20101227

N5 : Pertembungan Maut ANAK , UMNO & FELDA

Hanya tinggal beberapa hari lagi tahun 2010 masihi akan menutupkan tirai. Tahun 2011 dimulakan dengan Johor membuka tirai politik tanahair.

Pilihanraya Kecil DUN N5 Tenang menjadi batu pengukur 'Tawan Johor'. Rakan Pakatan Rakyat sedang bertanya-tanya siapakah bakal menang dan calon di N5 ini.

Sudah pasti juak BN berkira-kira mengaku akan menang besar. Mereka telah menusun strategi dan bersedia menabur wang dan fitnah dengan rakus.

Pencatat yang masih diakui sebagai Ketua AMK Johor, walaupun menunggu masa untuk menunggu pengiliran jawatan . Pencatat berharap pemuda-pemudi Johor usah leka dengan pelbagai tekanan.

Satu pekara penting yang perlu menjadi nadi kemenangan dan kekalahan DUN N5 ialah apabila kita leka berkata tentang jawatan dan enggan berkerjasama.

Kita saksikan sendiri Kerajaan Johor, Kerajaan Pusat dan syarikat naungan kerajaan BN dengan rakus mencuri, merompak dan memiskinkan rakyat Johor dan Malaysia.

FELDA telah gusar dengan gred sawit di kawasan DUN Tenang hanya diberikan pada Gred 17 sahaja. Di Felda Bukit Besar grednya 21. Ianya penipuan ketara.

Lantas FELDA mengumumkan pemberian bonus RM100 juta. Mereka bimbang Srd. Mazlan Aliman menjadi calon N5.

Jika dikira dari segi gred sawit sahaja, FELDA dikatakan telah menipu melebihi bebreapa billion diseluruh negara sejak FELDA ditubuhkan. Faktanya akan diumumkan di PRK Tenang nanti.

Kepada peneroka ambilah RM100 juta itu, tetapi usah gadaikan maruah bangsa dan menyelamatkan 'Kumpulan Lanun Malaysia'.

Semuanya akan terungkai di Pilihanraya DUN N5 Tenang.

Kepada Datuk Ahmad Maslan, Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyuddin Yassin, kami tidak gentar kalah namun pembongkaran dan kejahatan pasti terungkai.

No comments:

Post a Comment