendokong UMNO-BN mendapat projek walaupun satu sen dari Johor Corporation atas logo parti. UMNO-BN dicop sebagai parti penghianat oleh Johor Corporation, syarikat yang bernilai trillion ringgit itu.

Jelas dan diketahui Muhyiddin Yassin adalah penghianat parti dan anak bangsa negeri sendiri. Isu Chin Peng dimain-ulang adalah kerana takut bayang-bayang penghianatan yang telah dilakukannya.

BTN : Pemansuahan Atau Perubahan Total

Pencatat tidak setuju kursus Biro Tata Negara dimansuhkan di Selangor sahaja. Ia sepatutnya dimansuhkan terus diseluruh negara.

Bagi mereka yang pernah menghadiri atau pernah terlibat kursus itu mengetahui apa isi-kandung kursus tersebut. Ia lebih menjurus kepada parti UMNO. Kearah motivasi kenegaraan adalah wayang semata-mata.

Jelas pengisiannya menuntut agar peserta meyakini parti UMNO-BN sebenar-benar wadah kejayaaan negara. Ia bertujuan menghalalkan pemimpin UMNO-BN terus merampas harta serta hak rakyat.

Sudah sampai ketika Biro Tata Negara dimansuhkan atau jika dirombak perlu kepada kelompok professional yang benar-benar jujur tanpa melibatkan kepartian.

Catatan Eidul Adha Dan Ibadah Qurban

Sejarah silam yang menceritakan peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim A.S terhadap Nabi Ismail A.S bukannya legenda mitos. Ia adalah peristiwa kebanggaan Allah S.W.T disaksikan oleh para malaikat.

Sebelumnya Nabi Ibrahim A.S adalah seorang nabi yang terkenal dengan sikap suka mengorbankan haiwan ternakan serta mengagihkannya bagi menunaikan hak masyarakat sekeliling.

Apabila baginda telah bernazar untuk mengorbankan anaknya setelah sekian lama tidak mendapat zuriat. Pabila mendapat zuriat dan sampai ketikanya Ismail A.S berusia kanak-kanak maka mimpi tuntutan nazarnya diwahyukan.

Kibas (kambing) digantikan semasa penyembelihan kali ketiga setelah mata pisau gagal menebusi leher Ismail A.S.

Iltizam qurban Ibrahim terhadap Ismail A.S menjadi sunnah sehingga hari ini demi memertabatkan kesucian Islam dan menunaikan hak seagama yang memerlukan bantuan selain zakat, sedekah dan hadiah.

Sudah sampai ketikanya 'Dacing dan Keris' diqurbankan demi memertabatkan bangsa dan negara. Seruan Allah dan Rasul agar memerangi golongan munafik, fasik serta ingkar bukannya sekadar kalimah sahaja.

Sebagai pejuang keadilan, perlunya kita korbankan parti yang telah menyelewang terhadap bangsa dan tanahair. Usah bersetongkal dengan penghianat negara.

20091128

JERIT JOHOR

Salam perjuangan.

Saudara dan Saudari dijemput hadir ke program ini.Tayangan Video "Kayuh"(Pemenang Video Hak Asasi Terbaik 2009 Freedom Film Festival 2009 anjuran KOMAS) dan pelancaran JERIT peringkat negeri Johor.

1 - Pejabat SUARAM Johor BahruJumaat - 4 Disember 2009 - 8.30 pm
2 - Pusat Aduan Rakyat Zon KempasSabtu - 5 Disember 2009 - 2.00 pm(Pelancaran JERIT peringkat negeri Johor)
3 - Pejabat Parti Keadilan Rakyat Cabang Simpang RenggamSabtu - 5 Disember 2009 - 8.30 pm
4 - Pejabat Parti Keadilan Rakyat Cabang KluangAhad - 6 Disember 2009 -2.00 pm

Untuk maklumat lanjut sila hubungi;

SIDIQIN OMAR : 013-7056243
FANG PEI FEN : 016-7782707

Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT)No. 8A, Jalan Ronggeng 11,Taman Skudai Baru,81300 Skudai, Johor Bahru,Johor Darul Takzim
Tel / Fax: +607-5581098

www.jerit.orgjeritjohor@yahoo.com
http://jeritjohor.blogspot.com/

20091126

Ketua Polis Kulaijaya Kalam - Kabut Dan Melindungi UMNO

JOHOR BAHARU: Polis hari ini menafikan ia membatalkan ceramah yang dihadiri Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kulai dua hari lepas adalah kerana desakan Umno.

Ketua Polis Daerah Kulaijaya Supt Zulkefly Yahya berkata pembatalan ceramah itu dilakukan kerana polis tidak meluluskan permit dan bukannya polis mengikut telunjuk Umno seperti yang didakwa oleh Anwar.

"Saya sebagai Ketua Polis Daerah tidak pernah meluluskan permit dan saya telah menasihatkan penganjur supaya tidak mengadakan ceramah namun penganjur meneruskan juga," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Zulkefly berkata permit ceramah itu tidak dikeluarkan disebabkan faktor keselamatan dan ketenteraman awam selain bagi mengelak penyebaran fitnah oleh pihak tertentu yang boleh mengelirukan pendengar.

Aktikel diatas sebahagian petikan dari berita Utusan Malaysia semalam, Rabu.

Pencatat menganggap jika benar Zulkefly berkata demikian ia adalah penipuan serius oleh pihak Polis. Tidak sepatutnya seorang ketua Balai Polis mengelirukan umum.

Dengan jelas dihadapan pencatat, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ribuan pengunjung dan peguam , Zulkefly menyatakan ceramah tersebut dibatalkan disebabkan bantahan dari penduduk tempatan.

Pencatat diberitahu pula ketika berada di Balai Polis Kulaijaya ceramah dibatalkan kerana bantahan Pemuda UMNO Kulai bukannya penduduk tempatan. Ia memperlihatkan tiga kenyataan berbeza.

Pencatat yakin ia adalah agenda politik UMNO bukannya faktor keselamatan dan hasutan-fitnah. Jika benar Anwar Ibrahim memfitnah dan menghasut rakyat.

