20101215

Kekuasaan Allah VS Kekerdilan Manusia

Para ahli astronomi menggunakan istilah `Tahun Cahaya' untuk menggambarkan jarak planet. Ia merujuk kepada jarak cahaya yang bergerak dalam masa setahun ( 9.467 X 10M 15 ). Cahaya bergerak 300,000km sesaat, 18,000,000km seminit, 1,000,080,000,000km sejam, 25,000,920,000,000km sehari atau 777,000,600,000,000km sebulan. Oleh itu satu tahun cahaya bersamaan 9,331,200,000,000,000km.
.
Jiran terdekat bumi ialah Bulan, yang jaraknya 384,000km. Cahaya bergerak dari bulan kebumi hanya memakan masa 1.2 saat sahaja. Planet Venus sejauh antara 252,000,000km dan 40,000,000km adalah planet yang terdekat dengan bumi.
.
Jarak matahari dengan bumi sejauh 149,500,000km dan cahaya bergerak selama 8 minit. Selepas matahari, Bintang yang terdekat adalah Proxima yang jaraknya empat tahun cahaya. Setelah itu Capillaceous, sembilan tahun cahaya. Capricorn lima puluh tahun cahaya. Capelia empat puluh tahun cahaya dan Pleiades seratus empat puluh tahun cahaya. Inilah jiran-jiran yang terdekat dengan bumi.
.
Semua ini terletah dalam galaksi yang sama dengan bumi, Bima Sakti. Para saintis menganggarkan jumlahnya melebihi 30juta bintang. Selain itu terdapat berjuta-juta sistem galaksi lain yang memerlukan jutaan tahun untuk sampai. Bahkan terdapat bintang-bintang yang cahayanya belum sampai kepada kita kerana jarak yang terlalu jauh dan hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui jumlahnya.
.
Disisi Allah, manusia tiada bernilai dan teramat kerdil. Hanya takwa dan iman sahajalah yang menjadi ukuran nilai kemanusiaan. Disisi manusia, bumi terlalu besar untuk diduduki, namun disisi Allah, ianya tidak ubah seperti sebiji telur semut.
Fikirkanlah...
.

No comments:

Post a Comment