20101214

Hutang J Corp RM3.6 bilion

JOHOR BAHRU - Johor Corporation (JCorp) melantik dua institusi perbankan sebagai penasihat dalam menyelesaikan hutang selama 10 tahun bernilai RM3.6 bilion yang digunakan untuk tujuan pembangunan.

Presiden dan Ketua Eksekutifnya, Kamaruzzaman Abu Kassim berkata, dua institusi perbankan berkenaan adalah Maybank Investment dan CIMB akan menyediakan pelan penyelesaian berhubung perkara berkenaan.

Menurutnya, beliau yakin perkara terbabit dapat diselesaikan segera yang mungkin sebelum suku pertama tahun 2012.

“Setakat ini semua langkah awal yang dilaksanakan untuk pembayaran semula hutang bagi pembiayaan beberapa projek pelaburan dan pembangunan JCorp sejak 2000 berjalan lancar.

“Kita yakin hutang yang dibuat berkenaan akan dapat diselesaikan dalam tempoh masa ditetapkan (suku pertama 2012) yang mana penyelesaian adalah dibuat adalah melalui penebusan bon.

“Walaupun dua bank berkenaan dilantik sebagai penasihat, sebarang keputusan masih lagi bergantung kepada keputusan JCorp itu sendiri,” katanya. sambil enggan mengulas mengenai projek yang terbabit kerana bakal mengumumkan perkara tersebut pada tahun hadapan.

Beliau berkata demikian selepas majlis Konvokesyen Pusat Pembangunan Kemahiran Johor (Puspatri) bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa (Persada), di sini semalam.

No comments:

Post a Comment