Pencatat mencabar Zulkefly menfailkan dakwaan dimahkamah terhadap Anwar Ibrahim diatas kuasanya sebagai Ketua Polis Daerah. Jelas, jika tiada kertas siasatan dan pendakwaan, Zulkefly adalah pegawai Polis yang memfitnah kami dan berniat jahat.

Ceramah Anwar Ibrahim yang lepas di Taman Umniversiti, Parit Raja, Sekijang dan lain-lain tiada unsur fitnah, tiada kekacauan dan pergaduhan. Jelas Zulkefly dibayangi UMNO dalam tindakannya.

20091124

Memorendum Kearah Masadepan Genarasi Felda

Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan ( ANAK ) berhajat menemui Menteri Besar Johor, Datuk Seri Abdul Ghani Othman sekitar jam 11.00 semalam bagi menyerahkan memorendum mengenai masadepan anak-anak peneroka Felda.

Pencatat hadir bagi mewakili selaku Pengerusi Biro Felda dan Hal Ehwal Anak Asal PKR Johor(BFHAAPKRJ) dan Setiausaha kehormat ANAK.

Nanum kami disambut oleh YB Datuk Ahmad Zahri Bin Jamil, Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerjaraya dan Kemudahan Awam dan Setiausaha Politik Menteri Besar, Dr. Gunawan Mahmud .

Rombongan kami diserta oleh beberapa pimpinan BFHAAPKRJ dan ANAK bagi menjatakan keprihatinan terhadap masadepan , penempatan, kes jenayah dan perkembangan sasiah dikawasan tersebut.


Apa yang menjadi agenda utama kepada memorendum tersebut ialah banyak kawasan-tanah Felda masih terbiar dan kadar jenayah kian meningkat.


Fokus kami kepada mendirikan perumahan kampung tersusun atau perumahan apertmen dan penambahan kawalan keselamatan diperkampungan Felda.

Polis Huru-Hara Kerana Takukan UMNO

Pencatat ingin berbicara dengan pembaca tentang apa yang berlaku di Batu 31, Air Manis Kulai Johor pada 22hb. November 2009. Pencatat memerlukan pandangan semua.

Pertama. Ketua Polis dan anggota keselamatan telah berada sejak jam 5.00 petang. Ceremah YB. Tian Chua dan Mazlan Aliman dibenarkan. Apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba dilokasi, tiba-tiba Ketua Polis Kulai menghalang ceramah dengan alasan tiada permit.

Kedua. Ceramah Anwar Ibrahim tidak dibenarkan sama sekali kecuali untuk meminta pengunjung untuk bersurai.

Ketiga. Polis menghalang kenderan awam parking ditanah persendirian dan menyaman kenderaan yang parking ditepi jalan.

Keempat. Polis menyelongkar kawasan persendirian dan merampas parang. Parang itu dirampas walaupun disimpan dalam keadaan selamat.

Kelima. Polis tidak memberi permit dengan alasan bantahan Pemuda UMNO dan bukannya penduduk kampung. Apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta surat bantahan dan waran Mahkamah ceroboh premis persendirian. Pihak Polis tiada dokumen tersebut.

Keenam. Pemilik tanah telah membenarkan kawasan tanah dikepung tanda kawasan persendirian. Polis telah menghalang jalan masuk dengan meletak lori dan kereta Polis.

Ketujuh. Polis membenarkan ceramah selama 1 jam 15 minit dan memberhentikannya selepas tiada kekacauan berlaku.

Kelapan. Polis membenarkan Pemuda UMNO melakukan provokasi dengan membenarkan bena berbentuk hasutan dipasang dibeberapa tempat.

Kesembilan. Polis sengaja membenarkan pasukan Pemuda UMNO datang dilokasi ceramah untuk tujuan kekacauan-provokasi. Polis membiarkan sahaja Pemuda UMNO menjerit-jerit memaki hamun kami dilokasi.

Kesepuluhan. Ketua Polis mengugut pencatat untuk mengambil tindakan keras jika meneruskan ceramah dua hari sebelum ceramah. Bukannya berunding untuk menyelasaikan masalah.

Kesebelas. Jika Anwar Ibrahim dianggap penjenayah-peliwat. Apa moral Datuk Seri Najib Razak minum dan bersembang sambil ketawa bersama Anwar Ibrahim di Parlimen. Adakah Najib juga peliwat ?

Pencatat meminta pendapat pembaca. Perlukah pencatat mengambil tindakan mahkamah atau biarkan sahaja peristiwa ini sebagai renungan.

20091123

Bersama Doakan Kesejahteraan YB Datuk Osman Sapian

Pencatat mendengar perkhabaran dukacita. Kelmarin ADUN Kempas, YB. Datuk Osman Sapian dimasukkan ke Institut Jantung Negara.

Ia disebabkan belaiu diserang stroke pada jantung. Pencatat mendoakan agar beliau cepat sembut dan kembali bertugas dengan penuh tanggungjawab.

Kepada rakan-rakan, panjatkan doa dan sampaikan kata semangat kepada beliau dan ahli keluarganya agar beliau cepat sembuh.

UMNO Gunakan Polis Kerana Bacul Berpolitik

Syukur kehadrat Ilahi, terima kasih kepada seluruh jentera AMK-PKR kerana menjayakan Program Tawan Johor siri ke-2. Kehadiran sekitar 10,000 orang menaikkan jatidiri pencatat.

Sambutan hangat memberi petanda jelas bahawa BN-UMNO kian hampir ke tiang lahat. Alasan permit tidak diluluskan memperlihatkan UMNO telah hilang arah dan pengaruh.

Agenda UMNO mengunakan pasukan Polis, FRU, Polis Trafik, Pasukan Gerakan Am (PGA), persatuan belia dan Pemuda UMNO Kulai untuk mengagalkan program tersebut kelmarin adalah tindakan bacul.

Sampai bila UMNO-BN mahu bertarung secara bacul dengan Pakatan Rakyat ?. Jawapannya mereka telah tersungkur sebelum hari penamaan calon pilihanraya.

