20101218

Himpunan ANAK Di Bera, Pahang

Himpunan Perdana 'Peneroka Saman Felda' yang diadakan di Bera, Pahang pada malam tadi telah mencapai resolusi bahawa ANAK akan memeruskan tindakan saman Felda. Keputusan ini diambil berikutan sikap Felda yang acuh tak acuh serta sambil lewa terhadap beribu aduan peneroka. Felda tidak memperlihatkan kesungguhan menangani tuntutan peneroka. ANAK memberi ruang waktu sehingga akhir Disember 2010 ini, jika tiada perkembangan positif daripada Felda, ANAK tidak teragak-agak untuk meneruskan semula Saman Felda.
.
Bermula Januari 2011, Pahang akan meneruskan memfailkan saman keatas Felda. Kawasan terbabit adalah Gugusan Bera, Jengka, Keratong, Lepar, Cemomoi, Bukit Mendi, dan lain-lain. Seterusnya Johor juga akan mengikuti langkah Pahang termasuk Kota Tinggi, Tenggaroh, Air Tawar, Kahang, Pemanis, Redong, Taib Andak, Cempelak, Nitar serta Moakil.
.
Tuntutan awal hanya menjurus kepada 2 tuntutan iaitu Wang Caruman Tanam Semula dan Kadar Perahan Minyak. Tuntutan lain akan menyusul dalam masa yang terdekat sebagaimana didalam memorendum yang telah diserahkan kepada Felda melalui Datuk Ahmad Maslan. Beliau pernah berjanji akan menyelesaikan segala aduan peneroka dalam tempoh 2 minggu sahaja. Ternyata beliau seorang pemimpin pembohong.
.
Himpunan ini turut dihadiri oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum PKR merangkap Ketua Pembangkang. Beliau berjaya menarik kehadiran lebih ramai rakyat dalam himpunan ini. Beliau yang baru sahaja digantung parlimen akan terus memberi penjelasan kepada rakyat tentang perkara yang sebenarnya. Kezaliman Umno/BN amat ketara dan cukup meluat untuk disandarkan sebagai kerajaan. Rakyat yang hadir turut berikrar akan bersama-sama dengan Pakatan Rakyat bagi memastikan BN/Umno dapat ditumbangkan dalam PRU 13 nanti.
.
Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menyeru sekelian yang hadir agar dapat membantu seramai mungkin ke DUN Tenang sempena PRK yang mungkin akan diadakan. Pakatan Rakyat perlu memenangi PRK ini bagi mencetuskan semangat baru TAWAN JOHOR.

No comments:

Post a Comment