Pencatat menyeru semua jentera AMK-PKR teruskan gempur setiap inci bumi Johor. Usah terpedaya ugutan Polis. Demi mencari rezeki halal, Polis terpaksa menurut arahan durjana UMNO-BN.

Kepada jentera AMK-PKR yang adakalanya rasa terpinggir dan terluka. Demi menyelamatkan harta dan maruah anak-bangsa, kuatkan tekad ayuh bersama kebumikan bangkai UMNO-BN yang semerbak bau busuknya.

20091121

Polis Tetap Menjadi Senjata Utama UMNO-BN

Sebentar tadi Pencatat bersama rakan ke Balai Polis Kulai. Nadanya tetap sama seperti dahulu.

Pertama. Jika meneruskan program, Polis akan mengambil tindakan yang keras.

Kedua. Permit akan diluluskan jika dibuat di Hotel atau dalam bangunan.

Ketiga. Mengugut pencatat untuk ditahan didalam lokap dan didakwa jika meneruskan program ceramah.

Keempat. Walaupun tempat persendirian atau kawasan umum, permit ceramah tetap tidak dibenarkan.

Inilah ketakutan UMNO-BN terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan mengunakan Polis untuk menjayakan misi meraka kekal menjajah Johor.

Walaupun apa juga berlaku, pencatat menyeru jentera AMK-PKR Johor usah tergugat untuk meneruskan usah menjadikan Johor negeri sebenar-benar merdeka.

Bapak UMNO Burik , Pemuda UMNO Rintik

Pencatat agak marah pagi ini. Bukan kepada Pemuda UMNO Kulai yang menanggalkan bena-sepanduk-poster yang telah jentera AMK-PKR pasang untuk program Datuk Seri Anwar Ibrahim Ahad ini.

Pencatat jengkel kerana dijiwa pemimpin melayu UMNO masih ada sikap hasad-dengki. Bapak burik anak rintik, itulah ungkapan pencatat.

Mereka mengantikan sepanduk program ceramah itu dengan 'poster Anwar Penghianat'. Sudah tentu ayat itu sumbernya dari Tan Sri Muhyiddin Yassin. Insan keji dari Bumi Johor.

Pencatat mengingatkan seluruh jentera AMK-PKR Johor usah beremosi dengan provokasi jahat Pemuda UMNO Kulai. Mereka hanya menurut perintah dan Polis menghalalkan kerja mereka.

Kuatkan iltizam untuk Tawan Johor. Sudah sampai ketikanya anak melayu, cina dan india Johor dididik dengan moral yang bermutu.

UMNO-BN mengajar budaya songsang kepada anak bangsa. Tugas kita mengembalikan sasiah anak bangsa dari terus diperkosa.

20091120

Kes Azmin Ali : Ayuh SPRM Jadilah Anak Jantan

Suruhanjaya Pencegah Rasuh Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (Polis) bagai berlumba lari untuk menyelasaikan kononnya YB Azmin Ali terlibat dalam pembelian saham RM8 juta.

SPRM berkata dulu mereka ada menyiasat tetapi berkata, "tidak cukup bukti". Kini SPRM berkata "temui bukti baru". Ia adalah lawak biasa yang berkumandang bila SPRM bertemu media.

Pencatat mengerti mengapa SPRM dan Polis seperti lipas kodong ingin mendakwa Azmin Ali. Ia tidak lain kerana sikap membondek keterlaluan masih menjadi budaya SPRM dan Polis.

Minggu ini dan lepas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid telah membongkar beberapa penyelewengan dan ketirisan yang bernilai berbillion ringgit.

Amnya SPRM dan Polis jika melibatkan UMNO, mereka akan buat selamba bodoh sahaja. Adakah mereka berkerja dengan 'berselamba' atau mereka itu 'bodoh'.

Pencatat kurang arif. Pembaca lebih mengerti.

Pencatat dimaklumkan secara lisan oleh seseorang. Semasa Azmin Ali ketika menjadi pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim terdapat rakan taulan Azmin Ali mempergunakan nama beliau.

Ia bertujuan jual-beli secara kontra untuk mengaut keuntungan segera. Ia menjadi amalam biasa peniaga saham pada ketika itu.


Difahamkan Azmin Ali tidak menurunkan sebarang tandatangan pada urusan jual-beli saham tersebut. Allahulambisaw.

Tahun 1992-1994 bukan sahaja Azmin Ali terlibat dalam pasaran saham yang melonjak dan menjunam mendadak. Mohzani Mahathir, Mukriz Mahathir, Tun Daim Zainuddin dan keluarga menteri BN-UMNO juga terlibat.

Ada berita yang mengatakan pada tahun tersebut salah seorang dari mereka hampir terjun bangunan kerana mengalami kerugian ratusan juta.

Kita akan lihat SPRM dan Polis menyiasat kes Azmin Ali sahaja. Ia disebabkan amalan membodek dan ibarat lembu dicucuk hidung masih diamalkan.

Siapa peduli Malaysia tersenarai negara pengamal rasuah diantara tertinggi di asia dan dunia. Anda ada jawapannya.


20091119

Editor Utusan Malaysia Dan PM Menyerah Kalah

Kelmarin Editor Utusan Malaysia(EUM) mengambil keputusan menyiarkan foto Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak (PM) sedang minum bersama di Dewan Parlimen.

Ia merupakan isyarat besar kepada rakyat Malaysia bahawa Anwar Ibrahim bukan penjenyah dan penghianat negara.

Ia jelas memperlihatkan EUM tersepit dalam saban hari mengeji-menghina Anwar Ibrahim. Ertikata EUM mengitiraf kewibaaan peneraju utama Pakatan Rakyat.

Pencatat mengerti mengapa PM terpaksa minum bersama Anwar Ibrahim dan membiarkan EUM menyiarkan dimuka hadapan. Ia sudah pasti 'peluru habis, pendamaian jalan penyelamat'.

Jawapan pada istilah gambar tersebut :


Pertama. Seluruh jentera BN-UMNO sudah menyerah kalah pada ketokohan Anwar Ibrahim dan PM 'memberi arahan' usah menyerang Anwar lagi.

Kedua. Pemecatan dua sayap penting MCA , krisis MIC, Gerakan dan PPP. Najib Razak membayangkan BN kian tiada kualiti dan tunduk kepada Anwar Ibrahim.

Ketiga. Walaupun EUM masih menyerang Anwar Ibrahim dan PKR. Namun EUM memberi status enam bintang kepada Anwar Ibrahim.

Keempat. EUM dan Najib razak memberi isyarat Anwar Ibrahim layak menjadi Perdana Menteri.

Kelima. Pada bila-bila masa ahli dan pemimpin UMNO-BN boleh berjumpa dan mendengar ceramah Anwar Ibrahim.

Keenam. BN sudah tiada moral untuk menentang ketokohan Anwar Ibrahim dipersada politik tanahair dan antarabangsa.

20091118

Mahu Menjadi Ros Atau Geharu-cendana ?

Sehingga catatan ini ditaip jentera PKR Johor dengan penuh semangat berganding bahu bagi menjayakan Program Tawan Johor Siri Ke-2 pada 22hb. November 2009.

AMK Johor akan melancarkan ketumbuhan pasukan baru dimajlis itu nanti. Ianya telah dirancang sejak beberapa bulan lepas.

Dalam kesibukkan pencatat dalam tugasan saban hari, kekadang pencatat menoleh sebentar koran dan blog pro 1Malaysia. Bertali-arus menyerang Pakatan Rakyat dengan dakyah keterlaluan.

Isu yang dibicarakan kewarasan menyertai PKR, keutuhan PKR dan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang setiap detik dicemuh difitnah. Malah dari bekas ahli PKR juga tumpang semangkuk.

Pencatat mengimbas kembali zaman perjuangan para Rasul S.A.W, Nabi A.S , Sahabat R.A dan pejuang tulen. Mereka kendung perjuangan dengan kudrat individu, berpasukan dan keyakinan tanpa henti sehingga akhir hayat.

Tiada pertikaian kelompok yang sedikit dan ahli kelompok yang berpaling tadah menjadi munafik. Keyakinan kepada Allah menjadi tunjang perjuangan.

Golongan munafik ada dimana-mana, biarkan mereka bersandiwara dan menipu diri sendiri.

Pencatat mengingatkan diri sendiri dan kelompok pejuang Agama, bangsa dan negara. Usaha yang murni tersedia kecemerlangan. Geharu-cendana menjadi harum dan bernilai selepas ditebang pohonnya.

Bunga Ros wangi semasa hayatnya sahaja, selepas gugur tiada nilai. Pilih cabaran hidup diantara mahu menjadi si- ros, si-geharu-cendana atau politikus si-katak lompat.

20091117

Mahathir Meneruskan Jatidiri Mencemuh Umat Melayu

Tun mahathir Mohamad mempertikaikan kewibawaan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pengurusan ekonomi negara.

Mahathir mengatakan Anwar tidak mengetahui dalam pengurusan ekonomi. Mantan Perdana Menteri itu sekali lagi mendabik dada beliau adalah ahli ekonomi yang berjaya.

Ia sebenarnya serangnya politik dan bimbang ketokohan Anwar yang kian memuncak ketika ini. Sejak Anwar dipecat, Anwar telah dilantik oleh pelbagai organisasi sebagai penal ekonomi, perunding politik tempatan dan antarabangsa.

Sedangkan Mahathir hanya dilantik sebagai penasihat tempatan sahaja. Kelmarin Anwar sekali lagi dilantik sebagai Penasihat Kerajaan Selangor, ia memberi tamparan hebat kerana tiada perlantikkan baru untuk Mahathir.

Jika ada hanya organsasi terpinggir dan tidak popualar.


Kenyatan terbaru Mahathir memperlihat sikap hasad-dengki masih terpatri selagi Anwar bernyawa. Kita melihat Mahathir tidak boleh melihat umat melayu lebih cemerlang daripadanya.

Oleh yang demikian pencatat menasihatkan Kerajaan Perak, N.Sembilan, Melaka dan lainnya lantiklah Mahathir sebagai Penasihat Ekonomi.

Pencatat mengerti Mahathir masih ketagih popuariti melalui setiap kenyataan media dan penulisan blog. Baginya mencemuh umat melayu adalah tabiat semulajadi.

20091115

Dimensi Perjuangan Biro Felda PKR

Kelmarin pencatat berada di Temerloh bagi menghadiri Mesyuarat Ke-2 untuk menjayakan Konvensyen Biro Felda Peringkat Kebangsaan yang bakal diadakan di Jerantut, Pahang pada 20 Febuari 2010.

Rakan Biro Felda & Hal Ehwal Anak Asal PKR telah memutuskan beberapa isu utama termasuk lokasi, kehadiran, sebaran dan pelbagai keperluan.

Peneraju utama, Hj Suhaimi Said yang juga Pengerusi majlis tersebut berkeyakinan ianya bakal menghasilkan sautu dimensi baru kepada warga Felda kelak.

Pencatat ingin mengimbas perjungan Tun Abdul razak bersama pimpinan melayu terdahulu yang menubuhkan Felda demi menjaga bumi pertiwi dari ketinggalan dalam sektor pertanian dan kemantapan ekonomi.

Pokok Sawit dan getah telah membuahkan hasil yang lumayan kepada pekebun. Tetapi bukan kepada peneroka Felda. Ia berlaku kerana pengurusan Felda dengan sengaja mengaut keuntungan diluar batasan.

Sewajarnya Felda sudah mempunyai Universiti atau Institut Pengajian sendiri bagi mendidik lebih sejuta ahli keluarga peneroka. Apa yang berlaku, puluhan anak syarikat ditubuhkan dan sebahagian besarnya mengecewakan.

112,000 peneroka Felda kini didalam delima kerana tindakan pengurusan Felda kian keterlaluan dalam apa juga tindakan. Ketirisan berleluasa.

Sesiapa juga boleh mempertikaikan ANAK dan Biro Felda PKR, hakikatnya Konvensyen itu nanti akan menghuraikan semua penipuan terancang Felda dan Kerajaan BN-UMNO.

20091113

Garap Pasukan Membela Agama Dan Negara

Kelmarin pencatat bersama pasukan belia di Air Tawar. Pasukan yang dibentuk bagi menyertai pertandingan Peringkat Kebangsaan.

Pencatat teruja dengan persiapan rapi, gandingan setiap ahli dan merencana bukan sekadar piala. Ia lebih menjurus kepada kerja berpasukan dan membentuk sasiah.

Kepercayaan yang diamanahkan kepada pencatat sebagai jurupandu pasukan begitu berat untuk digalas.

Namun kesungguhan kelompok belia tersebut membuatkan pencatat bersemangat mengerah segala pengalaman untuk kejayaan bersama.

Pencatat mengajak pembaca mengenang kembali kesungguhan Syaidina Ali r.a mengalas pertanggungjawapan sebagai Ketua Agama, pemimpin masyarakat dan pelaksana Sunnah Rasulullah S.A.W.

Tentangan yang beliau hadapi bukan sahaja dari musuh sediaada, malah dari golongan terdekat (puak munafik). Beliau mempertahukan nyawa demi keadilan dan mempertahankan kesucian Islam.

Sirah hidup beliau dipenuhi liku-liku kepayahan dan diakhir hayatnya melalui peristiwa menyayat hati.

Tauladan hidup beliau menjadi paduan kita dalam memperjuangkan hak Islam dan menutut keadilan sejagat.

Jika kita tergolongan individu yang meletakkan jawatan atau melompat parti kerana sedikit kekecawaan. Adakah wajar kita mengelar diri sendiri sebagai kelompok pengecut ?.

Tepuk dada tanya akal. Jawapan telah tersedia untuk sipulan yang kecewa.

20091112

Wadah Tersedia , Ayuh Galas Bersama Keringat

Perbincangan kelompok AMK Johor (AMKJ) malam tadi membicarakan amanah Majlis Perhubungan Negeri Johor (MPNJ) yang memberi kepercayaan kepada AMKJ lagi untuk melaksanakan ceramah perdana pada 22hb. November .

Pencatat mengambil tanggungjawab agar program di Cabang Kulai ini menjadi panduan tanpa keputusan emosional, menekan mesyuarat dan bersendirian. AMK perlu bersatu membina kekuatan.

Ini adalah ruang untuk kembali bersatu dan memulihkan semula semangat juang yang telah lama disembunyikan.


Emosi perlu sebagai individu normal tetapi kepentingan pasukan perlu digarap dan digilap agar menghasilkan wadah yang diyakini rakyat.

Pencatat ingin membawa pembaca kezaman silam dimana kesungguhan Nabi Ibrahim A.S dan Nabi Ismail A.S membina Ka'abah atau Baitullah.

Dalam kepayahan di padang pasir Baginda bersepakat mendirikannya. Lantas berdoa agar Ka'abah sentiasa dikunjungi tanpa henti menjadi pusat ibadat serta perekonomian yang sentiasa subur.

Allah memabulkannya selepas kemangkatan Baginda. Ianya dari hasil kesungguhan, iltizam dan disertai munajat tanpa henti oleh Baginda.

Oleh yang demikan AMK perlu mengambil iktibar kemahsyuran Ka'abah. Berbalah dan menuding pabila gagalnya "Program Menggilap Harapan Rakyat' merupakan sikap yang perlu dilontarkan.

Nabi Ibrahim dan Ismail A.S tidak menikmati hasil mahsyul Mekah sekarang. Hari ini dan setiap tahun lebih 3 juta mengunjungi Ka'abah atas usaha Baginda.

AMKJ perlu yakin, Allah pasti kotakan setiap usaha yang murni. Jika bukan sekarang, anak cucu kita pasti nikmati negara yang adil, telus dan berwibawa atas usaha kita. Amin.

20091111

Himpun Kelompok, Galas Harapan Rakyat

Perbincang pujuk dikalangan Cabang Kulai malam tadi lebih berkisar kearah kemantapan serangan bertali-arus. Rakan PKR Kulai tidak memperlihatkan rasa goyah untuk terus mengalas tugasan.

Beberapa perbincangan disusuli dengan keputusan sepakat. Konvensyen yang akan diadakan di Kluang bakal dihadiri dengan semangat 'Harapan Rakyat'.

Persekitaran AMK Johor, pencatat masih menerima sms dan panggilan dari rakan-rakan. Perlunya ada kerjasama erat dikalangan AMK Cabang untuk mengempur lebih sepadu.

Perbezaan pendapat perlu digarap dan keputusan perlu diambil tanpa dibebani cadangan emosi. Wujudkan diri dalam jiwa anggota parti yang berdisiplin dan patuh dengan dasar-dasar parti.

Menekan perbincangan dengan mengharapkan cadangan diterima secara total amnya membuahkan persengketaan. Usah berkecil hati kerana anda adalah harapan rakyat.

Kita telah lihat berduyung-duyun ahli, kepimpinan Cabang, Negeri malah ADUN kita keluar PKR. Jika dikalangan kita masih berjiwa haloba inilah yang berlaku.

Semat didalam jiwa, pengorbanan Nabi Ibrahim A.S sebagai pendoman hidup. Usah ubah pendirian hidup walaupun dicampakkan kedalam api.

Pegangan Agama dipatri, harapan rakyat dikendong. Inshallah Tuhan dan rakyat bersama kita.

20091110

LEBBEYK ALLAHUMME LEBBEYK

Keagungan Islam Melalui Rukun Ke-5

Kini jutaan umat Islam berpusu-pusu menuju ke mekah Almukarah bagi mendirikan rukun Islam kelima.

Ibadah Haji merupakan Rukun Islam yang ke 5 yang menjanjikan keampunan serta balasan surga dari Allah S.W.T. Malah, bukan sahaja diakhirat didunia juga telah dijanjikan manfaatnya.

Hari ini satu lagi penerbangan dari Senai terus ke Arab Saudi.. Minggu ini pencatat dimaklumkan Lapangan Terbang Senai menyediakan beberapa penerbangan untuk jemaah Haji dari Johor.

Pencatat serta rakan-rakan muslimin dan muslimat PKR Johor mendoakan kesejahteraan kepada semua jemaah Haji dari seluruh dunia , amnya dari Johor dan Malaysia.

Semoga Allah memakbulkan hajat semua jemaah untuk memperolehi Haji yang mabrur. Dengan kesahduan pencatat berharap semua selamat berangkat dan kembali.

Sampaikan salam pencatat kepada Rasullullah S.A.W, Rasul-Rasul, Nabi-Nabi A.S dan para Sahabat yang syahid di jalan Allah bila sampai ke makamnya.

Parti SPRM Meneruskan Gimik Berpolitik

Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), parti komponen Barisan Nasional (BN) seperti biasa mengeluarkan kenyataan kononnya berbentuk kejujuran kepada marhaen.

Telah sekian lama ketirisan dan kekayan dimiliki oleh wakil rakyat UMNO-BN, baru kini mewawarkan pembentukkan pasukan penyelewangan Wakil Rakyat dan Ahli Parlimen. Sudah tentu ianya kenyataan politik.

Sejak 11 tahun lepas marhaen dan Pakatan Rakyat memberi bukti dan lapuran kepada SPRM, hingga kini ratusan pembongkaran tiada jawapan.

Malah banyak yang tiada siasatan langsung seperti harta kekayan Khairi Jamaluddin , pembeli helikopter dan ratusan lainnya.

Di Johor sendiri, isu Kg. Plentong Tengah, isu hutan simpan dan banyak lagi tiada jawapan juga yang melibatkan wakil rakyat UMNO-BN.

Jadi, adakah marhaen percaya SPRM kini berkokok lagi untuk menubuhkan pasukan pemantau wakil-wakil rakyat. Ataupun hanya untuk menjerat wakil Rakyat Pakatan Rakyat.

Pencatat teruja bila Tan Sri Kasitah Gadam didakwa oleh SPRM (BPR), namun hanya pendakwaan untuk memancing undi kononnya UMNO-BN dan SPRM telus.

Bukti lengkap, dan Kasitah sedang bersantai ketika ini. Sampai bila SPRM mahu berpolitik.

Rempuh Selagi Berdaya , Serumpun Dengan Kudrat

Malam tadi pencatat bersama pasukan Cabang Kulai bertemu di Taman Air Manis untuk merealisasikan gempur " Tawan Johor " diislahkan.

Beberapa cadangan dan rangkakerja untuk melaksanakan program tersebut. Rakan-rakan bersepakat melaksanakannya. Program tersebut bakal diserta oleh beberapa tokoh utama pimimpin PKR dan Pakatan Rakyat.

Pencatat melahirkan rasa teruja pada AMK Cabang Kulai dan lain-lain cabang diseluruh Johor yang makin bersemangat merancang dan melaksanakan pelbagai program parti.

Pencatat berharapkan sekelian anggota AMK ketepikan sentimen peribadi bagi mencapai 'Harapan Rakyat' untuk menjadi kenyataan di bumi Johor.

Konvensyen PKR Johor semakin hampir. Sepakat membawa kecemerlangan, pertikaian harus diselesaikan secara mesyuarah dan toleransi.

Terima kasih rakan-rakan semua.

20091107

Terjah Kewarasan Di Gelanggang Jantan

Pencatat pasti ramai dikalangan pimpinan AMK Ranting ,Cabang dan Negeri menantikan Konvensyen PKR Johor yang berlangsung pada 22hb. November ini.

Melalui perbincangan pojok, email, sms dan juga komentar mesyuarat AMK Negeri, pencatat acapkali mendengar keluhan, pendapat dan tidak kurang juga terjahan keras dikalangan AMK Johor kepada pimpinan negeri dan pusat.

Pencatat mengalu-alukan cadangan dan cetusan tersebut dilontarkan dengan bernas serta mantap. Usah berkokok diluar gelanggang, pabila sampai ketikanya enggan menunjolkan diri malu bersuara.

Pencatat mengerti ada pimpinan tidak berkelayakkan menghadiri mesyuarat negeri atau tiada kelapangan menghadiri mesyuarat AMK cabang mahupun peringkat negeri.

Ia adalah platform terbaik untuk diislahkan.


Jika ia diluahkan secara emosi, pasti ada yang muak mendengarkannya. Jika menghentam diluar gelanggang maka ia lebih terjerumus kepada imej individu itu sendiri dicela kembali.

Pencatat merumuskan, garap segala permasalahan, luahkan keprihatinan dan sepakat menjana kekuatan serta hadirkankan diri untuk "Tawan Johor" dari rejim rakus 1Malaysia.

Pencatat mengharapkan di Cabang hadirkan mesyuarat AMK dan mantapkan segala lontarkan.

Insyallah, walaupun PKR bukan parti berteraskan Islam namun keadilan menurut sunnah Nabi S.A.W tidak pernah ditentang oleh pimpinan bukan Islam malah menjadi panduan semua.


Moga bermuafakat dan menerjah bernas membawa Johor kearah mahligai 'Harapan Baru'.

20091105

Fahaman Wahabi Sesat Di Malaysia ?

Di Jabatan Agama Johor dan Majlis Agama Islam Johor fahaman Wahabi tidak diiktiraf atau dianggap gologan sesat.

Namun ada seorang-dua Ustaz yang belajar dari Universiti Mekah-Madinah dan lain-lain Perguruan Pondok masih diterima kerja dan berdakwah disitu.

Ia dikatakan bertentangan dengan penganut Mazhab Shafi'e yang umumnya diiktiraf di Malaysia. Kelantangan Dr. Asri Zainul Abidin bukan pekara baru.

Sekitar tahun 1980'an Ustaz Hashim A. Ghani juga menjadi kontravasi di Negeri Sembilan. Beliau telah menubuhkan Sekolah Pondok di Kuala Pilah, Negeri Sembilan berteraskan Wahabi.

Mungkin ada pembaca pernah terbaca buku Gelanggang Soal-Jawab ,Gayung Bersambut dan lainnya yang ditulis oleh Ustaz Hashim A. Ghani terbitan 1984 .

Buku itu walaupun ketika itu diharamkan, namun ribuan jilid telah dijual dan menjadi panduan pengikut Wahabi.

Kini Fahaman Wahabi bukan lagi berada di negeri Sembilan dan Perlis sahaja. Di Johor juga sudah ramai yang mengamalkannya seperti tidak berqunud , bertalqin di kuburan dan membaca Yassin berkumpulan di malam Jumaat serta lainnya.

Pekara yang dibicarakan oleh pencatat, 'Golongan Muda' atau 'Wahabi' ini diamalkan secara istiqamah dan menyeluruh di Arab Saudi terutama di Mekah dan Madinah.

Adakah jemaah haji kita berimamkan imam yang sesat ?. Jika sesat sudah tentu tidak sah sholat mereka.

Persoalannya, majoriti Mufti di Malaysia menolak fahaman ini sedangkan ketika sholat berjemaah di Masjidil Haram serta Masjidil Nabawi, mereka berimamkan Imam yang berfahaman Wahabi yang dikatakan sesat ketika ditanah air.

Terfikir dibenak pencatat, mungkin mufti kita sholat fardu mufarakah selepas berimamkan imam yang dianggap berfahaman sesat ini.

Mungkin juga sholat fardu dihotel ketika melakukan Umrah atau Haji. di Masjidil Haram, Allahuallambisaw.

Raja Segala Keputusan, Ahli MCA Tiada Hak

Jika pembaca mentelaah kerajaan BN 1Malaysia. Terdapat campur tangan tidak berilmu daripada Perdana Menteri 1Malaysia terhad ROS untuk menidakkan hak ahli MCA pada mesyuarat EGM parti itu.

Secara jelas Presiden dan Timbalan Presiden telah disingkirkan oleh ahi MCA tetapi PM 1Malaysia merampas hak itu dan menobatkan 'pelakun lucah' dan 'penyeleweng PKFZ' semula.

Pencatat tidak mempertikaikan MCA, parti itu sememangnya sudah kurap dan asyik krisis kepimpinan jawatan sejak 80'an.

Hak MCA ditentukan oleh UMNO. Ia juga telah berlaku kepada PPP, Gerakan dan MIC. Begitulah rakusnya UMNO dalam kelompok Barisan Nasional.

Sebenarnya didalam BN tidak wujud MCA, MIC, PPP dan parti lain kerana semuanya dikawal oleh UMNO. Ucapan Presiden UMNO penentu setiap mesyuarat agung parti komponen BN.

Keputusan mesyuarat agung parti komponen BN itu sudah diketahui umum, setiap keputusan ahli akhirnya UMNO akan menentukan boleh dilaksanakan atau tidak.

Sudah pasti parti-parti itu hanya alat untuk memancing undi sahaja dan meneruskan kerakusan pemimpin UMNO. Secara logiknya BN tidak wujud, UMNOlah raja segala keputusan.

Jika ada keputusan seperti mencabar UMNO, pimpinan UMNO seperti biasanya akan mengugut mengunakan ISA dan mahkamah untuk menutup 'mulut-mulut' pemimpin yang lantang mempertahankan hak.

20091104

Tian Chua, PDRM Dan Mahkamah

Apa yang yang anda lihat ialah anggota Polis 'mengerjakan' Ahli Parlimen Batu Malaysia, Saudara Tian Chua.

* Ditangkap seperti rejim Israel menangkap rakyat Palastin.
* Dibelasah dikhalayak ramai oleh anggota Polis Di Raja Malaysia
* Berlaku di pintu gerbang Dewan Parlimen.
* Keputusan selepas dibelasah : Penjara dan denda oleh Hakim & Mahkamah Yang Mulia.

* Nota Pencatat : 1Malaysia Boleh.....

Mari Sokong & Undi BN Untuk 1Malaysia

Nampaknya usaha Shamsul Iskandar Mohd Akin dan rakan AMK menghadiahkan lembu kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) tidak sia-sia walaupun 'kes melepas batuk ditangga'.

Rakan-rakan AMK di seluruh negara nampaknya terpaksa membeli lembu untuk dihadiahkan ke SPRM disetiap negeri.

Kita lihat sahaja sejauh mana SPRM berlaku telus dalam menjalankan tugas. Setakat ini masih dicucuk hidung dan ditambat pada tiang berbendarakan UMNO-BN.

Marhaen masih tersenyum melihat kes yang dibicarakan. Telah diketahui seluruh dunia Malaysia mempunyai kadar pelaksana rasuah antara rangking tertinggi.

Peristiwa pejabat kerajaan negeri selangor, Kedah, Perak dan P. Pinang kehilangan banyak dokumen dan fail ketika Pakatan Rakyat memenangi PRU-12 amat mengejutkan.

Anda boleh bayangkan apa akan berlaku pada fail dan dokumen di SPRM jika Pakatan Rakyat memenangi PRU-13 nanti.

Sudah tentu penjilat UMNO-BN di SPRM macam lipas kudung membuang fail-fail yang disahkan terbukti melibatkan pemimpin UMNO-BN.

Anda boleh menilai kenapa ekonomi Indonesia, Vietnam, China, Thailand dan lainnya kian menyerlah. Malaysia ?

Sedangkan Malaysia mempunyai Petronas, sawit, perindustrian, getah, puluhan dan universiti-institut masih meraba-raba dalam terang dalam membangun ekonomi.

Manakala Malaysia dipenuhi oleh penjilat 1Malaysia. SPRM, Mahkamah, PDRM, Felda dan Petronas masih curang pada pembayar gaji dan amanah yang diberikan kepada mereka.

Jika anda mahu ketirisan, rasuah dan penyelewangan terus bermaharajalela, teruskan sokong dan undi Barisan Nasional.

20091103

Chua Berlakun Lucah, Yahya Pula Yang Kena Cekut

Siapa diantara anda terkejut dengan pendakwaan Mohd. Yahya Sahri oleh SPRM. Dan siapa diantara anda boleh mempertikaikan 'Artis sex MCA' dilantik semula sebagai Timbalan Presiden MCA.

Inilah hakikat Kerajaan 1Malaysia yang kononnya sedang memulihkan imej yang tersedia pekongnya telah semerbak diseluruh dunia.

(Altantuya, skandal pembunuhan bermotifkan sex dikawalselia oleh Perdana Menteri 1Malaysia )

Tiada apa yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib Razak kecuali melalak kesana-kesini dengan jari telunjuk mengisyaratkan '1Malaysia'.

Persoalan yang timbul adakah yang dilakukan oleh Yahya Shaari itu jenayah rasuah. Jika memperdayakan wang orang ramai, pencatat yang cetek ilmu beranggapan ia jenayah yang diseliakan oleh pihak Polis.

Siapakah yang Yahya rasuahkan. Polis, pegawai bank atau syarikat yang menyumbang ?

Datuk Seri Chua Soi Lek pula sebelum ini beriltizam akan menurut keputusan EGM MCA begitu juga dengan Presiden MCA. Tetapi setelah disingkirkan, terheggeh-heggeh menuntut kembali jawatan.

Namun 'Artis Sex' dan 'Penjenyah PKFZ' ini mempunyai 'Platnium Credit Card' untuk melangsaikan semua jenayahnya.
Inilah kerajaan 1Malaysia ciptaan Najib Razak.

Selepas ini kita akan dihidangkan lagi dengan cerita yang lebih kelakar oleh suami Datin Seri Rosmah Mansor. 1Malaysia Boleh....


SPRM Tangkap 'Anak Ikan' Untuk 1Malaysia

Semalam, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia cawangan Selangor (SPRM) 'mengamuk' dan menangkap beberapa orang. Ia pendakwaan politik, parti BN dan Pakatan Rakyat.

Khabarnya hari ini akan berlaku pendakwaan. Dipercayai bagi menutup 'Bajet 1Malaysia 2010' yang ditertawakan marhaen dan professional.

Pencatat menganggap ini hanya kes terpilih bagi menutup mata rakyat. Kes-kes besar seperti penyelewengan pembelian helikopter, kapal selam, projek PKFZ dan lain-lain melibatkan ratusan juta-billion masih dilindungi.

Kita akan saksikan penglipurlara Mr. 1Malaysia akan berlakun ala-Shah Rukh Khan dengan muka tegas dihadapan media kononnya Kerajaan 1Malaysia tidak 'memilih bulu' dalam kes rasuah.

Kita sedia maklum selepas menerima lembu, SPRM cuba membuktikan mereka tidak 'makan gaji buta'. Tetapi mengapa kes yang melibatkan puluhan ribu saja untuk didakwa.

Pencatat berharap SPRM Johor, Kedah, P.Pinang dan Perak yang sebelum ini telah banyak menerima laporan serta bukti penyelewengan tidak perlu menunggu 'hadiah lembu' baru ingin bekerja.

20091102

Warung Burger 1Malaysia

Kini kempen 1Malaysia kian semarak. Ianya kelihatan lebih ngetop dari Wawasan 2020 dan Islam Hadhari.

Jika Wawasan 2020 dan Islam Hadhari citpaan Presiden UMNO hanya membatasi ekonomi dan keagamaan, 1Malaysia merangkumi semua termasuk 'warung burger' pun berlogokan 1Malaysia.

Minggu sudah murid mati akibat jambatan roboh disebabkan kem 1Malaysia. Sebelumnya F1M1 ditubuhkan untuk sukan permotoran.

Kini semua progran kerajaan pusat dan negeri dibawah panji BN berlagukan 1Malaysia. Sehingga rakyat terperdaya Bajet 1Malaysia yang secara terang memperdayakan rakyat.

Pencatat dahulunya teruja dengan Wawasan 2020 dan kagum dengan Islam Hadhari. Namun ianya jelas hanya bualan pidato Perdana Menteri UMNO-BN terdahulu hasilnya hanya membazir wang rakyat.

Kini kita didendangkan oleh 1Malaysia sana, 1Malaysia sini. Wahh... gamat semua penglipurlara menyanyikan 1Malaysia.

Pencatat hairan kenapa Perdana Menteri(PM) pura-pura terkejut dengan laporan Akauntan Negara mengenai Laporan Audit 2008.

Penipuan begitu jelas pada laporan itu dan PM hanya sebut 'akan menyiasat, dan ambil tindakan' sedang ianya telah terbukti. Ahhh... 1 Malaysia ditipu lagi.

Sudah tentu PM mengetahui lebih awal dari Dewan Parlimen dan rakyat umum dan penjenayah terlepas begitu sahaja. Mungkin pembaca bersependapat dengan saya, 1 Malaysia ditipu PM-BN.

20091101

Mesyuarat Penyerahan Tugas Biro Felda Johor

Jam 10.00 pagi ini satu mesyuarat Biro Felda & Hal-Ehwal Orang Asal PKR Johor akan diadakan di Felda Bukit Besar.

Jawatankuasa akan dibentuk dan penyerahan tugas akan dilakukan demi menggerakkan seluruh tenaga untuk menggempur Warga Felda seluruh Johor.

Peneroka dan Warga Felda sangat dahagakan maklumat dan pengetahuan daripada kita. Selama ini kita menganggapkan, warga Felda memang pekat Umno BN nya, tetapi mereka sudah sedar dan mulai berani untuk turut serta bersama Pakatan Pakyat.

Kerja kuat yang berterusan perlu dijana untuk mendekati seluruh Warga Felda.

Jam 2.00 Petang ini, satu program Dialog bersama Peguam Sdr Wan Rohaimi Wan Daud dan seluruh peneroka negeri Johor akan diadakan di Dewan Raya Felda Bukit Besar.

Antara intipati majlis adalah menyentuh masalah peneroka. Penipuan Pegawai Felda & Technoplant, Ketirisan Kilang Sawit Felda dan tindakan untuk menyaman Felda dan Kilang Sawit Felda.